Centre for Virtual Learning, UTHM

Centre for Virtual Learning, UTHM Founded in 2016 as Centre for Global Online Learning (GLOBAL) UTHM, Centre for Virtual Learning UTHM

We are an organisation that responsible with enhancing the quality of learning and teaching in UTHM through technology or latest innovations.

22/9 & 23/9 | Kursus Modul Micro-Credential dan MOOC Series 5Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Modul Micro-Credential ...
24/09/2026

22/9 & 23/9 | Kursus Modul Micro-Credential dan MOOC Series 5

Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Modul Micro-Credential dan MOOC Series 5 yang berlangsung pada 22 & 23 September! 🚀

Kursus ini difokuskan khas bagi membimbing para pembangun modul melengkapkan dan menyiapkan kandungan kursus Micro-Credential (MC) serta MOOC masing-masing.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas semangat, fokus, dan komitmen luar biasa sepanjang program. Semoga bahan pembelajaran digital ini memberikan manfaat optimum buat para pelajar kita kelak!

-Credential

21 September 2026 | UTHM × Wayground Faculty Training SessionSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepa...
23/09/2026

21 September 2026 | UTHM × Wayground Faculty Training Session

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua staf akademik UTHM yang telah menjayakan sesi latihan Wayground yang telah berlangsung pada 21 September 2026 yang lalu!

Sesi latihan yang dijalankan dalam dua kelompok (Sesi Pagi & Sesi Petang) ini telah memberi pendedahan berasaskan amalan terbaik dalam mentransformasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) menerusi ekosistem digital Wayground.

🔥 ANTARA HIGHLIGHT & TOPIK YANG TELAH DITEROKAI:

✨ Tinjauan Keseluruhan Platform Wayground (Full Platform Walkthrough)
📚 Aplikasi "Bring Your Own Content" (BYOC)
📝 Penilaian & Pembentangan Interaktif
🤖 Penghasilan Kandungan Dibantu AI (AI-Assisted Content Creation)
🛡️ Penilaian & Ciri Pencegahan Penipuan
💬 Papan Perbincangan Interaktif (Discussion Boards)
🔍 Semakan AI & Plagiarisme
🔐 Lockdown Browser & Penilaian Berproktor

Semoga segala ilmu dan kemahiran yang dikongsi dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi meningkatkan kualiti penyampaian PdP serta pengalaman pembelajaran para pelajar di UTHM.

SOROTAN AKTIVITI CVLBengkel Training of Trainers (TOT) iOER UTHM17–18 Sept. 2026 Pusat Pembelajaran Maya (CVL) UTHM tela...
21/09/2026

SOROTAN AKTIVITI CVL

Bengkel Training of Trainers (TOT) iOER UTHM

17–18 Sept. 2026 Pusat Pembelajaran Maya (CVL) UTHM telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers (TOT) iOER UTHM pada 17 dan 18 September 2026 bertempat di Bilik Flexi-Infinity, Pusat Pembelajaran Maya UTHM.

Bengkel ini menghimpunkan para peserta dalam usaha memperkasa kefahaman, kemahiran dan amalan pembangunan serta perkongsian Open Educational Resources (OER) bagi menyokong ekosistem pembelajaran digital UTHM.

🎓 Penceramah:

* Prof. Ir. Dr. Chan Chee Ming
* Prof. Madya Dr. D’Oria Islamiah binti Rosli
* Cik Noorhidayah binti Jaaffar
* Encik Hemmy bin Abd Jalal

✨ Perkongsian ilmu dan pengalaman melalui bengkel ini diharapkan dapat memperkukuh budaya perkongsian sumber pendidikan terbuka serta menyokong penghasilan bahan pembelajaran digital yang berkualiti, mudah dicapai dan bermanfaat kepada warga akademik serta pelajar.

SOROTAN AKTIVITI CVL🎨 Bengkel 2D Animation for Character Design15 Sept. - Pusat Pembelajaran Maya (CVL) UTHM telah menga...
21/09/2026

SOROTAN AKTIVITI CVL

🎨 Bengkel 2D Animation for Character Design

15 Sept. - Pusat Pembelajaran Maya (CVL) UTHM telah menganjurkan Bengkel 2D Animation for Character Design pada 15 September 2026 bertempat di Bilik Kolaboratif, CVL UTHM Parit Raja.

Bengkel yang disampaikan oleh En. Mohammad Haikal Danial bin Mohammad Jota, pensyarah dari Pusat Pengajian Diploma, UTHM Pagoh ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas animasi 2D, reka bentuk karakter kreatif serta teknik menghidupkan karakter dalam menghasilkan kandungan visual yang lebih menarik dan dinamik.

