Akademi SAL MEKAR

Akademi SAL MEKAR

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi SAL MEKAR, No 6A, Jalan Kelisa Utama 1, Taman Kelisa Utama, Parit Raja, Batu Pahat.

Manager Biz Networking Forever
Peluang Jana Inkam Dari Rumah
Hobi Suka Masak Suka Kemas Rumah
Kongsi Idea Buat Kek, Biskut, Dessert
Founder Sal Mekar Homemade.

Photos from Akademi SAL MEKAR's post 20/08/2026

Makan nasi panas2 menu p**a kering2 jer janji ada sambal belacan ada ulam.Sambal belacan buat terus banyak .Masukkan dalam bekas2 kecil-kecil bekukan.Nak makan tinggal panaskan dalam periuk nasi.

Habis satu rumah s**a sambal belacan mama buat . Sedap katanya. Bila dipuji sedap, tu yang buat mama makin rajin 🤣 .

Siap sambal belacan, petik ulam tepi rumah. Pucuk cekur, cili kering muda. Ikan cencaru bakar perap sambal kemudian balut dengan daun kunyit petik dalam pasu tepi rumah. Aroma ikan bakar jadi memikat terpikat menambat selera.

Hidang dalam talam macam zaman mak2 kita ajar dulu . Zaman sekarang zaman serba ringkas dah tak bertalam2 dah. Zaman sekarang nak cari talam macam dulu2 pun susah. Yang ni talam pemberian mak mertua Kak Sal masa kami mula kahwin dulu. Zaman dulu anak2 dara diajar seni kat dapur. Cara nak hidang makanan, susun semua menu2 masakan dalam talam.

Pinggan mangkuk, piring cawan jangan ada yang sumbing atau retak . Pinggan ayah sebagai ketua keluarga pinggan khas, cawan khas. Bila hidang makanan mesti sekali dengan air basuh tangan. Mangkuk air basuh tangan tu p**a beralas tuala kecil.

Nak makan kena makan berhidang, semua dah ada di meja makan tanpa gangguan telefon macam sekarang. Kalau ada yang makan dulu, kita kena tukar bekas setiap menu tu kemudian hidang semula dalam piring, mangkuk baru. Supaya orang yang makan lepas kita tak rasa makan makanan bersisa .

Jangan tinggal piring atau mangkuk lauk yang dah "berlemoih" .Sudah makan angkat pinggan ke pelantar untuk basuh, tak ada sinki canggih macam sekarang. Air pun angkut air telaga.

Semua tinggal kenangan seiring masa berlalu. Tapi bila rindu menjengah kita teringin makan masakan menu kampung yang menggamit selera.

20/08/2026
Photos from Akademi SAL MEKAR's post 20/08/2026

Sebelum keluar, ada urusan hati memanggil-manggil masuk Kebun Secoet dulu. Macam tu jugalah Kak Sal dulu masa masih kerja. Balik sekolah, panas-panas berdeting, sampai rumah bukan terus masuk, sanggup singgah belai-belai pokok bunga, tengok pokok sayur, siram mana yang perlu.

Baru rasa puas hati nak masuk rumah. 😂
Bila dah minat berkebun ni, memang lain macam dia punya rasa. Panas ke, hujan ke, penat macam mana sekali pun kaki tetap melangkah ke kebun. Kadang-kadang bukan buat apa pun, sekadar tengok pokok tumbuh, keluar pucuk baru, keluar kudup berbunga atau berbuah pun dah cukup buat hati berbunga riang.

Rupanya hobi kecil-kecil macam ni bukan sekadar mengisi masa lapang. Dia jadi terapi untuk hati. Lepas penat bekerja, tengok kehijauan pokok-pokok pun dah boleh hilangkan penat. Ada kepuasan yang susah nak diterangkan bila tangan sendiri tanam, akhirnya Allah bagi kita tengok hasilnya. Alhamdulillah🤲🏻

Sampai sekarang perangai tu tak berubah. Bezanya dulu kebun kecil di rumah selepas balik kerja, sekarang ada p**a Kebun Secoet yang sentiasa memanggil-manggil. Bangun pagi tu dapat tengok kebun hati tenang. Kebetulan malam tadi hujan lebat . Risau ada anak2 benih yang baru tumbuh lencun tunduk kebumi.

Kadang-kadang kita tak perlukan tempat yang jauh untuk rasa bahagia cukup ada tanah sedikit, pokok-pokok hijau dan hati yang memang s**a berkebun. Berbudi pada tanah, insyaAllah ada rezekinya.

