24/07/2026
🌿 | Research Highlight |
Research Center For Soft Soil Institut Kejuruteraan Integrasi
Muhammad Aiman bin Mohd Atarabusyi, a PhD postgraduate student, is currently working on a project titled "The Optimization of Domestic Wastewater Dilution, Seed Volume, and Fertilizer Supplementation for Micractinium sp. Cultivation Using Response Surface Methodology." Publication details:
ASEAN Journal of Scientific and Technological Reports (AJSTR); Vol. 29 No. 9 (2026): September 2026
URL:
https://ph02.tci-thaijo.org/index.php/tsujournal/article/view/261310
This study, which was carried out at the Geoenvironment Laboratory, RECESS, Institute for Integrated Engineering (IIE), UTHM, under the supervision of Prof. Ts. Dr. Norshuhaila Mohamed Sunar, shows how Micractinium sp. cultivation that optimized using domestic wastewater to support sustainable biomass production and resource recovery.
Best wishes for more success and congratulations!
15/07/2026
✅ Project Title: Technical Evaluation of Drinking Water Quality and Treatment Efficiency Monitoring
📍Industry : Maju Jaya Manufacturing, Simpang Renggam, Kluang, Johor
This project was led by Prof. Ts. Dr. Norshuhaila Mohamed Sunar, together with the dedicated team from the Geo-environmental Laboratory, Research Centre for Soft Soil (RECESS), Institute of Integrated Engineering (Institut Kejuruteraan Integrasi, IIE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Through comprehensive water quality assessment and treatment efficiency monitoring, the project supports the delivery of safe, high-quality drinking water while providing valuable technical insights for continuous improvement of water treatment performance.
A heartfelt thank you to Maju Jaya Manufacturing for your trust and collaboration throughout this project. RECESS looks forward to strengthening future partnerships that contribute to sustainable groundwater and water management, as well as industry excellence.
23/06/2026
Program: Soil Laboratory Equipment Maintenance, Calibration & Troubleshooting Workshop
Tarikh: 23 – 24 Jun 2026
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: DK5 dan Makmal Geoteknik, Politeknik Port Dickson
Pengenalan:
Program Soil Laboratory Equipment Maintenance, Calibration & Troubleshooting Workshop telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Tanah Lembut UTHM (RECESS) bersama Politeknik Port Dickson bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta terdiri daripada staf dalam aspek penyelenggaraan, penentukuran (calibration) serta penyelesaian masalah (troubleshooting) peralatan makmal geoteknik. Program ini turut menekankan kepentingan pengurusan peralatan yang sistematik bagi memastikan ketepatan keputusan ujian dan pematuhan kepada standard makmal.
Penceramah:
Program ini diketuai oleh Prof Ir Ts Dr Adnan Zainorabidin bersama Ir. Ts. Dr. Zeety Binti Md Yusof dan Tc. Amirzaki Bin Salikin dari Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Objektif Program:
1. Memberi pendedahan mengenai kaedah penyelenggaraan peralatan makmal geoteknik yang betul.
2. Meningkatkan kefahaman berkaitan prosedur penentukuran peralatan mengikut piawaian yang ditetapkan.
3. Membimbing peserta mengenal pasti dan menyelesaikan masalah teknikal yang sering berlaku pada peralatan makmal.
4. Memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan data ujian geoteknik melalui pengurusan peralatan yang cekap.
Ringkasan Aktiviti:
Sepanjang program berlangsung, peserta telah mengikuti sesi ceramah, perbincangan teknikal dan latihan praktikal berkaitan penyelenggaraan serta penentukuran pelbagai peralatan makmal geoteknik. Penceramah turut berkongsi pengalaman industri dan amalan terbaik dalam memastikan peralatan sentiasa berada dalam keadaan optimum. Selain itu, peserta diberi peluang untuk menjalankan aktiviti troubleshooting bagi mengenal pasti punca kerosakan serta kaedah pembaikan asas peralatan makmal.
Hasil Program:
Program ini berjaya meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek pengurusan peralatan makmal geoteknik. Peserta memperoleh pemahaman yang lebih jelas mengenai prosedur penyelenggaraan, penentukuran dan penyelesaian masalah teknikal, seterusnya membantu meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan aktiviti makmal di institusi masing-masing. Program ini juga telah membuka ruang kerjasama ya g lebih erat antara universiti dan politeknik dari aspek perkongsian ilmu dan kepakaran
Penutup:
Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi manfaat yang besar kepada peserta dalam memperkukuhkan kompetensi teknikal berkaitan pengendalian peralatan makmal geoteknik. Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan bagi meningkatkan keberkesanan operasi makmal serta kualiti keputusan ujian geoteknik pada masa hadapan.
