Tadika Faqeeh Batu Pahat

Tadika Faqeeh Batu Pahat Ke Arah Melahirkan "Generasi Genius Al Quran" Seawal Usia 4 Tahun

PABILA GURU BERKONGSI PEMERHATIAN TENTANG PERKEMBANGAN ANAK ❤️Ada satu perkara yang mungkin tidak semua ibu/ayah tahuApa...
18/08/2026

PABILA GURU BERKONGSI PEMERHATIAN TENTANG PERKEMBANGAN ANAK ❤️

Ada satu perkara yang mungkin tidak semua ibu/ayah tahu

Apabila guru berkongsi bahawa anak menunjukkan beberapa perbezaan dalam aspek komunikasi, interaksi sosial, emosi, tumpuan atau pengurusan diri, ia bukan bermaksud guru sedang membuat diagnosis atau melabel anak

Guru bukan doktor
Guru bukan pakar perkembangan kanak²

Tetapi guru ialah antara individu yang melihat anak dalam suasana pembelajaran, bersama rakan sebaya, mengikuti rutin harian dan menerima arahan secara konsisten

Sebab itu, apabila guru nampak sesuatu yang berbeza, menyampaikannya kepada ibu/ayah adalah satu bentuk tanggungjawab, bukan untuk menakutkan, tetapi untuk membantu

🌱 Setiap anak berkembang mengikut kadar yang berbeza

Ada anak cepat bercakap
Ada yang memerlukan lebih masa untuk berkomunikasi
Ada yang mudah bersosial
Ada yang lebih selesa bermain sendiri
Ada yang mudah mengikuti arahan
Ada yang memerlukan bantuan dan pengulangan

Perbezaan ini tidak semestinya bermaksud anak mempunyai sesuatu diagnosis

Namun, jika terdapat beberapa perkara yang berulang dan memberi kesan kepada pembelajaran, komunikasi, keselamatan atau kehidupan harian anak, mungkin sudah tiba masanya untuk kita melihatnya dengan lebih dekat & teliti

Dan di sinilah pentingnya kerjasama antara ibu/ayah, guru dan pakar

Bukan untuk mencari siapa yang salah

Tetapi untuk mencari jawapan kepada satu persoalan :

“Apa yang anak saya perlukan sebaiknya supaya dia boleh berkembang dengan lebih baik?” ❤️

Kadang² perkara yang sukar didengar hari ini mungkin menjadi perkara yang membantu anak kita lebih awal pada masa akan datang

Jangan takut dengan pemerhatian guru
Jangan terus anggap anak sedang dilabel

Dengar. Tanya. Bincang. Dapatkan pandangan yang tepat

Kerana intervensi dan sokongan yang sesuai, apabila diperlukan, boleh membantu anak mendapat peluang yang lebih baik untuk berkembang mengikut potensi dirinya

Di Tadika Faqeeh, kami percaya :

Setiap anak bukan perlu dipaksa menjadi seperti anak lain
Setiap anak perlu difahami, dibimbing dan diberikan ruang untuk berkembang 🌱

Anak bukan masalah yang perlu diperbaiki
Anak adalah amanah yang perlu kita fahami 🤍

"A Class Above"
"Adab Before Knowledge"

Tempoh Hari Anak² Telah Menempuh Ujian Kemasukan SRAB, Harini Adalah Keputusan 🌹Hari ini mungkin ada rumah yang bergema ...
07/08/2026

Tempoh Hari Anak² Telah Menempuh Ujian Kemasukan SRAB, Harini Adalah Keputusan 🌹

Hari ini mungkin ada rumah yang bergema dengan sorakan kegembiraan

Dan mungkin juga ada rumah yang sunyi, kerana ada air mata yang cuba disembunyikan daripada anak²

💚 Buat ibu/ayah

Tidak mengapa jika hari ini hati terasa sedikit berat

Tidak mengapa jika ada rasa kecewa

Kerana setiap ibu/ayah pasti mengimpikan yang terbaik buat anak² mereka

Tetapi percayalah

Keputusan hari ini bukan penentu masa depan anak kita

Ia hanyalah satu persimpangan kecil dalam perjalanan hidup yang masih sangat panjang

Jangan sesekali memandang anak dengan rasa "kalau lah..."