Melalui bengkel ini, peserta berpeluang meneroka kreativiti dan memperkembangkan kemahiran dalam menghasilkan animasi 2D sebagai salah satu bentuk kandungan digital yang kreatif dan interaktif.

Sorotan Seminggu.Audit Dalaman Kualiti MS ISO 9001:2015 UTHM Tahun 202615 Sept. - Pusat Pembelajaran Maya (CVL) UTHM men...
21/09/2026

Sorotan Seminggu.

Audit Dalaman Kualiti MS ISO 9001:2015 UTHM Tahun 2026

15 Sept. - Pusat Pembelajaran Maya (CVL) UTHM menerima kunjungan Y.Brs. Ts. Dr. Syed Burhanuddin Hilmi bin Syed Mohamad dan En. Mohamad Zamirularif bin Tabri selaku Auditor sempena pelaksanaan Audit Dalaman Kualiti MS ISO 9001:2015 UTHM Tahun 2026.

Aktiviti pengauditan ini menjadi sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan amalan pengurusan, penyampaian perkhidmatan dan proses kerja di CVL sentiasa memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan. Ia pastinya satu langkah ke arah memperkasa budaya kualiti dan penambahbaikan berterusan di CVL UTHM.

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾“Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati”Marilah kita hayati semangat Hari Malaysia den...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

“Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati”

Marilah kita hayati semangat Hari Malaysia dengan memperkukuh perpaduan, menghargai kepelbagaian serta menyemai rasa cinta kepada tanah air.

Semoga semangat kebersamaan terus menjadi kekuatan dalam membentuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Selamat Hari Malaysia 2026
daripada warga Pusat Pembelajaran Maya (CVL), UTHM 🇲🇾

Dengan Hikmah Kita Meneroka.

LATIHAN KESELAMATAN ERT GABUNGAN BLOK G1 🚒⚡BATU PAHAT, 14 Sept — Latihan Keselamatan dan Pengungsian Bangunan (Fire Dril...
15/09/2026

LATIHAN KESELAMATAN ERT GABUNGAN BLOK G1 🚒⚡

BATU PAHAT, 14 Sept — Latihan Keselamatan dan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) bagi Blok G1 telah berjaya dilaksanakan.

Program simulasi ini melibatkan Jawatankuasa ERT serta seluruh warga kerja Blok G1 yang merangkumi staf daripada tiga Pusat Tanggungjawab (PTj) :

1) Pusat Pembelajaran Maya (CVL)
2) Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE)
3)Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP)

Penganjuran program ini penting dalam memastikan pasukan ERT sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi, di samping membina budaya utamakan keselamatan di tempat kerja.

Sorotan Seminggu:11 Sept. - Rakaman 360 di Makmal Sumber Air, FKAAB telah dijalankan. Ia adalah bertujuan untuk pembangu...
13/09/2026

Sorotan Seminggu:
11 Sept. - Rakaman 360 di Makmal Sumber Air, FKAAB telah dijalankan. Ia adalah bertujuan untuk pembangunan modul virtual tour bagi eksperimen-eksperimen yang akan dijalankan di makmal tersebut. Melalui modul ini nanti, para pelajar boleh mengetahui dan merasai secara maya kerja-kerja di makmal sebelum melakukannya secara fizikal kelak. Sesi rakaman ini telah dikendalikan olah Saudara Muhammad Harith Ihsan bin Mohd Idrus, pelajar latihan praktikal dari Universiti Islam Selangor (UIS) di bawah penyeliaan En. Hemmy bin Abd Jalal dari CVL. Terima kasih kepada Ts. Dr. Sabariah binti Musa dan Puan Jalilah binti Md. Mohtar kerana membenarkan CVl membuat rakaman dan membantu sepanjang rakaman ini.

Sorotan Seminggu:8 Sept. - Mesyuarat penyelarasan untuk pembangunan modul VR bagi modul Battery Maintenance for EVHEV te...
13/09/2026

Sorotan Seminggu:
8 Sept. - Mesyuarat penyelarasan untuk pembangunan modul VR bagi modul Battery Maintenance for EVHEV telah diadakan di Bilik Fleksi, Blok G1, CVL. Mesyuarat ingin meneroka kerjasama antara FKEE (pakar kandungan EV/HEV) dan FSKTM (pakar pembangunan VR) UTHM dalam merealisasikan pembangunan modul VR tersebut bagi tujuan PnP dan latihan.

Address

Parit Raja
Batu Pahat
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Centre for Virtual Learning, UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Centre for Virtual Learning, UTHM:

Shortcuts

Share