Maahad Tahfiz AlQuran Darul Fathah

Maahad Tahfiz AlQuran Darul Fathah

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Maahad Tahfiz AlQuran Darul Fathah, Education, Jalan Parit Kota, Kampung Dalam Peserai, Batu Pahat.

Madrasah Tahfiz AlQuran Darul Fathah merupakan antara Madrasah untuk Pelajar Banat (Perempuan) yang bertujuan bagi melahirkan huffaz dalam kalangan wanita dan menjadi Wanita Muslimah yang sejati

30/10/2025

Kalau nampak Post ni, maybe this your sign.

Ibubapa zaman sekarang perlu lebih berwaspada.
Dunia ia sudah terlalu banyak hiburan,
Sehinggakan maksiat juga sudah menjadi halal dalam kalangan manusia kini.

Melalui apa anak-anak boleh belajar perkara ini?
Melalui GAJET.

Ramai anak-anak seawal beberapa bulan lahir sudah mula terlibat dengan gajet.
Untuk anak-anak kecil, pendedahan berlebihan ke atas gajet boleh menyebabkan kerosakan kepada otak dan mata anak-anak.

Ada juga pakar mengatakan antara punca anak-anak mempunyai masalah pembelajaran adalah kerana gajet yang berlebihan. Malah anak-anak yang sudah terbiasa diberi gajet agak agresif apabila tidak diberi gajet kepada mereka.

Ibubapa, Umi Abi, Mama Papa,MakAyah, Walid,

Anak-anak ni selagi masih berada dibawah bumbung kita, hendaklah kita sentiasa jaga dan awasi.
Mereka perlu bimbingan atas apa yang baik dan buruk untuk mereka.
Siapa lagi yang mampu lakukannya kalau bukan ibubapa.

Nak harapkan guru?
Jangan, guru mendidik di sekolah,
Tetapi di rumah, ibubapalah yang perlu menjaga anak masing-masing,
Semua kena main peranan.
Jangan lepas tangan atas alasan penat bekerja.
Semua orang penat

Oleh itu, sebagai ibubapa, bukan sahaja perlu mengawal penggunaan gajet untuk anak-anak, tetapi juga kena banyak ilmu agama bagi menepis segala hiburan yang ada.

Kerana ibubapa yang banyak ilmunya akan mampu membenteng segala hiburan dan maksiat.

01/10/2025

Kisah Mavi Marmara mungkin tidak sepopular Titanic. Namun ia wajar dikongsi, agar dunia tahu sejarah di sebalik misi Freedom Flotilla ke 🍉

Mavi Marmara bukanlah kapal perang. Ia hanyalah sebuah ferry penumpang Turki sepanjang 93 meter, dibina untuk membawa seribu orang merentasi Selat Bosphorus.

Pada Mei 2010, ia menyertai misi Freedom Flotilla, misi enam kapal antarabangsa yang membawa lebih 10,000 tan bantuan kemanusiaan ubat-ubatan, bahan binaan, makanan untuk 🍉 yang disekat.

Mavi Marmara menjadi kapal utama. Di atasnya, lebih 600 aktivis dari 36 negara, termasuk doktor, wartawan, ahli politik dan sukarelawan biasa. Mereka tidak bersenjata, hanya berbekal semangat kemanusiaan.


Peristiwa Subuh 31 Mei 2010
Kira-kira jam 4.30 pagi, ketika ramai masih tidur, helikopter dan bot laju musuh mengepung flotilla di perairan antarabangsa, 70–80 batu nautika dari 🍉

Tiba-tiba, enjin helikopter meraung dari langit. Dari arah laut, bot-bot laju mengepung. Lampu sorot menembusi wajah aktivis yang terpinga. Komando berpakaian hitam turun dari tali.

Dalam sekelip mata, letupan dan peluru menyalak.

Aktivis bertakbir “Allahu Akbar!” sambil cuba bertahan dengan hos air, kerusi, besi paip apa sahaja yang sempat dicapai. Tetapi darah segera membasahi dek, bercampur dengan air laut yang memercik.

Di tengah kekalutan itu, seorang anak muda berusia 19 tahun, Furkan Doğan, sedang merakam dengan kamera kecil di tangannya. Dia bukan pejuang bersenjata, hanya seorang pelajar Turki-Amerika yang mahu menjadi saksi sejarah.

Dia ditembak lima kali di dada, muka dan belakang kepala. Tubuhnya rebah di dek, kameranya terjatuh, namun wajahnya tetap dikenang.

Pada hari itu, 9 orang gugur syahid, seorang lagi meninggal dunia kemudian akibat kecederaan parah.


Tembakan sudah reda.

