SK SERI MOLEK

SK SERI MOLEK

Share

SK Seri Molek, Jalan Dato Mustafa, Kg Pt Tariman, Senggarang, 83200 Batu Pahat, Johor

Photos from SK SERI MOLEK's post 13/08/2026

KEMENJADIAN MURID

๐Ÿ† TAHNIAH & SYABAS! ๐Ÿ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada peserta-peserta SK Seri Molek atas penyertaan dan pencapaian dalam:

๐Ÿงฎ OLYMPIA MATHEMATIC COMPETITION 2026
๐ŸŒ Peringkat Antarabangsa

๐Ÿง  FLASH MENTAL ARITHMETIC 2026
๐ŸŒ Peringkat Antarabangsa

Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan usaha, semangat, keberanian dan kesungguhan dalam membawa nama SK Seri Molek ke peringkat antarabangsa. ๐Ÿ‘โœจ

๐ŸŽ‰ Tahniah dan penghargaan khas kepada Guru Pembimbing, Cikgu Halimah binti Zailan, atas segala bimbingan, komitmen dan tunjuk ajar yang diberikan kepada para peserta.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh dan mencipta lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang. ๐ŸŒŸ

Tahniah semua! Terus berusaha, terus cemerlang! ๐Ÿ’š๐Ÿ’›

Photos from SK SERI MOLEK's post 13/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒณPOHON HARAPAN MERDEKA | BULAN KEBANGSAAN SK SERI MOLEK 2026๐ŸŒณ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“… 13 Ogos 2026

Sempena Bulan Kebangsaan 2026, SK Seri Molek menyemarakkan semangat patriotisme melalui aktiviti โ€œPohon Harapan Merdekaโ€. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Setiap kelas akan menghasilkan sebuah Pohon Harapan Merdeka yang dihiasi dengan tema kemerdekaan dan patriotik. Lebih istimewa, setiap murid berpeluang menzahirkan satu harapan, impian atau doa untuk Malaysia melalui daun dan hiasan yang disediakan. ๐ŸŒฑโœจ

Daripada harapan kecil anak-anak Molek, kita bina impian yang lebih besar untuk negara tercinta.

๐ŸŒฟ Satu Harapan, Satu Impian, Demi Malaysia Tercinta. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ayuh semarakkan semangat merdeka dan jadikan harapan kita sebagai inspirasi untuk membina masa depan Malaysia yang lebih gemilang!

Harapan kita, masa depan Malaysia.โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Photos from SK SERI MOLEK's post 11/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN SK SERI MOLEK 2026โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“… 11 Ogos 2026

Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan SK Seri Molek 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat patriotik dan rasa cinta akan tanah air. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Pelancaran ini menjadi titik mula kepada pelbagai aktiviti yang bakal mewarnai Bulan Kebangsaan di SKSM, dalam usaha menyemai semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap Malaysia dalam diri setiap murid.

Biar kecil langkahnya,
namun besar rasa cintanya.
Biar sederhana sambutannya,
namun berkobar semangat Malaysianya! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat kemerdekaan!

Photos from SK SERI MOLEK's post 10/08/2026

KEMENJADIAN MURID

PERTANDINGAN QUIZZIE WAYGROUND KARNIVAL SEJARAH SEKOLAH RENDAH (PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT)

๐Ÿ“… Rabu | 5 Ogos 2026
๐Ÿ“ Dewan Auditorium Bitara, PPD Batu Pahat

Tahniah dan syabas kepada wakil SK Seri Molek yang telah menyertai pertandingan ini:

๐Ÿ‘ฉโ€๐ŸŽ“ Peserta :
1. Nur Safiyyah binti Mohd Zulkifli(6 Seroja)
2. Shahdatul Fathiah binti Muhamad Faizol(5 Mawar)

๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Guru Pengiring:
Pn. Hamimah binti Mohd Said

Semoga penyertaan ini menjadi pengalaman yang bermakna serta menyuntik semangat untuk terus cemerlang dalam bidang akademik. Syabas dan semoga terus berjaya! ๐ŸŒŸ

Photos from SK SERI MOLEK's post 09/08/2026

KEMENJADIAN MURID

๐ŸŒธ KARNIVAL TAUTAN UKHUWAH PUTERI MADANI ZON SENGGARANG 2026 ๐ŸŒธ

Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada murid-murid SK Seri Molek yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Karnival Tautan Ukhuwah Puteri Madani Zon Senggarang 2026.

