03/11/2024
Makluman kepada Semua Staf FTK
Pengerusi Baru bagi Kelab Staf FTK (KSFTK) 2024 - 2025
Dr. Hasliza binti Hassan
Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektrik
Fakulti Teknologi Kejuruteraan
berkuatkuasa 30 Oktober 2024 sehingga 31 Disember 2025
Fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan
YBhg. Prof. Ts. Dr. Norshuhaila binti Mohamed Sunar
Mantan Pengerusi Kelab Staf Fakulti Teknologi Kejuruteraan (KSFTK)
telah berkhidmat sehingga 29 Oktober 2024.
Terima Kasih
15/08/2024
*Jom Sertai Merdeka Fun Walk 2024*
Kepada semua warga Edu Hub yang dikasihi,
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelab Staf FTK UTHM mempelawa semua untuk menyertai *Program Merdeka Fun Walk* yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
*Tarikh*: 12 September 2024 (Khamis)
*Masa*: 8.00 pagi
*Tempat* : Perkarangan Stadium Edu Hub
*Tentatif*:
8.00 am - Regangan otot
8.15 am - Flag off
- Makanan & medal diberi selepas program
๐Sekiranya berminat, bagi tujuan pendaftaran dan tempahan t-shirt, sila isikan nama anda di pautan borang berikut ๐๐ป
https://forms.gle/j9aD6DiCVUem4sXCA
โTarikh tutup pendaftaran: sebelum/ pada *15 Ogos 2024*.
๐ฒ Kehadiran akan diambilkira sebagai jam latihan kursus.
Jika terdapat sebarang kemusykilan, boleh hubungi PM Dr Salihatun di talian 01112116955 atau Pn Dalila di talian 0184744941.
Sekian, terima kasih.
"Edu-hub Sepakat Sihat"
02/06/2024
PROGRAM DERMA DARAH ๐๐ฉธ
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kelab Staf Fakulti Teknologi Kejuruteraan Dengan Kerjasama PERKASA ingin menjemput Staf dan Pelajar semua untuk menyertai Program Derma Darah pada ketetapan berikut:
๐๏ธ Tarikh : 6 Jun 2024 (Khamis)
๐ฐ๏ธ Masa : 9:00 pagi - 1:00 petang
๐ Tempat : Ruang Legar Blok A1, Aras 1, UTHM Kampus Pagoh
Semua pelajar & staf dijemput hadir.
โ Sesi akan ditamatkan setelah kuota yang ditetapkan oleh pihak hospital dipenuhi โ
๐ฑ Anda dinasihatkan untuk mengambil makanan terlebih dahulu sebelum menderma darah โ
09/05/2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pihak Kelab Staf FTK ingin mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI TAHUN 1445H/2024 khususnya kepada staf FTK yang akan menunaikan haji iaitu:
1. Prof. Madya Ts. Dr. Noor Akhmazillah binti Mohd Fauzi (JTKK)
2. Dr. Mazatusziha binti Ahmad (JTKK)
3. Dr. Nurrul Hafeezah binti Sahak (JTKK)
Selamat Berangkat menunaikan Ibadah Haji
ููุจูููููู ุงููููููู
ูู ููุจููููููุ ููุจูููููู ูุงู ุดูุฑููููู ูููู ููุจูููููู
ุฅูููู ุงููุญูู
ูุฏู ููุงููููุนูู
ูุฉู ูููู ููุงููู
ููููู ูุงู ุดูุฑููููู ูููู
โAku memenuhi panggilan-Mu Ya Allah, aku memenuhi panggilan-Mu
Aku memenuhi panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, aku memenuhi panggilan-Mu
Sesungguhnya pujian dan niโmat adalah milik-Mu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagi-Muโ
Kami mewakili staf-staf FTK sepenuh hati mendoakan agar semua jemaah Haji dapat melaksanakan ibadah ini dengan sebaiknya serta diberikan kekuatan dan kesihatan agar dapat memenuhi seluruh rukun Haji dan semoga Haji diterima oleh-Nya.
01/05/2024
Selamat Hari Pekerja kepada semua ahli kelab staf Fakulti Teknologi Kejuruteraan!
Teruslah berusaha untuk mencapai keunggulan dan memberikan yang terbaik.
Terima kasih atas segala usaha dan dedikasi anda! Selamat Hari Pekerja!"
28/04/2024
Tahniah kepada jawatankuasa UTHM FTK Staff Club baru Sesi 2024 dan 2025 atas pelantikan dan kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli kelab.
Kepercayaan dan tanggungjawab yang telah diberikan adalah satu pengiktirafan terhadap potensi dan komitmen terhadap kelab ini. Semoga dengan kepimpinan baru, kelab akan terus berkembang dan memberi impak positif yang lebih besar lagi.
Selamat bertugas kepada semua ahli jawatankuasa UTHM FTK Staff Club baru, mari kita bersama-sama berusaha untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Insyaallah.
28/04/2024
Jutaan penghargaan kepada barisan jawatankuasa UTHM FTK Staff Club Sesi 2022 dan 2023 atas usaha dan dedikasi yang telah diberikan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap individu di dalam jawatankuasa tersebut kerana komitmen dan sumbangan mereka telah membawa kejayaan kepada UTHM FTK Staff Club.
Semoga semangat kerjasama ini dapat terus berkembang dalam tahun-tahun akan datang. Terima kasih sekali lagi atas segala pengorbanan dan kerja keras anda semua.
25/04/2024
๐โจ๐Sorotan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri FTK anjuran KSFTK | 1445H/2024๐โจ
Selamat Hari Raya Aidilfitri ๐. Maaf zahir dan batin.
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Fakulti Teknologi Kejuruteraan 2024 #ftk #ftkuthm #uthm #uthmpagoh #raya2024