Ada yang Kak Sal tanam guna kaedah hidroponik DIY. Masukkan benih dalam tapis kemudian bawahnya masukkan air, rendam tapis tu. Ada juga kangkung yang ditanam dalam polibeg kemudian polibeg tu Kak Sal rendam dalam bekas plastik makanan tu kemudian isi air. Maklumlah musim panas terik dua minggu lepas jadi guna kaedah ni tak perlu siram hari2. Alhamdulillah menjadi. Kangkung dan bayam dah boleh tuai untuk fasa ke 2 .

Tapis ke besen ke, bekas minuman ke yang dah tak nak guna jangan buang dulu .Boleh buat bekas letak medium tanaman. Kalau banyak sangat buanglah separuh, yang separuh simpanlah untuk guna buat tanam2 sayur tepi rumah.Kalau simpan banyak2 nanti semak p**a rumah kan😅 .

Rezeki berbudi pada tanah jimat duit belanja dapur. Benih pun Kak Sal beli kat ECO Shop jer. Setakat ni semua benih menjadi 👍

Menulis Dari Hati
~Kak Sal❤️ ~

19/08/2026

Rasa nak makan biskut mohle buat. Boleh buat kudapan minum petang . Tak payah tunggu raya nak makan biskut raya💪 Harum semerbak bau macam biskut kat pasaraya tu.
Biskut tak payah keluar tenaga banyak nak kena terap pakai acuan bagai.

Yang ni Kak Sal guna sudu pencedok buah tembikai jer nak bagi senang dapat bentuk lebih kurang sekata.

Jom buat sendiri .Satu adunan pun dapat banyak . Nak lagi sedap guna butter mahal sikit. Kak Sal guna SCS . Banyak jenama di pasaran. Pilihlah mana yang sesuai dengan bajet.

Resepi Choc Chips
( by SAL MEKAR )

Bahan-bahannya:
250 g SCS salted
1 cawan Brown Sugar
1 sudu kecil Essence Vanila
1 biji Telur
4 sudu besar minyak masak
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan cornflakes ramas kasar
1/2 cawan badam nibs- sangai dulu sekejap
1 sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecil Soda Bikarbonat
2 cawan Coklat Cip (Beryl's )

CARA-CARANYA :
1) Masukkan butter, brown sugar , esen vanilla , telur sebiji. Kacau manja-manja untuk bagi sebati. Masukkan minyak masak.Kacau bagi sebati.

2) Masukkan tepung gandum, tepung jagung , soda bikarbonat , baking powder .Masukkan susu tepung.

3) Bila dah sebati, masukkan cornflakes yang diramas kasar .Kemudian masukkan badam nibs,choc chips (choc chips ni sebelum masuk dalam adunan Kak Sal masukkan dulu sekejap dalam peti ais) dan kacau bagi sebati.

4. Rehatkan adunan (dalam peti ais lebih kurang 30 minit ) ataupun on kipas.

5. Bentukkan ikut kes**aan .Kak Sal guna sudu pengorek buah tembikai.

6. Bakar ikut kesesuaian suhu oven masing2 .

SELAMAT MENCUBA

19/08/2026

Tengok pokok yang disemai, dibaja dari mula, sekarang dah berbunga , ehhh hati pun berbunga2 dik. Berkebun ni bukan setakat tabur benih, siram, baja tapi mendidik hati sabar, bersyukur dan berjuang dengan rasa malas, penat dan kecewa semua ada.

Bila tengok berkat kesabaran kita, dah mula menampakkan hasil dia punya tahap seronok tu tak tau nak habaq la orang kata.




18/08/2026

Masukkan AVG dalam rutin harian minuman anda. Membantu perut rasa selesa, mood ceria berganda. Banyak lagi manfaat dan khasiat dalam satu botol. Jom dapatkan sebotol dari kami agent sah Forever Living Products .






Photos from Akademi SAL MEKAR's post 18/08/2026

Cuaca sekarang panas terik, pokok2 cepat layu. Kena buat siraman kerap untuk membantu pokok2 nampak segar dan tidak layu menunduk ke bumi.

Terima kasih Bakti P'ngah buatkan lindungan comel untuk pokok2 cili . Jaring teduh beli kat Eco jer kemudian gunakan besi terpakai sulamkan dengan tali rafia.

Petang semalam burung pun datang bertenggek kat situ .Mungkin dia kata "port" baru untuk dia ni kat Taman Secoet.

Alhamdulillah pokok peria katak dah berbunga, pokok bendi dah berbunga, pokok terung baru nak membesar, sawi dah subur, kangkung dan bayam dah boleh petik kali kedua.