๐Ÿ“… Rabu | 5 Ogos 2026
๐Ÿ“ SK Seri Ladang

๐Ÿ† Pertandingan Tatacara Perjumpaan dan Penutupan
๐Ÿฅ‡ JOHAN
โ€ข Siti Nursyazliyana binti Pingi (6 Seroja)
โ€ข Nur Khalishah Ezzahra binti Kamaruddin (6 Seroja)
โ€ข Nur Sarah binti Jais (6 Seroja)
โ€ข Nurdhia Qisya binti Mohd Haris (5 Mawar)
โ€ข Dhia Adrina Raisha binti Isnizaidi (4 Melor)

๐Ÿฑ Pertandingan Bento (Penyertaan)
โ€ข Nur Izzah Liyana binti Md Nazir (6 Seroja)
โ€ข Zara Amanda binti Herwan (6 Seroja)

๐Ÿก Pertandingan Diorama (Penyertaan)
โ€ข Nuraisyah Luthfiyyah binti Hanaki (6 Seroja)
โ€ข Nur Hana' Kaisara binti Mohd Sabas (6 Seroja)

๐ŸŽถ Pertandingan Dendangan Gurindam (Penyertaan)
โ€ข Nurul Marissa binti Mohd Fahmi (4 Melor)

๐Ÿ’ Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan turut diucapkan kepada guru-guru pembimbing PPIM atas komitmen dan bimbingan yang cemerlang:

๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Ustazah Siti Nurusthaqifah binti Md. Khair โ€“ Tatacara Perjumpaan dan Penutupan
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Ustazah Fatin Najihah binti Mustaffa โ€“ Dendangan Gurindam
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Cikgu Hamimah binti Mohd Said โ€“ Diorama
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Cikgu Halimah binti Zailan โ€“ Diorama
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Cikgu Noor Aini binti Abd. Majid โ€“ Bento

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Seri Molek untuk terus berusaha, berani mencuba dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Syabas dan tahniah! ๐ŸŒน๐Ÿ’š๐Ÿค

Photos from SK SERI MOLEK's post 06/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Program Virtual Maharani Merdeka Fun Run 2026 (Peringkat Negeri)

Alhamdulillah, program telah berlangsung dengan jayanya di SK Seri Molek.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji J. Wagiran bin Salamat, NYDP PIBG SK Seri Molek, atas kesudian merasmikan program ini.

Terima kasih kepada semua guru, kakitangan sekolah, AJK PIBG dan murid yang telah menjayakan program ini.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ "Lari Bersama, Merdeka Jiwa!"

30/07/2026

๐Ÿ“ข ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐Š๐ˆ๐Œ ๐‹๐„๐๐‚๐€๐๐€ ๐€๐๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐’๐‹๐€๐ƒ-๐‰)

Penghasilan Infografik Digital PPDa oleh Perserta SLAD-J SK Seri Molek.

๐Ÿง•Nur Aisyah Luthfiyyah Binti Hanaki
๐Ÿ“Tahun 6Seroja.

๐Ÿ“Œ TAJUK INFOGRAFIK:
ROKOK&VAPE APA BEZANYA: MANA LEBIH BAHAYA?

๐Ÿ‘ Tekan butang โ€œLikeโ€ untuk menyokong usaha
Adik Nur Aisyah Luthfiyyah Binti Hanaki.

๐Ÿ“ฒ Jangan lupa kongsikan infografik ini supaya lebih ramai dapat melihat, memahami, dan menghargai semangat serta kreativiti beliau.

Pilihan hari ini penentu masa depan.


