Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat

Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat Sekolah Menengah Islam Hidayah adalah sekolah yang bertujuan untuk melahirkan insan rabbani
..::: Dunia di Tangan, Akhirat di Hati :::...

✨TAZKIRAH HARIAN SMIH BP✨"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-oran...
13/09/2026

✨TAZKIRAH HARIAN SMIH BP✨

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."

Mari kita hayati iktibar ringkas yang disampaikan oleh barisan pelajar:

Syahid Khalis: Kena sentiasa bersabar dalam menghadapi ujian kerana Allah sentiasa bersama orang yang sabar.
Alif Hilman: Kematian tidak mengenal usia. Jadikan ia pemangkin semangat ibadah dan asbab untuk bertaubat.
Ammar Sofwan: Jaga adab menuntut ilmu — pastikan diri bersih, fokus, dan sentiasa hormati guru.
Muizzuddin: Hentikan jadikan carutan sebagai gurauan. Tukar lisan kita kepada lafaz istighfar.
Irfan Zamani: Mempraktikkan ilmu jauh lebih berharga daripada sekadar mengetahuinya.

Moga Allah berikan kita kefahaman dan kekuatan untuk mengamalkannya. 🤲✨

13/09/2026

Assalamualaikum w.b.t. kepada ibu bapa dan warga sekolah SMIH BP,
Adakah ibu bapa atau rakan kenalan mencari sekolah menengah Islam yang seimbangkan agama, akademik & teknologi?

PENGAMBILAN MURID BAHARU TINGKATAN 1-4 (SESI 2027)

📲 Daftar secara online sekarang:
smihbp.hidayah.edu.my
📊 Status pendaftaran (Tingkatan 1): 28/50 pelajar
📉 Kekosongan (Tingkatan 1): 22 tempat sahaja lagi
🗓️Tarikh tutup: 31 Oktober 2026

Mari sama-sama kita bentuk masa depan anak-anak yang diredhai Allah. Kongsikan mesej ini agar lebih ramai ibu bapa tahu peluang emas ini!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pegawai Waran 2 KRSM Muhammad Zahin Zayyan Bin Mohd Azman atas komitmen dan pengorba...
13/09/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pegawai Waran 2 KRSM Muhammad Zahin Zayyan Bin Mohd Azman atas komitmen dan pengorbanan masa bertindak sebagai Pembantu Urusetia bagi program tahunan Ujian Kenaikan Pangkat (UKP) TKRS. Program ini mengumpulkan para murid sekolah rendah dari serata Malaysia. Semoga kepimpinan dan semangat berbakti ini menjadi inspirasi buat rakan-rakan yang lain! 👏🔥

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Herdawati, Dr. Fauzi, Prof. Madya Dr. Marlia, serta se...
13/09/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Herdawati, Dr. Fauzi, Prof. Madya Dr. Marlia, serta seluruh tenaga pengajar atas kesudian mengendalikan latihan bagi program kolaborasi Kelab Robotik dan Kelab Sains & Matematik.

Melalui aktiviti Soccer Robots ini, para peserta bukan sahaja mempelajari konsep teknikal dan pengaturcaraan, malah mengasah kemahiran penyelesaian masalah secara kreatif. Semoga ilmu yang dikongsi memberi inspirasi berterusan kepada semua peserta dalam bidang STEM! 🤖⚽✨

Alhamdulillah selesai Ujian Lisan Bahasa Arab SPM untuk batch 09' Ittihad. Semoga usaha mereka diberkati Allah.Terima ka...
20/08/2026

Alhamdulillah selesai Ujian Lisan Bahasa Arab SPM untuk batch 09' Ittihad. Semoga usaha mereka diberkati Allah.

Terima kasih kepada ibu bapa dan guru2 yang mendoakan perjalanan mereka.

Selamat maju jaya untuk anak2 ittihad untuk peperiksaan yang akan datang.

"Bersatu dalam Ittihad, Melangkah menuju Matlamat"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Kami warga SMIHBP mengucapkan selamat menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran M...
20/08/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kami warga SMIHBP mengucapkan selamat menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia buat barisan calon SPM Batch 09' Ittihad, Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat.

Jadikanlah peperiksaan ini sebagai salah satu medan untuk kalian membuktikan kesungguhan dalam menuntut ilmu. Teruskan memohon restu daripada ibu bapa serta guru-guru, kerana pada reda mereka terletaknya keberkatan. Manfaatkanlah senjata utama kita sebagai seorang Muslim, iaitu doa, di samping usaha yang tidak kenal putus asa (Man Jadda Wajada).

Semoga Allah SWT merahmati setiap langkah kalian, menjauhkan daripada sebarang kesulitan, dan mengurniakan keputusan yang cemerlang buat seluruh Batch Ittihad.

Selamat menjawab dan semoga berjaya dunia dan akhirat.

ALHAMDULILLAH, TAHNIAH KONTINJEN SMIHBP DI IHTIFAL RIYADHI JOHOR! 🏆Syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran penyertaan dan...
17/08/2026

ALHAMDULILLAH, TAHNIAH KONTINJEN SMIHBP DI IHTIFAL RIYADHI JOHOR! 🏆

Syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran penyertaan dan kejayaan para pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat (SMIHBP) dalam kejohanan Ihtifal Riyadhi peringkat negeri Johor yang telah berlangsung pada 25 Julai 2026 bertempat di Pusat Sukan Edu Hub, Pagoh.

Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang telah memberikan persembahan cemerlang. Berikut adalah keputusan rasmi pencapaian kontinjen sekolah mengikut acara yang dipertandingkan:

🥇 PINGAT EMAS
Badminton Perseorangan (Lelaki): Irfan Zamani
Memanah Trio (Perempuan): Hafizatul Mujahidah
🥈 PINGAT PERAK
Badminton Beregu (Lelaki): Sheikh Muhammad Rafiq
Memanah Trio (Lelaki): Muhammad Zahin Zayyan & Muhammad Fairuz Azuad
Badminton Beregu (Perempuan): Nur Sumayyah
🥉 PINGAT GANGSA
Bola Jaring: Nur Khadijah & Nur Aisyah Aqeelah
Pihak sekolah turut merakamkan ucapan syabas kepada pasukan Futsal dan Bola Sepak yang telah berjuang bersungguh-sungguh di peringkat kumpulan, serta peserta Balapan yang memberikan saingan sengit di peringkat saringan. Semangat kesukanan dan usaha keras anda amatlah dihargai.

Sekalung penghargaan juga didedikasikan buat barisan pelajar yang telah menggalas tanggungjawab dengan cemerlang sebagai urusetia bagi melancarkan urusan pertandingan Bola Jaring.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para ibu bapa atas sokongan, doa, dan dorongan padu yang sentiasa mengiringi perjalanan anak-anak pelajar.

Semoga pencapaian dan pengalaman berharga ini menjadi pemangkin semangat buat seluruh warga pelajar SMIHBP untuk terus aktif, berdaya saing, dan mengharumkan nama sekolah di masa akan datang. Terus maju, kontinjen SMIHBP!

ALHAMDULILLAH, MUKHAYYAM STAF LELAKI BERJALAN LANCAR ⛺🌲Syukur ke hadrat Allah SWT atas keizinan-Nya, Program Mukhayyam S...
17/08/2026

ALHAMDULILLAH, MUKHAYYAM STAF LELAKI BERJALAN LANCAR ⛺🌲

Syukur ke hadrat Allah SWT atas keizinan-Nya, Program Mukhayyam Staf Lelaki telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat ukhuwah dan kesepakatan.

Program perkhemahan dan pembinaan jati diri ini dianjurkan secara khusus bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim dalam kalangan barisan staf lelaki. Di samping itu, mukhayyam ini turut memberi fokus kepada pemantapan ketahanan fizikal, mental, serta rohani para pendidik dan kakitangan sekolah.

Pelbagai pengisian bermanfaat yang merangkumi aktiviti luar, latihan kerjasama berpasukan, serta pengisian rohani telah dilaksanakan, memberikan impak yang amat positif dan bermakna kepada setiap peserta yang hadir.

Semoga semangat kesatuan hati dan ukhuwah yang terbina menerusi mukhayyam ini dapat diterjemahkan dalam komitmen dan kecemerlangan tugasan harian di sekolah. Diharapkan agar seluruh barisan staf terus istiqamah dan bersemangat dalam memacu kemajuan sekolah demi melahirkan generasi cemerlang, serta sentiasa mengharapkan keredaan Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin. 🤲🏻

PROGRAM NADWAH TINGKATAN 4 IKRAM MUSLEH ✨Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Nadwah Tingkatan 4 anju...
17/08/2026

PROGRAM NADWAH TINGKATAN 4 IKRAM MUSLEH ✨

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Nadwah Tingkatan 4 anjuran IKRAM Musleh yang melibatkan para pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat (SMIHBP).

Program pengisian rohani dan kepimpinan ini merupakan salah satu inisiatif penting dalam membina jati diri, memantapkan kefahaman Islam, serta melahirkan generasi pelajar yang holistik dan berwawasan tinggi. Menerusi nadwah ini, para pelajar Tingkatan 4 telah didedahkan dengan pelbagai perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk mempersiapkan diri menghadapi cabaran masa hadapan, baik dari sudut kecemerlangan akademik mahupun pembentukan sahsiah.

Pihak sekolah merakamkan ucapan syabas kepada semua pelajar yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang program berlangsung. Semoga segala ilmu dan tarbiah yang digarap menjadi asbab kepada pembentukan peribadi Muslim yang unggul dan terus istiqamah dalam mengejar ketinggian di sisi Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin. 🤲🏻

SEKALUNG PENGHARGAAN: MESYUARAT AGUNG PIBG SMIHBP 2026Pihak Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat (SMIHBP) ...
17/08/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN: MESYUARAT AGUNG PIBG SMIHBP 2026

Pihak Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat (SMIHBP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua para guru dan ibu bapa yang telah sudi meluangkan masa hadir ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang berlangsung pada pagi tadi, 15 Ogos 2026.

Bertepatan dengan kata-kata, "Anak-anak cemerlang lahir daripada kerjasama erat antara ibu bapa dan sekolah," kehadiran dan sokongan padu daripada para ibu bapa amatlah bermakna bagi pihak sekolah. Ia membuktikan komitmen jitu kita semua untuk terus melangkah sederap bersama-sama dalam membina masa depan yang gemilang buat anak-anak pelajar.

Semoga Allah SWT memberkati pertemuan dan perbincangan kita pada hari ini, serta merahmati segala usaha murni dalam mendidik generasi harapan ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Address

Jalan Syufaat, Kampung Olak Batu
Batu Pahat
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 16:00

Telephone

+60189804880

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat:

Share

Category