Cuba jaya guna tapis terpakai kat dapur tu, tabur benih kangkung, letak air dalam besen rendam tapis tu. Alhamdulillah pokok kangkung semaian kedua pun dah subur.

Tanah tak luas mana tapi pelbagaikan bekas medium tanaman yang ada kat dapur tu, dari dibuang macam tu jer jom gunapakai semula buat bekas tanam pokok. Ada yang Kak Sal tanam dalam bekas plastik beras, botol air mineral, besen, tapis, kuali dan periuk .
Tak semua guna pasu .

Pasu2 p**a beli kat kedai kes**aan mak2 jer .Mana lagi kalau tak Eco kan. Bila dah masuk Eco lupa nak cari pintu keluar😅 .





Photos from Akademi SAL MEKAR's post 17/08/2026

Siap kudapan minum petang . Harum semerbak bau macam biskut kat pasaraya tu.
Biskut tak payah keluar tenaga banyak nak kena terap pakai acuan.

Yang ni Kak Sal guna sudu pencedok buah tembikai jer nak bagi senang dapat bentuk lebih kurang sekata.

Jom buat sendiri .Satu adunan pun dapat banyak . Nak lagi sedap guna butter mahal sikit. Kak Sal guna SCS . Banyak jenama di pasaran. Pilihlah mana yang sesuai dengan bajet.

Resepi Choc Chips
( by SAL MEKAR )

Bahan-bahannya:

250 g SCS salted
1 cawan Brown Sugar
1 sudu kecil Essence Vanila
1 biji Telur
4 sudu besar minyak masak
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan cornflakes ramas kasar
1/2 cawan badam nibs- sangai dulu sekejap
1sudu kecil Baking Powder
1sudu kecil Soda Bikarbonat
2 cawan Coklat Cip (Beryl's )

CARA-CARANYA :

1) Masukkan butter, brown sugar , esen vanilla , telur sebiji. Kacau manja-manja untuk bagi sebati. Masukkan minyak masak.Kacau bagi sebati.

2) Masukkan tepung gandum, tepung jagung , soda bikarbonat , baking powder .
Masukkan susu tepung.

3) Bila dah sebati, masukkan cornflakes yang diramas kasar .Kemudian masukkan badam nibs,choc chips (choc chips ni sebelum masuk dalam adunan Kak Sal masukkan dulu sekejap dalam peti ais) dan kacau bagi sebati.

4. Rehatkan adunan (dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit ) ataupun on kipas.

5. Bentukkan ikut kes**aan .Kak Sal guna sudu pengorek buah tembikai.

6. Bakar ikut kesesuaian suhu oven masing2 .

SELAMAT MENCUBA

17/08/2026

Salam Dari Tiny House Sal Mekar. Alhamdulillah siap juga akhirnya Tiny House Sal Mekar.Dah siap pasang pintu setelah lama menunggu tempahan dari HQ. Patutlah ambil masa menunggu giliran pintu, bila dah siap dipasang, memang puas hati. Cantik sungguh pintu slab wood dengan sistem akses moden. Rasa macam nak masuk pintu hotel p**a.

Setiap kali buka pintu ni, hati terasa sayu kerana ia bukan sekadar pintu tetapi pintu yang membawa Kak Sal masuk ke sebuah impian yang dulu hanya bermain di fikiran.

Sekarang tinggal sedikit sahaja lagi kerja-kerja menyiapkan longkang di bahagian hadapan rumah. Sebab itu masih nampak tanah yang dikorek di depan tangga. InsyaAllah, sedikit demi sedikit, semuanya akan siap dengan izin Allah.

Siapa sangka, impian yang suatu ketika dahulu dianggap sekadar angan-angan kosong, hari ini berdiri megah di depan mata. Ada juga yang singgah bertanya, kata mereka terpikat dengan rekabentuk "ala2 Rembayung". Kadang Kak Sal berseloroh jauh benar tu . Tiny House Kak Sal ni Rembayang jer😅 .

Ada yang datang tumpang bergambar sebagai kenangan untuk inspirasi dan motivasi. Alhamdulillah dapat menyantuni mereka yang datang masa Kak Sal ada kat sana . Berkongsi cerita beramah mesra .Ada antara yang datang tu Kak Sal tak kenal tapi tetap Kak Sal santuni sebaiknya.

Ada juga sahabat yang lalu balik kampung singgah ambil gambar dan hantar kepada Kak Sal . Minta izin tumpang merakam memori. Syukur sedikit sebanyak menjadi inspirasi untuk orang lain membina impian .