Photos from SK SERI MOLEK's post 28/07/2026

๐Ÿ“šโœจ HARI BICARA PRESTASI SK SERI MOLEK 2026 โœจ๐Ÿ“š

๐Ÿ“… Tarikh: 24 Julai 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•ค Masa: 9.30 pagi

Alhamdulillah, Hari Bicara Prestasi SK Seri Molek 2026 telah berlangsung dengan jayanya sebagai platform memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan murid.

Melalui sesi ini, ibu bapa berpeluang berbincang secara langsung dengan guru mengenai perkembangan akademik, sahsiah dan potensi anak-anak, seterusnya merancang tindakan susulan demi meningkatkan pencapaian mereka.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir serta memberikan komitmen dan sokongan padu. Semoga permuafakatan yang terjalin ini terus menjadi pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan murid-murid SK Seri Molek.

"Apabila sekolah dan ibu bapa berganding bahu, kejayaan anak-anak menjadi keutamaan." ๐Ÿค๐ŸŒŸ

Photos from SK SERI MOLEK's post 28/07/2026

๐Ÿคโœจ SEKALUNG PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH โœจ๐Ÿค

Warga SK Seri Molek merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Onn Abu Bakar atas sumbangan ikhlas Projek Mesra Rakyat (PMR) kepada sekolah ini.

Sumbangan ini amat bermakna dalam menyokong usaha pembangunan infrastruktur sekolah yang mampan, sekaligus meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan seluruh warga SK Seri Molek.

Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada mantan Guru Besar SK Seri Molek, Encik Abdul Samat bin Latip Samat Latip serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Molek atas segala usaha, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan sehingga sumbangan ini dapat direalisasikan.

Semoga jalinan kerjasama erat antara pemimpin, pihak sekolah dan komuniti akan terus diperkukuhkan demi kemajuan pendidikan serta manfaat berterusan kepada anak-anak SK Seri Molek.

"Sederap Memacu Kecemerlangan"

Photos from SK SERI MOLEK's post 21/07/2026

KEMENJADIAN MURID

โ›ต KEJOHANAN PELAYARAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR (MSSJ) 2026

๐Ÿ“… 13โ€“16 Julai 2026
๐Ÿ“ Kramsau, Desaru, Kota Tinggi

"Angin menjadi sahabat, ombak menjadi cabaran."

Dengan semangat juang yang tinggi, atlet-atlet pelayaran SK Seri Molek telah membuktikan bahawa usaha, disiplin dan ketekunan mampu menghasilkan kejayaan yang membanggakan dalam Kejohanan Pelayaran Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) 2026.

๐Ÿ† Pencapaian

๐Ÿฅ‰Tempat Ketiga โ€“ Optimist L12
Muhammad Hadif Hadhari bin J. Wagiran (6 Seroja)

๐Ÿฅ‰Tempat Keempat โ€“ Optimist P12
Nur Izzah Liyana binti Md Nazir (6 Seroja)

๐Ÿ‘ Penyertaan

Optimist L12
Muhammad Riyadh bin Hasrul (5 Mawar)
Muhamad Mus Ad Mustaqim bin Jasni (6 Seroja)

Optimist P12
Nur Aisyah Luthfiyyah binti Hanaki (6 Seroja)
Nur Khalishah Ezzahra binti Kamarudin (6 Seroja)
Nur Aisyah Ibtisyam binti Mohd Hairul (5 Mawar)

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jurulatih/PT Daerah, Cikgu Ahmed Syazwi bin Ahmed Jonid, guru-guru pengiring, warga SK Seri Molek, serta ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada kejayaan para atlet.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan atlet pelayaran yang berdaya saing, berdisiplin dan berani menyahut cabaran hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah kepada semua atlet atas pencapaian yang membanggakan. Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama SK Seri Molek! ๐Ÿ’™๐Ÿ’›โ›ต

Want your school to be the top-listed School/college in Batu Pahat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


SK Seri Molek, Jalan Dato Mustafa, Kg Parit Tariman, Senggarang
Batu Pahat
83200

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00