30/07/2025
๐ ๐ผ๐จ ๐๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐ฟ๐ฒ๐๐๐ถ๐ท ๐จ๐ง๐๐ -๐ฆ๐ ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ธ : ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ต ๐ฆ๐๐ฟ๐ฎ๐๐ฒ๐ด๐ถ๐ธ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ธ๐ผ๐๐ถ๐๐๐ฒ๐บ ๐๐ฒ๐๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป
Kuala Lumpur, 30 Julai 2025
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus memantapkan kedudukannya sebagai institusi teknikal terunggul dengan menyerahkan salinan Memorandum Persefahaman (MoU) kepada Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank), dalam satu sesi lawatan kerja rasmi yang berlangsung di ibu pejabat SME Bank, Kuala Lumpur. Majlis ini menandakan permulaan kerjasama strategik yang dijangka memberi impak besar kepada pembangunan keusahawanan dan inovasi di Malaysia.
Delegasi dari UTHM diketuai oleh Prof. Madya Dr. Shafie Mohamed Zabri, Dekan FPTP, bersama Penyelaras MOU PM Dr Siti Sarah Omar, Pensyarah - pensyarah UTHM yang telah dilantik sebagai Business Advisory & Coaching Network (BEACON) oleh Centre For Entrepreneur Development And Research (CEDAR) iaitu Prof. Madya Ir. Dr. Noor Yasmin binti Zainun (FKAAB); Dr. Mohd Yussni bin Hashim (FKMP); dan Ts. Dr. Muhammad Asyraf (FPTP).
Ketibaan deligasi UTHM ini telah disambut mesra oleh
Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, YBhg Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim serta diiringi oleh En. Hamdan Mohd Habibollah, Pemangku Ketua Pegawai Strategi; Puan Shuhaibatul Aslamiah Hurmuzan, Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan; En. Azhar Kasan, Ketua Perniagaan Rangkaian PKS; En. Hairil Izwar Abd Rahman, Ketua Pegawai Digital dan Teknologi; serta Puan Rohaidah Aris, Naib Presiden / Ketua Perhubungan Strategik dan Pembangunan Ekosistem.
Lawatan ini turut disusuli dengan sesi perbincangan awal yang menyeluruh, merangkumi pelbagai peluang kerjasama dalam bidang pembangunan keusahawanan berasaskan teknologi. Antara topik utama yang dibincangkan termasuk penglibatan alumni UTHM dan syarikat spin-off universiti dalam akses pembiayaan, program bimbingan keusahawanan melalui Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), serta potensi sinergi dalam bidangasi PKS yang menyokong Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi digital.
Sinergi yang terjalin ini bukan sahaja berpotensi meningkatkan daya saing PKS dan memperkasa keusahawanan di peringkat akar umbi, malah menjadi pemangkin kepada kesejahteraan komuniti secara holistik. Pihak universiti menyeru seluruh warga akademik serta masyarakat umum untuk menyokong usaha ini dan mengikuti perkembangan seterusnya melalui saluran rasmi UTHM dan SME Bank.