Jangan biarkan mereka merasakan bahawa mereka telah mengecewakan ibu/ayah

Sebaliknya, peluklah mereka erat

Beritahu mereka

"Mama dan ayah tetap bangga dengan awak. Kami sayang awak, bukan kerana keputusan yang awak dapat, tetapi kerana awak adalah anugerah Allah yang paling berharga buat kami" ❤️

Siapa sangka

Mungkin anak yang tidak terpilih hari ini akan menjadi insan yang paling banyak memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara suatu hari nanti

Kerana Allah tidak pernah menilai manusia berdasarkan nama sekolahnya

Allah melihat usaha, kesungguhan, akhlak dan hati yang sentiasa bergantung kepada-Nya

Kadang² kita menangis kerana pintu yang tertutup

Sedangkan Allah sedang membuka pintu yang jauh lebih baik, cuma kita belum nampak lagi

Firman Allah :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
- Surah Al-Baqarah : 216 -

Jadi ibu/ayah

Teruskan berdoa

Teruskan mendidik

Teruskan memeluk anak² dengan kasih sayang

Kerana mereka tidak memerlukan ibu/ayah yang sempurna

Mereka hanya memerlukan ibu/ayah yang tidak pernah berhenti percaya kepada mereka

🌷 Di Tadika Faqeeh, kami percaya

Setiap anak dilahirkan dengan keistimewaan yang berbeza

Mungkin bukan hari ini mereka diraikan

Mungkin bukan esok mereka dipuji

Tetapi dengan adab yang baik, didikan yang betul, doa yang tidak pernah putus dan kasih sayang daripada ibu/ayah, InsyaAllah, akan tiba hari mereka berdiri teguh sebagai insan yang membanggakan

Kerana bagi kami, kejayaan sebenar bukan sekadar berjaya memasuki sekolah pilihan, tetapi berjaya menjadi hamba Allah yang beriman, berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada ummah 🤍

"A Class Above"
"Adab Before Knowledge"

❤️

TERIMA KASIH IBU/AYAH DIATAS SOKONGAN & KOMITMEN, KITA BERJAYA KUMPULKAN KURANG LEBIH 300 ++ ORANG AHLI KELUARGA ❤️🌈Dari...
30/07/2026

TERIMA KASIH IBU/AYAH DIATAS SOKONGAN & KOMITMEN, KITA BERJAYA KUMPULKAN KURANG LEBIH 300 ++ ORANG AHLI KELUARGA ❤️🌈

Daripada lubuk hati yang paling dalam, kami seluruh warga Tadika Faqeeh Batu Pahat ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibu/ayah yang sanggup meluangkan masa, datang dari dekat mahupun jauh, serta bersama-sama memeriahkan Sea, Sand, Sun & Sport's Day Heal kali Ke-7, pelajar Sesi 2026

Kehadiran ibu/ayah bukan sekadar memenuhi jemputan, tetapi menjadi hadiah yang sangat bermakna buat anak². Wajah mereka yang penuh kegembiraan apabila melihat ibu/ayah berada di sisi adalah kenangan yang akan kami simpan untuk selamanya

Hari ini, kami sudah mula merindui setiap detik semalam. Riuh rendah sorakan, gelak tawa anak², semangat kesukanan, kerjasama antara keluarga dan guru², semuanya menjadi memori yang amat indah

Sepanjang penganjuran program ini, andai terdapat sebarang kekurangan, kelewatan, kesilapan, kekhilafan atau perkara yang kurang menyenangkan ibu/ayah, kami memohon ribuan kemaafan. Kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dan setiap teguran akan menjadi panduan untuk kami tambah baik servis pada masa akan datang

Akhir sekali, kami mendoakan semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, rezeki yang melimpah, serta melindungi setiap keluarga dari musibah. Semoga anak-anak kita membesar menjadi insan yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat, serta menjadi penyejuk mata ibu/ayah

Terima kasih kerana sentiasa mempercayai dan menyokong perjalanan pendidikan anak² bersama Tadika Faqeeh Batu Pahat

