06/02/2026
MESYUARAT KELAB STAF I2E 2026 & PENYERAHAN TUGAS KEPADA KEPIMPINAN BARU KELAB STAF BAGI SESI 2026-2028
Tahniah diucapkan kepada
Pengerusi Kelab Staf I2E SESI 2026-2028 En. Anwar Arifin Bin Jopri Dan Bendahari Pn. Miskiah Binti Mohammad Ihsan
Dan setinggi-tinggi penghargaan Dan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Dan Bendahari Kelab Staf I2E yg lalu iaitu Prof. Ir. Dr. Erwan Bin Sulaiman dan Pn. Jalilah Binti Mohd Bajuri
06/02/2026
PROGRAM BRISK WALK I2E 2026
Institut Kejuruteraan Integrasi melalui Kelab Staf I2E telah mengadakan Program Brisk Walk bagi tahun 2026 di sekitar UTHM.
Program ini diketuai oleh Pengarah Institut Kejuruteraan Integrasi Prof. Ts. Dr. Mohd Khairul Bin Ahmad serta staf2 I2E dari pelbagai jawatan.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk staf I2E mengamalkan cara hidup sihat serta mengeratkan ukhuwah antara sesama staf
20/01/2026
MAJLIS SAMBUTAN ISRA' DAN MIKRAJ PERINGKAT INSTITUT KEJURUTERAAN INTEGRASI
Institut Kejuruteraan INTEGRASI dengan kerjasana kelab Staf IIE telah menganjurkan Majlis SAMBUTAN ISRA' DAN MIKRAJ bertempat di Surau Al-Hikmah, RECESS.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah IIE iaitu Prof. Ts. Dr. Mohd Khairul Bin Ahmad. Seterusnya ceramah berkaitan ISRA' DAN MIKRAJ telah disampaikan oleh Alfadhil Ustaz Mohammad Shahrir Bin Abdul Mutalib Dari Pusat Islam UTHM.
Majlis ini juga dihadiri oleh staf-staf dari Institut Kejuruteraan Integrasi dari pelbagai jawatan bagi mengimarahkan majlis ini serta merapatkan silaturrahim.
28/11/2025
MAJLIS PENGHARGAAN & REFLEKSI CEMERLANG EKSA 2025 BERSAMA LEMBAGA PENGARAH (LPU) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
26 November 2025 : Majlis Penghargaan & Refleksi Cemerlang EKSA 2025 merupakan satu inisiatif yang bertujuan menghargai usaha serta komitmen para juruaudit integrasi EKSA dan penerima anugerah yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam merealisasikan objektif pelaksanaan EKSA di UTHM.
Majlis ini juga telah dihadiri oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mas Fawzi Bin Mohd Ali, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Pada Majlis tersebut, Team Integra X Five dibawah Team EKSA IIE, Institut Kejuruteraan Integrasi (IIE) yang dianggotai oleh En. Mohd Azwadi Bin Omar (Ketua), En. Amirzaki Bin Salikin, En. Mohd Azwan Bin Busu, Pn. Jalilah Binti Mohd Bajuri Serta Pn. Miskiah Binti Mohammad Ihsan memenangi tempat ke 2 bagi Pertandingan KIK peringkat UTHM 2025 dan tempat ke 3 bagi Pertandingan Quick Win 2025. Manakala En. Mohd Azwadi telah diiktiraf sebagai salah seorang Penyelaras PTJ EKSA Berwibawa 2023/2025.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Nik Hisyamudin Bin Muhd Nor, Prof. Madya. Dr. Shazarel Bin Shamsuddin, Ts. Ng Wee Fern serta barisan urusetia yang bertungkuslumus menjayakan majlis ini
Tahniah diucapkan kepada Team Integra X Five Dan Team EKSA IIE. Semoga terus cemerlang dimasa akan datang