Sekolah Agama Bandar Batu Pahat

Sekolah Agama Bandar Batu Pahat "Laman Rasmi Sekolah Agama Bandar Batu Pahat. Menyediakan Pendidikan Agama Untuk Semua Pelajar."

15/08/2026

SABBP telah menghantar 5 Acara Ke Peringkat MTQ Negeri.

🩵 Nasyid Putera
🩷 Nasyid Puteri
🩵 Tilawah Al-Quran Puteri Tahap 2
🩷 Tulisan Jawi Puteri
🩵 Syarahan Bahasa Arab Puteri

SABBP berjaya merangkul :

🥇 JOHAN Syarahan Bahasa Arab Puteri
- Naura Nur Medyna

🥉 KETIGA Tulisan Jawi Puteri
- Syarifah Yasmeen

🏅 SAGUHATI Tilawah Al-Quran puteri Tahap 2
- Mahfuzah

🎖🏵 Johan Dihati Keluarga SABBP 💝
- Nasyid Putera & Puteri

Tahniah & Syabas buat Guru Pembimbing serta anak2 didik yg dikasihi 🌷

📢📢📢3 HARI LAGI PENDAFTARAN AKAN DITUTUP ‼️‼️Segera ambil dan pulang semula borang yang telah siap diisi ke pejabat sekol...
28/07/2026

📢📢📢

3 HARI LAGI PENDAFTARAN AKAN DITUTUP ‼️‼️

Segera ambil dan pulang semula borang yang telah siap diisi ke pejabat sekolah dengan sempurna ✨😊

MAKLUMAN JADUAL UJIAN PENILAIAN DARJAH 1–5Assalamualaikum.Dimaklumkan bahawa Ujian Penilaian Darjah 1 hingga Darjah 5 ak...
17/07/2026

MAKLUMAN JADUAL UJIAN PENILAIAN DARJAH 1–5

Assalamualaikum.

Dimaklumkan bahawa Ujian Penilaian Darjah 1 hingga Darjah 5 akan dijalankan pada 3 hingga 7 Ogos 2026 (Isnin hingga Jumaat).

Sehubungan itu, mohon semua murid membuat persediaan dan mengulangkaji subjek-subjek yang telah ditetapkan mengikut jadual.

📌 Sila rujuk jadual yang dilampirkan untuk tarikh, masa dan subjek ujian.

Kerjasama dan perhatian semua murid serta ibu bapa/penjaga amat dihargai.

Semoga dipermudahkan dan diberikan kejayaan kepada semua murid. 🤲

03/07/2026

PERINGATAN: PENGAJARAN AGAMA ISLAM TANPA TAULIAH SECARA DALAM TALIAN DI NEGERI JOHOR**

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) ingin mengingatkan orang ramai bahawa mengajar, menyampaikan kuliah, ceramah, tazkirah atau apa-apa bentuk pengajaran berkaitan agama Islam kepada orang awam melalui media sosial seperti Facebook, TikTok, YouTube, Instagram, Telegram, Zoom serta platform digital lain memerlukan Tauliah Mengajar Agama Islam yang sah** daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003, mana-mana individu yang mengajar agama Islam tanpa tauliah yang sah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang.

Bermula 1 Jun 2026, Seksyen 82A Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Johor) (Pindaan) 2025** memperuntukkan anggapan fakta berkaitan penyiaran digital, antaranya:

• Pemilik, hos, pentadbir atau editor sesuatu akaun atau siaran boleh dianggap sebagai penyiar kandungan tersebut, melainkan dibuktikan sebaliknya.

• Pelanggan perkhidmatan rangkaian yang digunakan untuk memulakan penyiaran boleh dianggap sebagai penyiar, melainkan dibuktikan sebaliknya.

• Individu yang mempunyai jagaan atau kawalan ke atas komputer, telefon pintar atau peranti yang digunakan untuk penyiaran boleh dianggap sebagai penyiar, melainkan dibuktikan sebaliknya.

• Individu yang dilihat, didengar atau dibaca dalam sesuatu penyiaran juga boleh disifatkan sebagai pelaku dalam penyiaran tersebut, melainkan dibuktikan sebaliknya.