Semoga kita dipertemukan lagi dalam program² yang akan datang, InsyaAllah ❤️🌈

Dah ada ibu/ayah yang tanya, tahun depan sukan dekat mana p**ak 😅

"A Class Above"
"Adab Before Knowledge"

Part 4 - MITOS vs FAKTA, Anak Masuk Darjah 1 Pada Usia 6 TahunSejak peluang memasuki Darjah 1 pada usia 6 tahun diperken...
07/07/2026

Part 4 - MITOS vs FAKTA, Anak Masuk Darjah 1 Pada Usia 6 Tahun

Sejak peluang memasuki Darjah 1 pada usia 6 tahun diperkenalkan, pelbagai pendapat mula kedengaran

Ada yang yakin
Ada yang masih ragu²

Jom kita semak beberapa mitos dan fakta yang sering menjadi persoalan ibu/ayah

❌ MITOS 1 "Kalau anak dah pandai membaca, memang dah bersedia untuk Darjah 1."
✅ FAKTA : Membaca hanyalah salah satu aspek ketersediaan. Anak juga perlu mempunyai kematangan emosi, mampu memberi tumpuan, mendengar arahan, mengurus diri, berkawan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah

❌ MITOS 2 "Kalau tak masuk awal, anak akan ketinggalan"
✅ FAKTA : Tidak semestinya. Ramai kanak² berkembang dengan cemerlang apabila mereka memasuki alam persekolahan pada waktu yang benar² sesuai dengan tahap perkembangan mereka. Yang penting bukan cepat, tetapi bersedia

❌ MITOS 3 "Kalau anak menangis atau malu², nanti biasalah, masuk sekolah nanti okey latu sendiri"
✅ FAKTA : Ada anak yang cepat menyesuaikan diri, tetapi ada juga yang memerlukan sedikit masa dan sokongan.
Ketersediaan emosi memainkan peranan yang besar dalam membantu anak menikmati pengalaman belajar di sekolah

❌ MITOS 4 "Kalau kawan-kawan semua masuk Darjah 1, anak saya pun mesti masuk"
✅ FAKTA : Keputusan terbaik bukan dibuat kerana mengikut orang lain. Setiap anak mempunyai keunikan, kekuatan dan kadar perkembangan yang berbeza. Apa yang sesuai untuk anak orang lain, belum tentu sesuai untuk anak kita

🌱 Kesimp**annya
Jangan membuat keputusan kerana desakan, perbandingan atau trend. Buatlah keputusan berdasarkan ketersediaan sebenar anak, bukan semata-mata usia atau pencapaian akademik.
Kerana apabila anak melangkah dalam keadaan benar² bersedia, mereka akan lebih yakin, lebih seronok belajar dan lebih mudah menyesuaikan diri dengan cabaran baru

❤️ Ibu/ayah ❤️
"Tidak mengapa jika anak kita melangkah sedikit lambat, asalkan setiap langkah itu kukuh dan penuh keyakinan"

"A Class Above"
"Adab Before Knowledge"

Part - 3 🌱 Masuk Awal Tidak Semestinya Lebih Hebat, Masuk Kemudian Bukan Bermakna KetinggalanSejak kebelakangan ini, ram...
01/07/2026

Part - 3 🌱 Masuk Awal Tidak Semestinya Lebih Hebat, Masuk Kemudian Bukan Bermakna Ketinggalan

Sejak kebelakangan ini, ramai ibu ayah bertanya

"Kalau anak saya tak masuk Darjah 1 pada usia 6 tahun, adakah dia akan ketinggalan?"

Jawapannya

Belum tentu

Hakikatnya, setiap anak mempunyai rentak perkembangan yang berbeza beza

Ada yang sudah bersedia pada usia 6 tahun. Ada yang memerlukan sedikit masa lagi untuk membina keyakinan, kematangan emosi dan kemahiran mengurus diri

🌱 Cuba kita bayangkan sebuah kebun

Tidak semua pokok berbunga pada hari yang sama. Tidak semua pokok berbuah pada bulan yang sama

Namun apabila dijaga dengan baik, diberikan baja, air dan cahaya yang mencukupi, setiap pokok akan membesar mengikut waktunya dan menghasilkan buah yang terbaik