Kak Sal sendiri masa memasang angan-angan dulu menganggap ianya mustahil untuk Kak Sal capai. Tetapi Kak Sal percaya, selagi kita berusaha, berdoa dan tidak pernah berhenti melangkah, Allah akan membuka jalan pada waktu yang paling indah.

Setiap bata, setiap besi dan setiap sudut Tiny House Sal Mekar ini menjadi saksi perjalanan yang penuh dengan pengorbanan, kesabaran, air mata dan doa. Nikmat yang paling besar bukan sekadar memiliki sebuah rumah kecil, tetapi merasai kepuasan apabila melihat hasil titik peluh sendiri menjadi kenyataan.

Impian tidak menjadi kenyataan kerana kita hanya pandai berangan. Impian menjadi kenyataan apabila kita sanggup berusaha walaupun perlahan, tetap istiqamah walaupun penat, dan tidak pernah berhenti percaya kepada janji Allah.

Semoga Tiny House Sal Mekar menjadi tempat yang membawa ketenangan, mengumpulkan keluarga, berkongsi rezeki dan memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang sedang mengejar impian mereka.

Kalau hari ini impian kita masih jauh, jangan putus asa. Teruskan melangkah. Kerana setiap kejayaan yang kita lihat hari ini, suatu ketika dahulu hanyalah sebuah impian yang tidak pernah berhenti diperjuangkan.

Alhamdulillah Ya Allah dari angan-angan, akhirnya menjadi kenyataan.

Menulis Dari Hati
~Kak Sal❤️ ~

Photos from Akademi SAL MEKAR's post 16/08/2026

Biskut Semperit le Dahlia ?. Dua2 nama boleh guna. Kak Sal kat Batu Kurau panggil biskut ni Koi Semperit. Bila datang duduk kat Batu Pahat biskut ni panggil Biskut Dahlia.

Santai2 hujung minggu selain s**a berkebun bercucuk tanam, masak2, kemas rumah, deko rumah Kak Sal s**a ngadap oven . Berkarya dengan tepung dan mentega .

Raya lambat lagi, tapi rasa nak makan biskut raya kita buat sendiri . Terima kasih kepada follower baru Akademi SAL MEKAR .

Kak Sal tak janji untuk ajar kalian jadi kaya raya, tapi cukup untuk Kak Sal berkongsi sikit ilmu, tips dan pengalaman yang ada untuk sama2 mencari peluang menjana pendapatan dari rumah.

Tak kira lah nak buat biskut ke, nak berkebun ke, nak jadi usahawan online ke . Boleh lah ambil mana yang bermanfaat dari perkongsian penulisan, gambar2 dan video yang Kak Sal kongsikan. Yang baik boleh ambil yang tak sesuai tinggalkan. Jemput Like & follow Kak Sal di sini.

Tips buat biskut Dahlia ni lepas terap kena biarkan sekejap dalam 15-20 minit kena angin gitu baru bakar kat oven supaya kelopak bunganya tak layu di tasik madu.
Kalau jatuh sikit dari sebelum masuk oven tu biasalah .

Bancuh adunan keras sikit, sakit jari nak menekan. Bancuh adunan lembik bunganya p**a tak cantik . Lagi2 adunan yang ada bahan tepung jagung dan tepung kastard, adunan akan jadi cepat mengembang bila terdedah pada udara. Tengok memang macam senang . Tapi kalau buat sendiri baru tahu cabaran dan dugaan nak hasilkan setelap kuih tu bukan senang .

Jadi apa yang dihasilkan diletakkan harga itulah harga yang sepatutnya termasuk kerja2 di belakang tabir . Bukan hanya tengok pada harga kos bahan sahaja. Kos paling mahal ialah "skil" si pembuat kuih itu sendiri yang membezakan hasil yang dibuat. Semua orang boleh buat tapi hasilnya takkan sama.

Biskut ni jugalah yang paling susah Kak Sal nak "train" pembantu masa kat bakeri dulu sampai ada yang "give up" . Ada yang cakap "Kak Sal bagi saya buat biskut lain lah, jangan suruh saya buat biskut Dahlia" 😅

Apapun kemahiran boleh dibina perlahan-lahan. Tak berjaya cuba lagi dan lagi . Sebab semua yang berjaya hari ini juga bermula dari zero💪

Menulis Dari Hati
~Kak Sal❤️ ~



Want your school to be the top-listed School/college in Batu Pahat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


No 6A, Jalan Kelisa Utama 1, Taman Kelisa Utama, Parit Raja
Batu Pahat
86400