Dek kapal penuh darah, tubuh syuhada bergelimpangan. Yang masih hidup digari seorang demi seorang. Ada yang kepalanya dipukul dengan popor senjata, ada yang ditolak jatuh ke lantai.

Di pelabuhan Ashdod, aktivis diseret turun dari kapal. Jeritan arahan dalam bahasa yang mereka tidak faham bergema. Telefon, kamera, laptop semua dirampas. Bukti disapu bersih. Hanya beberapa rakaman sempat diseludup keluar, menjadi saksi dunia.

Dalam tahanan, mereka disumbat ke dalam sel sempit. Ada yang dipukul kerana bertanya, ada yang diugut senjata ketika cuba merawat sahabat yang cedera.

Tiga hari. Bagi mereka, terasa seperti tiga tahun. Tidak tahu sama ada akan bebas, atau hilang begitu sahaja di penjara.

Akhirnya, kerana tekanan dunia, pintu besi itu terbuka. Satu demi satu mereka dihantar pulang Tubuh mereka selamat, tapi hati mereka tidak pernah kembali sama.



Selepas subuh berdarah 31 Mei 2010, Turki berdiri paling lantang. Bendera musuh diturunkan di Ankara, hubungan diplomatik diputuskan. Ribuan rakyat berarak di Istanbul, melaungkan nama syuhada Mavi Marmara.

Mahkamah Turki segera membuka kes. Tahun 2012, empat jeneral musuh didakwa atas tuduhan jenayah perang. Hakim mengeluarkan waran tangkap antarabangsa. Dalam dewan mahkamah, keluarga mangsa menangis lega akhirnya ada negara yang membela


Harapan yang Dipatahkan

Namun politik bergerak lebih laju daripada undang-undang. Tahun 2016, selepas enam tahun ketegangan, Ankara dan musuh duduk semeja. Tekanan ekonomi, strategi serantau, dan krisis di Syria membuat Turki memilih normalisasi.

Perjanjian ditandatangani:
• Musuh bersetuju bayar pampasan USD 20 juta kepada keluarga mangsa.
• Sebagai balasan, kes mahkamah digugurkan.
• Hubungan diplomatik dipulihkan.


Bagi rakyat Turki, Mavi Marmara bukan sekadar kapal. Ia adalah luka terbuka bagaimana anak muda mereka, doktor, wartawan, sukarelawan biasa ditembak di laut antarabangsa kerana membawa roti dan ubat.

Mereka melihat jenazah dibawa pulang dengan balutan bendera, tetapi bertahun-tahun kemudian, mereka juga melihat kes-kes mahkamah gugur di meja rundingan. Harapan untuk keadilan ditukar dengan lembaran diplomasi.

Itulah luka yang masih berdenyut hingga kini. Luka yang membuat nama Mavi Marmara sentiasa disebut, setiap kali kapal bantuan menuju 🍉


Kurang daripada 24 jam, misi Sumud Flotila akan tiba menghampiri 🍉

Jika anda membuka aplikasi vessel tracker, anda akan melihat titik-titik kapal flotila bergerak di Laut Mediterranean. Dan di peta yang sama, di koordinat yang pernah berlumuran darah, di situlah dahulu Mavi Marmara diserang.

📌 Semoga kali ini, kapal-kapal itu tiba dengan selamat. Doa anda semua mengiringi semua sukarelawan misi flotilla

11/07/2025

Infaq Jumaat - Pembangunan Pendidikan

Infaq ini digunakan bagi

1. Baikpulih Fasiliti & Bangunan
2. Kos Operasi & Utiliti
3. Bantuan Pelajar Asnaf
4. Barangan Dapur
5. Kelas Pengajian

Infaq & Sumbangan boleh disalurkan ke
Bank Islam
01032010066343
Madrasah Tahfiz AlQuran Darul Fathah

Sebarang makluman lanjut boleh hubungi :
Pengurusan Darul Fathah - 012 402 2019
Ustaz Nasrudin Amin - 012 454 2019

Jazakallahul Khoiran

27/02/2025

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa."
(Surah Al-Baqarah, ayat 183)

Nantikan Pengisytiharan Permulaan Puasa Tahun 1446H/2025M pada 28 Februari 2025 (Jumaat), pukul 8.00 malam hanya di RTM.

Photos from Maahad Tahfiz AlQuran Darul Fathah's post 26/01/2025

Infografik ringkas Isra wal Mikraj

26/01/2025

Selamat Menghayati Peristiwa Israk Mikraj 1446H / 2025M

Peristiwa agung Israk dan Mikraj bukan sekadar perjalanan Rasulullah SAW, tetapi sebuah pengajaran yang penuh hikmah. Ia mengingatkan kita untuk sentiasa taat kepada perintah Allah SWT, kerana azab-Nya amat pedih bagi mereka yang ingkar.