Peruntukan ini membolehkan bahan digital seperti rakaman siaran langsung, video, audio, tangkap layar, rakaman suara dan kandungan media sosial dijadikan sebagai bahan pembuktian di Mahkamah Syariah mengikut undang-undang.

JAINJ menasihatkan orang ramai supaya memastikan setiap ceramah atau pengajaran agama Islam kepada orang awam disampaikan oleh individu yang mempunyai Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Johor. Berhati-hatilah sebelum menjadi hos, pentadbir atau berkongsi siaran agama kerana tindakan tersebut boleh membawa implikasi undang-undang.

Bijak bermedia sosial, patuh undang-undang, pelihara kesucian agama.

Bahagian Undang-Undang Syariah
Jabatan Agama Islam Negeri Johor




22/06/2026

Assalamualaikum W.B.T.

Dengan penuh sukacita, pihak sekolah menjemput seluruh ibu bapa, penjaga serta masyarakat setempat untuk hadir memeriahkan program:

🎉 HARI MUAMALAT & HARI TERBUKA 🎉

📅 Hari: Jumaat
📆 Tarikh: 26 Jun 2026
⏰ Masa:
• 3.00 petang - 5.30 Petang (Hari Terbuka)
• ⁠11.30 pagi – 5.30 petang (Jualan Berlangsung)

✨ Antara aktiviti yang menanti anda:

🍔 Pelbagai gerai makanan yang menyelerakan
🥤 Aneka minuman yang menyegarkan
🛍️ Jualan dan aktiviti menarik
🤝 Mengeratkan hubungan antara sekolah, ibu bapa dan komuniti

💝 Marilah bersama-sama membawa keluarga untuk menikmati suasana yang meriah sambil memberi sokongan kepada program sekolah.

📢 “Datang sebagai tetamu, pulang sebagai keluarga.”

Kehadiran dan sokongan tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

🟣MAJLIS TILAWAH AL-QURAN SAKNJ PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2026🟢SABBP telah menghantar 10 org peserta di SA Seri B...
21/06/2026

🟣MAJLIS TILAWAH AL-QURAN SAKNJ PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2026🟢

SABBP telah menghantar 10 org peserta di SA Seri Bertam Yong Peng dan telah diberikan pelbagai kejayaan. Antaranya..

🏆 JOHAN Syarahan Bahasa Arab Puteri
🏆 JOHAN Tilawah Al quran Puteri Tahap 2
🏆 JOHAN Tulisan Jawi Puteri
🥉 KETIGA Mentafsir Ayat Al-Quran
🏅 SAGUHATI Bercerita Kisah Al-Quran putera Tahap 2
🏅 SAGUHATI Bercerita Kisah Al-Quran Puteri Tahap 2
🏅 SAGUHATI Hafazan Putera
🏅 SAGUHATI Syarahan Bahasa Arab Putera
🏅SAGUHATI Syarahan Bahasa Melayu TAHAP 1
🏅 SAGUHATI Seni Khat Putera

Tahniah & Syabas buat semua peserta👏🏻👏🏻
Kalah/menang adat pertandingan. Yg berharga adalah ketika usaha & proses proses meningkatkn kualiti diri✨
Anda semua sudah menunjukkan potensi yg TERBAIK🌹
Semoga menjadi pemangkin semangat buat murid² yg lain💪🏻

Doakan juga kejayaan ank² SABBP yang terus mara ke peringkat negeri bulan ogos ini insyaallah. 🤲

🔥Ke Arah Pembentukan Nilai Jati Diri Yang Berpotensi Tinggi🔥

15/06/2026

بسم الله الرحمن الرحيم🌹

Bersatu Hati, Kecemerlangan Menanti🩵

Alhamdulillah sekolah kita berjaya lagi untuk tahun yang KETIGA merangkul JOHAN bagi acara nasyid untuk dua2 kumpulan. 🌟🌷

Tahun ini ramai pesaing hebat nya, tp anak2 SABBP mampu buktikan mereka hebat dan cemerlang ✨

🟣 Jutaan syabas & tahniah kpd semua guru nasyid✨
Senantiasa membantu x kira masa, tenaga dan wang ringgit.