Begitulah juga anak-anak kita

Jangan terburu-buru hanya kerana melihat anak orang lain sudah melangkah ke hadapan

Dan jangan p**a berasa kecewa jika anak kita memerlukan sedikit masa lagi

❤️ Matlamat kita bukanlah untuk menjadi yang paling cepat, tetapi untuk memastikan anak melangkah apabila benar-benar bersedia

Kerana apabila asasnya kukuh

📖 Anak lebih yakin untuk belajar
😊 Anak lebih seronok ke sekolah
🤝 Anak lebih mudah berkawan
💪 Anak lebih tabah apabila berdepan cabaran

Percayalah

Perlumbaan sebenar bukanlah siapa yang bermula dahulu, tetapi siapa yang mampu terus melangkah dengan yakin hingga ke garisan penamat

💚 Sebagai ibu ayah, jangan terlalu risau jika perjalanan anak tidak sama seperti anak orang lain

Kerana setiap anak adalah amanah yang Allah SWT ciptakan dengan keunikan dan keistimewaan masing²

"A Class Above"
"Adab Before Knowledge"

Part 2 - 📋 5 Perkara Yang Perlu Dinilai Sebelum Membuat Keputusan Anak Masuk Darjah 1 Pada Usia 6 TahunSemalam kita berk...
30/06/2026

Part 2 - 📋 5 Perkara Yang Perlu Dinilai Sebelum Membuat Keputusan Anak Masuk Darjah 1 Pada Usia 6 Tahun

Semalam kita berkongsi tentang dilema yang sedang dihadapi ramai ibu/ayah

Hari ini, mari kita lihat 5 perkara penting yang wajar dipertimbangkan sebelum membuat keputusan. Keputusan ini bukan sekadar berdasarkan umur atau pencapaian akademik semata-mata

1️⃣ Akademik bukan satu-satunya ukuran
📖 Mampu membaca, menulis dan mengira memang satu kelebihan. Namun, kejayaan di sekolah rendah juga bergantung kepada kebolehan anak memberi tumpuan, mendengar arahan, menyelesaikan tugasan dan belajar secara konsisten

2️⃣ Adakah emosi anak benar-benar bersedia?❤️ Sekolah rendah membawa suasana dan cabaran yang berbeza. Cuba tanya diri kita:
✔️ Bolehkah anak berpisah dengan ibu ayah tanpa terlalu bergantung?
✔️ Mampukah dia mengawal emosi apabila berdepan kesukaran?
✔️ Beranikah dia bertanya apabila tidak memahami sesuatu?

3️⃣ Tahap berdikari anak 🌱
Perkara yang nampak kecil sebenarnya sangat besar kesannya
✅ Mengurus beg sekolah
✅ Menjaga barang sendiri
✅ Ke tandas tanpa bantuan
✅ Mengurus waktu makan
✅ Mematuhi rutin harian
Semakin berdikari, semakin mudah anak menyesuaikan diri di sekolah

4️⃣ Minat dan kesediaan untuk belajar ✨
Anak yang bersedia biasanya mempunyai rasa ingin tahu, seronok meneroka perkara baharu dan tidak mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran

5️⃣ Jangan membuat keputusan kerana orang lain 🤝
Kadang-kadang kita rasa risau apabila melihat rakan sebaya sudah melangkah ke hadapan
Tetapi hakikatnya...
🌸 Setiap anak mempunyai kadar perkembangan yang berbeza
Keputusan terbaik ialah keputusan yang sesuai untuk anak kita, bukan semata-mata kerana mengikut orang lain
💚 Yang paling penting bukan siapa yang paling awal masuk Darjah 1, tetapi siapa yang benar-benar bersedia untuk melangkah dengan yakin

💬 Pada pendapat ibu ayah, antara lima perkara di atas, yang manakah paling penting untuk dipertimbangkan? Kongsikan pandangan di ruangan komen. Mungkin pengalaman anda dapat membantu ibu ayah yang lain

"A Class Above"
"Adab Before Knowledge"

Part 1 - 🤔 Dilema Ibu & Ayah, Anak Masuk Darjah 1 atau Kekal di Tadika Tahun Hadapan?Sejak adanya peluang untuk anak ber...
29/06/2026

Part 1 - 🤔 Dilema Ibu & Ayah, Anak Masuk Darjah 1 atau Kekal di Tadika Tahun Hadapan?