Melalui peristiwa ini, Allah SWT memerintahkan untuk mengerjakan solat fardu sebanyak 50 waktu namun atas sifat rahmat-Nya umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan sebanyak lima waktu.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’, ayat 1:

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”

Marilah kita hayati ibrah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj ini.
Jadikan ia pedoman untuk memperbaiki akhlak, memperkukuhkan iman, serta meninggalkan kemungkaran demi mencapai keredhaan Allah SWT.

Daripada Maahad Tahfiz AlQuran Darul Fathah

26/01/2025

Kedudukan Tertinggi Manusia ialah Hamba
=====
1. Antara perkara yang menarik untuk direnungi dalam ayat mengenai Israk Mikraj ini ialah keperibadian Rasulullah ﷺ yang disifatkan sebagai seorang hamba. Firman Allah:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa...”

2. Bayangkan, sekalipun Rasulullah ﷺ dijemput dengan upacara penghormatan yang amat sempurna, (iaitu disediakan kenderaan, diiringi oleh ketua malaikat, diberi kemuliaan mengimamkan para Nabi) namun, atas segala kemuliaan ini Allah menyifatkan Baginda sebagai seorang hamba. Ini menunjukkan, setinggi-tinggi, dan semulia-mulia tahap seorang makhluk itu ialah menjadi seorang hamba kepada Allah.

3. Atas sebab itu kita dapati dalam al-Quran bagaimana Allah menyifatkan Rasulullah ﷺ dengan gelaran hamba ketika Baginda menggalas tugas-tugas penting. Sebagai contoh, ketika memikul tugas mulia sebagai seorang pendakwah, Allah menyifatkan Nabi sebagai seorang hamba. Insiden ini berlaku saat Rasulullah ﷺ menyampaikan dakwahnya kepada golongan jin. Firman Allah:

وَأَنَّهُ لَمَّا قَامَ عَبْدُ اللَّهِ يَدْعُوهُ كَادُوا يَكُونُونَ عَلَيْهِ لِبَدًا

“Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka (golongan jin) hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya.” (Surah al-Jin: 19)

4. Begitu juga ketika Rasulullah ﷺ menggalas tugas sebagai penerima wahyu, maka Baginda juga dipanggil sebagai hamba. Firman Allah:

إِن كُنتُمْ فِى رَيْبٍۢ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُواْ بِسُورَةٍۢ مِّن مِّثْلِهِۦ

“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu...” (Surah al-Baqarah: 23)

5. Jelas di sini, semulia-mulia kedudukan manusia adalah menjadi hamba di sisi Tuhannya. Saat Rasulullah ﷺ diseru menghadap Allah Yang Maha Esa, Baginda dipanggil hamba. Saat beliau memikul tugas mulia sebagai pendakwah, Allah memanggilnya sebagai hamba dan saat dia menjadi penyampai kepada wahyu Ilahi, Allah tetap menyifatkannya sebagai hamba.

6. Gelaran ini juga adalah jelas satu peringatan buat kaum muslimin agar tidak mengangkat seorang hamba itu menjadi Tuhan seperti yang dilakukan oleh orang-orang Kristian. Kemuliaan dan keajaiban yang dikurniakan kepada Nabi Isa menjadikan mereka kagum dan terkeliru sehingga meletakkan Nabi Isa sebagai anak Tuhan.

Perbincangan ini merupakan petikan dari analisis buku Prinsip Kehidupan Dalam Hadis Isra dan Mikraj. Dapatkan untuk perbincangan lanjut di:

https://shopee.com.my/PRINSIP-KEHIDUPAN-DARI-HADIS-ISRAK-MIKRAJ-OLEH-DR-AHMDA-SANUSI-AZMI-i.510934549.24564773865
https://shopee.com.my/PRINSIP-KEHIDUPAN-DARI-HADIS-ISRAK-MIKRAJ-OLEH-DR-AHMDA-SANUSI-AZMI-i.510934549.24564773865

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

21/01/2025

Firman Allah swt :

وَمَآ أَنفَقْتُم مِّن شَىْءٍۢ فَهُوَ يُخْلِفُهُۥ ۖ وَهُوَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ

dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".

40 hari lagi menuju Ramadhan 1446H✨

Jangan takut memberikan sedekah di jalan Allah, pasti akan dibalas dengan pemberian yang tidak disangka-disangka.

"𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘦𝘮𝘶𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘙𝘢𝘮𝘢𝘥𝘩𝘢𝘯"

Want your school to be the top-listed School/college in Batu Pahat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Parit Kota, Kampung Dalam Peserai
Batu Pahat