🟡 Syabas & tahniah juga kpd semua peserta sentiasa memberikan komitmen yg trbaik

🔵 Jutaan terima kasih juga kpd semua ibu bapa yg turut sama menyumbang sme ada brbentuk wang ringgit, mahupun tenaga, serta pengorbanan besar m'hntr ank² hadir latihan.

🏵️ Allah senantiasa melihat usaha keras hamba²nya. Berbaloi semua pengorbanan yg dikerahkn
Insyaallah kita pulun lebih lagi utk peringkat negeri🏆

Mohon doa ibu ayah keluarga SABBP, utk kecemerlangan anak² Nasyid berjaya di peringkat negeri tuan rumah Batu Pahat .

🔥 Insan Hebat sentiasa membuahkn hasil yg Hebat²🔥

Pihak Sekolah Agama Bandar Batu Pahat merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa murid yang terlibat atas kejadian yang b...
06/05/2026

Pihak Sekolah Agama Bandar Batu Pahat merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa murid yang terlibat atas kejadian yang berlaku di hadapan pagar sekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Maimon, Parit Sulong semalam.

Sehubungan itu, pihak sekolah ingin mengingatkan sekali lagi kepada semua ibu bapa dan penjaga agar sentiasa mematuhi arahan serta peraturan yang telah ditetapkan oleh pentadbiran sekolah demi keselamatan bersama.

Larangan penggunaan kenderaan di laluan masuk dan keluar murid telah dipaparkan dengan jelas di kawasan pagar sekolah. Kerjasama semua pihak amatlah dihargai bagi memastikan laluan murid sentiasa selamat dan tidak terhalang.

Justeru, ibu bapa dan penjaga dimohon untuk berjalan kaki ke pintu pagar sekolah semasa menghantar dan mengambil anak-anak.

Keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab bersama. Marilah kita bersama-sama memudahkan urusan anak-anak pergi dan balik sekolah dengan selamat mengikut masa yang ditetapkan dan tidak mengambil lewat sehingga anak-anak menunggu lama.

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua pihak. ✨✨

Alhamdulillah 🤍✨Syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan Sekolah Agama Bandar Batu Pahat dinobatkan sebagai Johan Keselu...
30/04/2026

Alhamdulillah 🤍✨

Syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan Sekolah Agama Bandar Batu Pahat dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan 🏆 dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Bagan yang telah berlangsung pada 30 April 2026 .

Johan 4 Acara
Naib Johan 6 Acara
Tempat ketiga 5 Acara

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru pembimbing, peserta serta warga sekolah atas usaha dan komitmen yang cemerlang. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan generasi cintakan Al-Quran. ❤️

🌹 Alhamdulillah, Majlis Setulus Hati Seindah Memori Telah Selesai 🌹  Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, majlis ya...
30/04/2026

🌹 Alhamdulillah, Majlis Setulus Hati Seindah Memori Telah Selesai 🌹

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, majlis yang telah berlangsung pada 24 April 2026 berjalan dengan lancar dan penuh makna.

Pihak Sekolah Agama Bandar Batu Pahat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

💐 Sekalung penghargaan khas buat:
- Ustazah Khairunnisa’
- Ustazah Fadhlia
- Ustaz Khairul Hisan
- Ustaz Hanif

Terima kasih atas segala jasa, ilmu dan pengorbanan yang tidak ternilai. Semoga segala kebaikan yang dicurahkan menjadi asbab keberkatan dan ganjaran yang berpanjangan.

💐 Tidak dilupakan juga kepada seluruh barisan guru, warga sekolah serta semua pihak yang terlibat, atas komitmen, kerjasama dan usaha yang diberikan dalam memastikan kelancaran majlis ini.

✨ Semoga kenangan yang tercipta akan sentiasa terpahat di hati dan ukhuwwah yang terjalin berkekalan hingga ke syurga.

Terima kasih & Jazakumullahu khairan kathira. 🤲

Address

Jalan Ampuan, Kampung Sateh
Batu Pahat
83000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Agama Bandar Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share