07/12/2025
MASJID SEJUK 3.0 β MENCIPTA PENGALAMAN PEMBELAJARAN SEBENAR DI LAPANGAN
Pada 03 Disember 2025, seramai 21 pelajar yang terdiri dari kursus BBA40203 Servis dan Penyelenggaraan Sistem Penyejukan Dan Penyamanan Udara Domestik dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) dan diiringi oleh penasihat program iaitu Ts. Dr. Khairul Anuar bin Abdul Rahman telah berpeluang turun ke lapangan bagi melaksanakan Program MASJID SEJUK 3.0 β SULAM by bbg Kohort 17 bertempat di Masjid Jamek Al-Hidayah Parit Haji Ali. Program ini menjadi platform penting untuk menghubungkan ilmu teori dengan kemahiran praktikal sebenar di lokasi komuniti.
Dalam program ini, pensyarah pembimbing dan pelajar memberikan latihan teori dan praktikal kepada ahli kariah masjid yang terdiri daripada noja-noja masjid dan surau serta ahli kariah yang lain. Disamping itu pelajar menjalani latihan praktikal, dan tugasan penyelenggaraan sistem penyaman udara, sambil mengasah pemikiran kritikal, kepimpinan, kerjasama berpasukan, dan nilai profesionalisme.
Program ini juga memberi impak positif kepada pihak masjid dengan memastikan sistem penyaman udara berada dalam keadaan baik demi keselesaan jemaah. Pelaksanaan program ini telah mencapai hasil yang sangat memberangsangkan kepada para pelajar kerana berpeluang mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran penyelenggaraan dalam situasi sebenar, sekali gus meningkatkan keyakinan serta kecekapan mereka dalam melaksanakan kerja-kerja teknikal.
Diharapkan inisiatif sebegini terus memberikan nilai tambah kepada komuniti dan berperanan dalam melahirkan graduan yang berkemahiran, berintegriti dan bersedia menghadapi keperluan industri.
UTHM merakamkan ucapan penghargaan kepada Masjid Jamek Al-Hidayah Parit Haji Ali atas sokongan penuh yang diberikan.
.0