Sejak adanya peluang untuk anak berusia 6 tahun memasuki Tahun 1, ramai ibu/ayah mula bertanya tanya

"Anak saya dah boleh membaca... Perlukah saya terus masukkan ke Darjah 1?"

"Kalau tunggu setahun lagi, nanti anak bosan ke?"

"Dari segi emosi, sosial dan keyakinan... dah betul-betul bersedia ke?"

Hakikatnya, tiada satu jawapan yang sesuai untuk semua anak

Setiap anak berkembang pada kadar yang berbeza. Ada yang sudah bersedia dari sudut akademik, tetapi masih memerlukan masa untuk matang dari segi emosi, disiplin dan keyakinan. Ada p**a yang sebaliknya

💚 Sebagai pendidik awal kanak², kami percaya bahawa ketersediaan anak bukan hanya diukur melalui kebolehan membaca, menulis dan mengira, tetapi juga kemampuan mengurus diri, berkomunikasi, mengawal emosi serta menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu

Keputusan ini bukan tentang siapa lebih cepat, tetapi tentang apa yang terbaik untuk masa depan anak

💬 Apa kata ibu/ayah yang sedang baca posting ini?
✅ Masuk Darjah 1 pada usia 6 tahun?
❤️ Atau beri peluang setahun lagi untuk memantapkan persediaan anak?

Kongsikan pandangan di ruangan komen. Mungkin pengalaman anda dapat membantu ibu/ayah lain membuat keputusan yang terbaik. 😊

"A Class Above"
"Adab Before Knowledge"

❤️

Alhamdulillah 🤍Semalam & hari ini, Guru² Tadika Faqeeh telah selesai mengikuti Kursus Pemantapan Latihan Modul Awal meng...
18/01/2026

Alhamdulillah 🤍

Semalam & hari ini, Guru² Tadika Faqeeh telah selesai mengikuti Kursus Pemantapan Latihan Modul Awal mengikut silibus yang terbaru iaitu KP 2026

Latihan ini bukan sekadar kursus biasa, tetapi ruang kami :
✨ Menyelaraskan kefahaman setiap guru
✨ Memantapkan lagi kaedah pengajaran mengikut silibus yang terkini
✨ Memastikan setiap anak diajar mengikut peringkat perkembangan sebenar mereka

InsyaAllah, hasil latihan ini akan memberi manfaat besar kepada anak² :
🌱 Anak² lebih yakin & selesa di sekolah
🌱 Pembelajaran lebih tersusun & berfokus
🌱 Pendekatan lebih lembut, sabar & sesuai dengan fitrah anak kecil

Di Tadika Faqeeh, kami percaya guru yang dilatih dengan betul adalah kunci kepada anak yang berkembang dengan sihat emosi, akhlak & ilmu

Terima kasih ibu ayah atas kepercayaan.
Doakan kami terus istiqamah mendidik amanah kecil ini sebaik mungkin 🤲💚

"A Class Above"
"Adab Before Knowledge"

✨ 2 MINGGU SUAI KENAL – BUKAN SEKADAR ADAPTASI, TAPI PERLINDUNGAN MASA DEPAN ANAK ✨Di Tadika Faqeeh, tempoh 2 minggu sua...
15/01/2026

✨ 2 MINGGU SUAI KENAL – BUKAN SEKADAR ADAPTASI, TAPI PERLINDUNGAN MASA DEPAN ANAK ✨

Di Tadika Faqeeh, tempoh 2 minggu suai kenal bukan sekadar untuk anak belajar berpisah dengan ibu ayah,
bukan juga sekadar untuk biasakan diri dengan kelas dan kawan baharu

Tempoh ini sangat penting untuk pihak sekolah membuat pemerhatian awal perkembangan dan tingkah laku setiap anak,
agar tiada anak yang tercicir, terabai atau tersalah pendekatan

Kerana setiap anak itu unik
Dan setiap anak berhak difahami 🤍

🔍 Antara aspek yang kami nilai sepanjang tempoh suai kenal adalah :

