Maahad Pendidikan Tahfiz An-Nur

Maahad Pendidikan Tahfiz An-Nur Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Maahad Pendidikan Tahfiz An-Nur, High School, MASJID ANNUR SERI DAYONG, Batu Pahat.

Program Khatam Al-Quran Program khatam Al-Quran dijalankan setiap hari selepas Asar sepanjang Ramadan. Alunan ayat suci ...
24/02/2026

Program Khatam Al-Quran

Program khatam Al-Quran dijalankan setiap hari selepas Asar sepanjang Ramadan.

Alunan ayat suci bergema menyubur iman dalam jiwa. Di bawah naungan rahmat-Nya, pelajar khatam dengan penuh syukur. Setiap huruf yang dibaca mengundang rahmat dan pahala. Semoga Al-Quran menjadi sahabat setia di dunia dan di akhirat.

Terima kasih kepada penyumbang dan penginfaq, semoga yang diniatkan diterima Allah.

Pembukaan Program Ihya' Ramadan Daurah Fiqh PuasaRamadan hadir membawa cahaya, menyinari hati dan menyucikan jiwa. Ihya'...
24/02/2026

Pembukaan Program Ihya' Ramadan
Daurah Fiqh Puasa

Ramadan hadir membawa cahaya, menyinari hati dan menyucikan jiwa. Ihya' Ramadan bukan sekadar program, tetapi perjalanan membina iman dan memperindah akhlak.

Daurah Fiqh Puasa disampaikan Ustaz Afiq, menjadikan Ramadan adalah madrasah tarbiah, setiap detik peluang menambah pahala.

Tahniah guru dan pelajar MPTN!

Kejohanan Merentas Desa 20266 Februari 2026 - Telah berlangsung kejohanan merentas desa 2026. Merentas desa bukan sekada...
24/02/2026

Kejohanan Merentas Desa 2026

6 Februari 2026 - Telah berlangsung kejohanan merentas desa 2026. Merentas desa bukan sekadar larian, tetapi medan membina ketahanan fizikal dan kekuatan mental. Setiap langkah di laluan desa adalah bukti semangat juang yang tidak pernah kenal erti putus asa. Tahniah semua pelajar MPTN!

Majlis Watikah Perlantikan Pelajar MPTN 2026Sabtu - 24 Januari 2026Alhamdulillah, MPTN telah menganjurkan satu majlis pe...
08/02/2026

Majlis Watikah Perlantikan Pelajar MPTN 2026

Sabtu - 24 Januari 2026
Alhamdulillah, MPTN telah menganjurkan satu majlis perlantikan yang diadakan terdiri daripada badan pengawas, badan asrama, exco kepimpinan dan juga AJK pemimpin. Pemimpin MPTN berperanan penting membantu guru mengawal disiplin, mengurus aktiviti kelas, serta menjadi contoh teladan yang berintegriti dan berdedikasi. Mereka dilantik melalui majlis watikah untuk memupuk potensi kepimpinan, kemahiran komunikasi, dan sahsiah mulia.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Balai Polis Seri Medan, Sarjan Mejar Mohd Azhar bin Salleh. Majlis diserikan lagi dengan persembahan alunan qasidah. Terima kasih diucapkan kepada Sarjan Mejar dan semua tetamu undangan.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Johor 2026.Alhamdulillah pelajar berkesempatan untuk mengikuti Majlis Tilawah A...
24/01/2026

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Johor 2026.

Alhamdulillah pelajar berkesempatan untuk mengikuti Majlis Tilawah Al-Quran secara langsung yang diadakan di UTHM. Semoga ianya menjadi pemangkin untuk pelajar MPTN memartabatkan Al-Quran.

