SK Seri Pandan

SK Seri Pandan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Seri Pandan, School, Kampung Seri Pandan, Parit Raja, Batu Pahat.

Alhamdulillah satu lagi kejayaan anak-anak murid SK SERI PANDAN:Mukhayyam Arabi Peringkat Daerah Batu Pahat14 - 15 Septe...
17/09/2026

Alhamdulillah satu lagi kejayaan anak-anak murid SK SERI PANDAN:

Mukhayyam Arabi Peringkat Daerah Batu Pahat
14 - 15 September 2026
Masjid Riyadus Solihin, Pintas Puding

Pingat Emas: Amsyar Rizqin bin Harnizan
Pingat Perak: Nur Sofea Qaisara bt. Mohd Saiful Nizam & Hani Nur Ainaa bt. Muhammad Hafiz

Tahniah kpd Amsyar bakal bersama dgn 9 org lagi yg akan mewakili Daerah Batu Pahat ke Mukhayyam Arabi Peringkat Negeri pada (22- 24 September 2026)

Doakan kejayaan Amsyar di peringkat negeri nanti. Ameen

🏆✨ ANUGERAH GURU INOVATIF 2026 ✨🏆🎉 Tahniah dan syabas diucapkan kepada:🌟 Ustazah Nur Hafizah binti Mohd Kamaruzzaman🌟 Ci...
11/09/2026

🏆✨ ANUGERAH GURU INOVATIF 2026 ✨🏆

🎉 Tahniah dan syabas diucapkan kepada:

🌟 Ustazah Nur Hafizah binti Mohd Kamaruzzaman
🌟 Cikgu Nurul Awatif binti Morazuki
🌟 Cikgu Mariam binti Hassan

atas kejayaan meraih Naib Johan serta Anugerah Emas Guru Inovatif Batu Pahat 2026. 🥇🏆

Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan dan bukti kesungguhan, kreativiti serta komitmen dalam menghasilkan inovasi yang memberi impak positif kepada pendidikan dan kemenjadian murid.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berkarya, berinovasi dan mencipta lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang. 🌷✨



#

20/08/2026

Hello everyone, we are taking part in the MUSC 2026. Please support us by giving a like and share to our video if you enjoy our performance. Thank you! ❤️❤️


Name : Raqif Ridzuan bin Abd Kadir
: Sufi Syafi bin Sufian
Category : DC1 Duet Play & Sing
Song Title : Pencuri

20/08/2026

Hello everyone, I am taking part in the MUSC 2026. Please support me by giving a like and share my video if you enjoy my performance. Thank you! ❤️❤️


Name : Muhammad Ameer Razin bin
Fatahullah
Category : SC2 Solo Play & Sing (Age 10 to Age 12)
Song Title : Count on me

📢 SK SERI PANDAN DI KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026Alhamdulillah, SK Seri Pandan berbesar hati menyertai Pameran Sempena...
29/07/2026

📢 SK SERI PANDAN DI KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026

Alhamdulillah, SK Seri Pandan berbesar hati menyertai Pameran Sempena Karnival Pendidikan Madani “Sehari Bersama Rakyat” PPD Batu Pahat 2026 yang telah berlangsung di SMK Suria Jaya pada Selasa, 28.07.2026.

Selain mempamerkan hasil dan inovasi sekolah iaitu Telur Masin Pandan, kami turut menjualnya kepada para pengunjung.

Terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada produk hasil PBL murid sekolah ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat atas jemputan serta peluang yang diberikan kepada SK Seri Pandan untuk bersama-sama memeriahkan program yang penuh manfaat ini.

Terima kasih kepada semua guru, murid, ibu bapa dan para pengunjung yang singgah serta memberi sokongan di booth SK Seri Pandan.








🏆 TAHNIAH! ANUGERAH EMAS (KATEGORI TERBUKA) 🥇Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada team inovasi i-SuKoYa fun-DONE ata...
24/07/2026

🏆 TAHNIAH! ANUGERAH EMAS (KATEGORI TERBUKA) 🥇

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada team inovasi i-SuKoYa fun-DONE atas kejayaan meraih Anugerah Emas (Kategori Terbuka) dalam Temenggung Innovation Competition (TIC) 2026 anjuran IPG Kampus Temenggung Ibrahim, peringkat Negeri Johor.

Kejayaan ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha gigih, kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan produk yang memberi impak kepada pendidikan, kelestarian serta pembangunan komuniti.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan lebih banyak inovasi berkualiti, memperkukuhkan budaya penyelidikan dan meningkatkan kecemerlangan pada masa akan datang.

📅 Tarikh: 22 & 23 Julai 2026

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat! 🌟

Sanggar Pesona Tari ❤Tempat ke 5Pertandingan Taseem Daerah Batu Pahat 2026.Tarikh: 6 Mei 2026Tempat: BPMallTahniah dan j...
14/05/2026

Sanggar Pesona Tari ❤

Tempat ke 5
Pertandingan Taseem Daerah Batu Pahat 2026.
Tarikh: 6 Mei 2026
Tempat: BPMall

Tahniah dan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat.


✨ Mohon Sokongan & Sumbangan Anda ✨Pihak sekolah sedang berusaha menyediakan kemudahan Smart TV untuk bilik-bilik khas d...
23/04/2026

✨ Mohon Sokongan & Sumbangan Anda ✨

Pihak sekolah sedang berusaha menyediakan kemudahan Smart TV untuk bilik-bilik khas demi meningkatkan kualiti pembelajaran anak-anak di SK Seri Pandan.

Dengan sasaran sebanyak RM15,000, setiap sumbangan tuan/puan amat bermakna dalam membantu menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih interaktif, moden dan berkesan.

📚 Dari prasekolah hingga ke bilik muzik, setiap ruang ini akan memberi impak besar kepada perkembangan murid.

💖 “Setiap sumbangan anda adalah pelaburan untuk masa depan anak-anak kita.”

Marilah kita bersama-sama menyumbang mengikut kemampuan. Semoga segala kebaikan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan anda 🙏

📢 TMP kembali lagi untuk tahun 2026!Alhamdulillah, Telur Masin Pandan (TMP) hasil Projek PBL murid Tahun 6 kembali dijua...
22/04/2026

📢 TMP kembali lagi untuk tahun 2026!

Alhamdulillah, Telur Masin Pandan (TMP) hasil Projek PBL murid Tahun 6 kembali dijual tahun ini.
Murid-murid belajar pengalaman sebenar merancang, menyediakan dan menghasilkan produk sendiri.

🥚 Telur Masin Pandan
✨ Lemak, masin dan wangi
💰 RM5 sebekas (3 biji)

Hasil jualan akan digunakan untuk membantu dana Majlis Akhir Tahun Tahun 6 serta menyokong projek inovasi murid.

Terima kasih atas sokongan semua 😊

Address

Kampung Seri Pandan, Parit Raja
Batu Pahat
86400

Telephone

+6074556586

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Seri Pandan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Seri Pandan:

Shortcuts

Share

Category