▫️ Interaksi sosial
✅ Respon bila dipanggil
✅ Interaksi dengan rakan
✅ Keupayaan bermain bersama

▫️ Komunikasi & bahasa
✅ Kefahaman arahan mudah
✅ Cara anak menyampaikan keperluan
✅ Komunikasi lisan & bukan lisan

▫️ Emosi & tingkah laku
✅ Kawalan emosi
✅ Reaksi terhadap perubahan rutin
✅ Sensitiviti bunyi, persekitaran & sentuhan

▫️ Tumpuan & keselamatan diri
✅ Keupayaan fokus dalam kelas
✅ Kesedaran terhadap bahaya
✅ Keperluan pemantauan rapi

▫️ Pengurusan diri
✅ Makan sendiri
✅ Ke tandas
✅ Ikut rutin harian sekolah

Semua ini bukan untuk melabel,
tetapi untuk mencari pendekatan yang paling sesuai buat anak

🤍 Buat ibu ayah yang anaknya dikenal pasti memerlukan pendekatan khusus…

Jangan bersedih 🩷
Jangan rasa gagal 🩷

Sebaliknya, bersyukurlah 🤲
Kerana anak anda dikenal pasti lebih awal, sebelum dia terlalu penat menyesuaikan diri di tempat yang kurang sesuai

Kadang-kadang kasih sayang bukan dengan memaksa anak ikut arus,
tetapi dengan meletakkan mereka di laluan yang paling tepat untuk mereka berkembang

🌱 Doa kami buat semua ibu ayah :
Semoga Allah kurniakan hati yang kuat,
kesabaran yang luas,
dan hikmah dalam setiap keputusan

Semoga setiap langkah yang diambil hari ini
menjadi sebab anak-anak ini membesar dengan penuh keyakinan dan bahagia di masa hadapan. 🤍

Di Tadika Faqeeh,
Kami bukan sekadar sebuah tadika biasa.
Kami mengutamakan perkembangan, keselamatan dan masa depan anak-anak,
kerana mendidik hari ini adalah membentuk kehidupan mereka esok hari

🤍 "Setiap anak berharga & setiap perkembangan itu bermakna" 🤍

"A Class Above"
"Adab Before Knowledge"

“Cikgu… kenapa minggu ni anak² belum belajar lagi?”Soalan ni memang selalu kami terima setiap kali sesi awal persekolaha...
14/01/2026

“Cikgu… kenapa minggu ni anak² belum belajar lagi?”

Soalan ni memang selalu kami terima setiap kali sesi awal persekolahan 😊

Sebenarnya, minggu pertama di tadika bukan minggu ‘tak belajar’ ia adalah minggu paling PENTING untuk anak-anak 🌱

Inilah minggu suai kenal 🤍
Minggu dimana anak akan belajar perkara asas yang sangat besar nilainya :
✨ Kenal cikgu & kawan baru
✨ Kenal persekitaran sekolah
✨ Belajar berpisah dengan ibu ayah
✨ Belajar urus emosi (takut, rindu, menangis)
✨ Belajar rasa “sekolah ni selamat”

Anak yang tenang emosinya,
barulah mudah terima ilmu.

Jika kita terus tekan belajar, patuh jadual, buka buku, paksa duduk di meja kerusi terus, sedangkan hati anak masih gelisah,
ilmu sukar nak melekat 🥹

InsyaAllah, bila anak dah selesa,
proses pembelajaran akan berjalan lebih lancar, lebih fokus & lebih gembira 💕

Terima kasih ibu ayah yang sentiasa percaya, sabar & memberi kerjasama

Doakan anak-anak kita membesar dengan jiwa yang kuat dan hati yang bahagia 🌈

Tadika bukan tentang cepat belajar,
tetapi tentang bersedia & seronok untuk belajar 🌱

"A Class Above"
"Adab Before Knowledge"

Address

2, Jalan Bendahara 1, Taman Puteri
Batu Pahat
83000

Opening Hours

Monday 07:30 - 05:30
Tuesday 07:30 - 05:30
Wednesday 07:30 - 05:30
Thursday 07:30 - 05:30
Sunday 07:30 - 05:30

Telephone

+60106505806

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Faqeeh Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Faqeeh Batu Pahat:

Shortcuts

Share

Category