Orientasi Pelajar Baharu 2026Alhamdulillah telah berlangsung orientasi pelajar baharu dengan jayanya. Program berlangsun...
24/01/2026

Orientasi Pelajar Baharu 2026
Alhamdulillah telah berlangsung orientasi pelajar baharu dengan jayanya. Program berlangsung selama 5 hari dengan aktiviti yang bermanfaat untuk mental & fizikal pelajar.
Antara aktiviti yang dijalankan ice breaking, taklimat asrama, Kem Huffaz Cilik, Asas Fardhu Ain & simulasi solat, ceramah kesedaran tentang remaja, Eco Nature Walk dan juga CSR di tanah perkuburan.. Oh ya, tidak lupa juga aktiviti riadah dan sukan yang menjadi keseronokan pelajar.

Tahniah semuanya!

Selamat datang Pelajar Baharu MPTN Sesi 2026!Alhamdulillah pada 4/1/2026 telah diadakan Pendaftaran Pelajar Baharu di MP...
06/01/2026

Selamat datang Pelajar Baharu MPTN Sesi 2026!

Alhamdulillah pada 4/1/2026 telah diadakan Pendaftaran Pelajar Baharu di MPTN. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa yang memilih MPTN sebagai destinasi pendidikan anak-anak.

Hari pendaftaran dimulai dengan semakan dokumen, pembayaran yuran, no ID, mengambil fotografi, mengambil ukuran pakaian, mengambil al-Quran dan seterusnya pelajar membuat pendaftaran asrama.

Program diteruskan dengan Ibu bapa & anak mendengar ucapan dan amanat yang disampaikan oleh Mudir MPTN Tn. Hj. Kuswadi bin Abas. Seterusnya, taklimat pengurusan MPTN yang disampaikan oleh Setiausaha MPTN, Ustaz Nurul Osman bin Samurah.

Kami mengucapkan Selamat Datang ke MPTN!

Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2025Tahniah diucapkan kepada semua pelajar MPTN yang telah berjaya pada Tahun 2025! Majli...
04/01/2026

Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2025

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar MPTN yang telah berjaya pada Tahun 2025! Majlis anugerah ini telah berlangsung pada 21 Disember 2025.
Alhamdulillah majlis kali ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Ahmadi bin Samad, Pensyarah Universiti Islam Malaysia. Majlis yang diadakan penuh gilang-gemilang ini diserikan lagi oleh majlis khatam Al-Quran dan alunan qasidah dari pelajar MPTN.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar sekali lagi!

Aktiviti lepas habis Ujian Akhir Tahun, Fitwalk anjuran SK Parit Ju dengan kerjasama KBS.. Langkah bukan sekadar riadah,...
21/12/2025

Aktiviti lepas habis Ujian Akhir Tahun, Fitwalk anjuran SK Parit Ju dengan kerjasama KBS.. Langkah bukan sekadar riadah, yang penting nikmati keseronokan, kesihatan, dan kebersamaan yang lebih bermakna!

7 Disember 2025, julung kalinya Maahad mengadakan Hari Bicara Akademik & Sahsiah. Turut diadakan Karnival  Bersama LHDN ...
21/12/2025

7 Disember 2025, julung kalinya Maahad mengadakan Hari Bicara Akademik & Sahsiah. Turut diadakan Karnival Bersama LHDN di Masjid an-Nur.

Alhamdulillah. Kehadiran ibu bapa 100%. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa yang hadir demi kecemerlangan pendidikan anak-anak.

Pada 30 November 2025, berlangsung temuduga dan taklimat kemasukan Tingkatan 1 Siri ke-2. Alhamdulillah, tahniah ibu bap...
07/12/2025

Pada 30 November 2025, berlangsung temuduga dan taklimat kemasukan Tingkatan 1 Siri ke-2. Alhamdulillah, tahniah ibu bapa yang memilih Maahad Pendidikan Tahfiz An-Nur sebagai pilihan pendidikan anak-anak.

Address

MASJID ANNUR SERI DAYONG
Batu Pahat

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 16:00

Telephone

+60137323379

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Pendidikan Tahfiz An-Nur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Pendidikan Tahfiz An-Nur:

Shortcuts

Share

Category