28/01/2024
Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan secara rasmi bermula hari Selasa.
Para pelajar diharapkan dapat mencurahkan konsentrasi dan komitmen yang sepenuhnya dalam usaha menelaah pelajaran baik ibarat harimau yang mengidamkan kejayaan mahupun robot yang tidak mengenali erti keletihan kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Lembaga Pengawas SMK Tinggi Batu Pahat di sini mendoakan murid-murid yang bakal menjejaki medan peperiksaan bertungkus-lumus untuk merealisasikan misi diri demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Ilmu itu pelita hati
Godaan iblis jangan dipeduli
Masa persiapan banyak berdedikasi
Prospek muka seindah pelangi
"Trust & Inspire"
"Now Or Never"
"Sinergi Memacu Kecemerlangan"