16/06/2026
JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT PERMULAAN (KICK - OFF MEETING) PROJEK
CREaTE JKR Alor Gajah, Melaka
11 JUNE 2026
16/06/2026
International Research and Innovation Symposium Competition RISE 2026
10 - 11 JUNE 2026
DEWAN SULTAN IBRAHIM UTHM
GOLD AWARD
BRONZE AWARD
18/05/2026
Sesi pengenalan bidang geoteknik di Research Centre for Soft Soil telah berlangsung bermula pada hari Rabu, 13 Mei 2026 sehingga Selasa, 19 Mei 2026 melibatkan para pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai asas bidang geoteknik, penyelidikan tanah lembut, aplikasi teknologi kejuruteraan serta peranan penyelidikan dalam pembangunan infrastruktur dan pembinaan yang selamat serta mampan.
18/05/2026
BATU PAHAT, 11 Mei 2026 – Program Knowledge Transfer Programme (KTP) bertajuk “Practical Workshop on Cone Pe*******on Testing (CPT): Theory and Field Applications at UTHM-RECESS Site” telah berjaya dilaksanakan di Blok A9, RECESS, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama TVET MARA Sri Gading, Batu Pahat, Johor.
Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini melibatkan seramai 31 orang peserta terdiri daripada pelajar, pensyarah serta individu yang berminat dalam bidang geoteknik bagi mendalami teori dan aplikasi lapangan berkaitan Cone Pe*******on Testing (CPT). Bengkel ini turut memberi pendedahan secara praktikal mengenai proses pelaksanaan ujian CPTU, kaedah pengumpulan data di lapangan serta analisis dan interpretasi data geoteknik.
Peserta juga berpeluang mengikuti sesi perkongsian pengalaman lapangan oleh tenaga pengajar dan pakar industri yang berpengalaman dalam bidang kejuruteraan geoteknik. Antara pengisian utama program termasuk demonstrasi penggunaan peralatan CPTU di tapak RECESS UTHM serta sesi analisis data dan soal jawab bersama peserta.
Program ini dikendalikan oleh barisan tenaga pengajar dan pakar yang terdiri daripada Prof. Ir. Ts.Dr. Adnan Zainorabidin, Tc. Amirzaki Salikin serta En. Johari Zainal. Kehadiran peserta yang memberangsangkan membuktikan minat yang tinggi terhadap bidang geoteknik dan kepentingan penguasaan kemahiran teknikal dalam industri kejuruteraan masa kini.
Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh hubungan kerjasama diantara institusi pendidikan awam dan TVET Mara di samping meningkatkan tahap pengetahuan serta kemahiran praktikal peserta dalam bidang penyiasatan tanah dan geoteknik.
01/01/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Prof. Ts. Dr. Zaidi Embong atas segala jasa bakti, sumbangan kepakaran dan komitmen ilmiah yang telah dicurahkan sepanjang penglibatan beliau sebagai salah seorang Penyelidik Utama Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Sumbangan keilmuan, pengalaman luas serta ketekunan beliau dalam penyelidikan telah memberi impak yang signifikan terhadap pembangunan ilmu, pengukuhan budaya penyelidikan serta penghasilan dapatan berkualiti tinggi dalam bidang kejuruteraan tanah lembut. Penglibatan aktif beliau turut menyumbang kepada pemantapan jaringan kerjasama akademik dan industri, sekali gus mengharumkan nama RECESS dan universiti di peringkat nasional dan antarabangsa.
Segala usaha, dedikasi dan pengorbanan yang telah dicurahkan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang sebagai sebahagian daripada perjalanan kecemerlangan pusat penyelidikan ini.
Kami mendoakan agar Prof. Ts. Dr. Zaidi Embong sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta kejayaan berterusan dalam apa jua peranan dan cabaran baharu yang bakal ditempuhi.
Selamat maju jaya dan terima kasih atas segala sumbangan.
05/12/2025
RECESS UTHM berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada rombongan 6 buah sekolah dari Mukim Sungai Balang, Muar, yang turut diiringi oleh wakil Ruang Daya Cipta Muar, Perpustakaan Desa Sungai Balang, serta para pemimpin komuniti dan masyarakat setempat.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai bidang penyelidikan, teknologi, dan inovasi yang dijalankan di institusi pendidikan tinggi. Para peserta telah dibawa melawat ke beberapa fasiliti dan makmal utama di RECESS UTHM, serta diberi penerangan mengenai fungsi, kepakaran, dan pemanfaatan teknologi tanah lembut yang menjadi teras kepada aktiviti penyelidikan di pusat ini.
Melalui program ini, para pelajar berpeluang memahami dengan lebih dekat bagaimana penyelidikan dijalankan, kepentingannya kepada pembangunan negara, serta potensi kerjaya dalam bidang sains, kejuruteraan, dan teknologi. RECESS UTHM berharap pendedahan ini dapat menyemai minat dalam kalangan generasi muda, sekaligus menggalakkan pembentukan bakat masa hadapan dalam bidang penyelidikan geoteknik dan infrastruktur.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak sekolah, Ruang Daya Cipta Muar, Perpustakaan Desa Sungai Balang, dan semua pihak yang terlibat terutamanya Penyelidik Utama RECESS, Dr. Nor Azizi B Yusof atas kerjasama serta komitmen dalam menjayakan lawatan ini. Semoga jalinan hubungan ini dapat diteruskan melalui program kolaborasi yang lebih kukuh pada masa hadapan.