Panitia RBT SK Kampong Repoh

Panitia RBT SK Kampong Repoh Panitia Reka Bentuk dan Teknologi SK Kampong Repoh

18/08/2025

Hari ini murid-murid RBT Tahun 6 begitu gembira & teruja mencuba Microsoft Micro:bit.
Walaupun kecil sahaja, Micro:bit ini boleh digunakan untuk banyak benda menarik daripada membuat lampu LED berkelip, penentu arah kompas, hinggalah projek permainan mini. ๐ŸŽฎ๐Ÿ’ก

Wajah ceria mereka jelas menunjukkan betapa seronoknya belajar sambil bermain.
Bukan sekadar coding, tetapi mereka juga belajar:
๐ŸŒŸ Berfikir secara kreatif
๐ŸŒŸ Bekerja dalam pasukan
๐ŸŒŸ Menggunakan teknologi untuk cipta idea baru

Belajar STEM jadi lebih menyeronokkan bila ada Micro:bit! ๐Ÿš€
Syabas murid-murid semua ๐Ÿ‘

Hari ini murid-murid RBT  tahun enam SK Kampong Repoh telah menjalankan aktiviti coding menggunakan Microsoft Micro:bit....
18/08/2025

Hari ini murid-murid RBT tahun enam SK Kampong Repoh telah menjalankan aktiviti coding menggunakan Microsoft Micro:bit.
๐Ÿ‘‰ Micro:bit ialah komputer mini bersaiz kad kredit yang dibangunkan oleh BBC dengan kerjasama Microsoft, sesuai untuk murid belajar asas pengaturcaraan, elektronik, dan inovasi digital.

Melalui aktiviti ini, murid dapat:
โœ… Belajar asas pengaturcaraan blok & JavaScript dengan mudah
โœ… Mencipta projek STEM seperti sensor, permainan mini & kawalan peranti pintar
โœ… Mengasah kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS) dan penyelesaian masalah
โœ… Mengaitkan pembelajaran dengan dunia sebenar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM)

Murid-murid sangat teruja apabila idea mereka menjadi realiti dengan hanya beberapa baris kod! ๐ŸŒŸ

Syabas kepada semua yang terlibat ๐Ÿ‘
Semoga terus melahirkan generasi celik teknologi & inovasi ๐Ÿš€

---๐Ÿšโœจ Pengalaman Hebat Anak-Anak SK Kampong Repoh Bersama Drone dan Cikgu Henry.Minggu lepas (hari Rabu), Panitia RBT SK...
18/08/2025

---

๐Ÿšโœจ Pengalaman Hebat Anak-Anak SK Kampong Repoh Bersama Drone dan Cikgu Henry.

Minggu lepas (hari Rabu), Panitia RBT SK Kampong Repoh telah mengadakan satu program istimewa iaitu bengkel asas drone untuk murid-murid tentang pengenalan kepada teknologi drone.

Seronok tengok wajah mereka yang penuh teruja bila dapat pegang, lihat cara drone berfungsi, dan cuba mengendalikannya sendiri. ๐Ÿ˜ Bukan sekadar main, tapi dalam masa yang sama murid-murid belajar tentang teknologi, sains & inovasi dengan cara yang menyeronokkan.

Program ringkas ini diharap dapat buka minda anak-anak kita supaya lebih berani mencuba perkara baru dan tanam minat dalam bidang STEM. ๐ŸŒŸ

Terima kasih kepada semua yang menjayakan aktiviti ini. Semoga pengalaman kecil ini jadi kenangan besar untuk anak-anak dan langkah awal ke arah masa depan yang lebih cerah.
Terima Kasih diucapkan Kepada Puan Fazima Guru Besar SK Kampong Repoh dan juga barisan guru-guru serta Jurulatih Drone Kita Cikgu Henry atas usaha dalam menjayakan program ini. ๐Ÿ’ก๐Ÿš€

28/04/2025

Video Gimik Pelancaran Minggu RBT SK Kampong Repoh 2025.

25.04.2025 Majlis Pelancaran Minggu RBT SK Kampong Repoh.Hari ini Puan Guru Besar Puan Fazima Binti Mohd Ibrahim bersama...
28/04/2025

25.04.2025 Majlis Pelancaran Minggu RBT SK Kampong Repoh.

Hari ini Puan Guru Besar Puan Fazima Binti Mohd Ibrahim bersama En Fadhil Bin Ismail PK Pentadbiran telah merasmikan pelancaran minggu Panitia RBT. Pelancaran ini bermula dengan sebuah gimik untuk menarik perhatian murid. Terima Kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar dan PK Pentadbiran dan juga kepada rakan -rakan guru serta Encik Denny yang sudi menjadi Hero GRAB untuk Gimik Pelancaran. Menerusi program ini pemenang-pemenang pertandingan Google Classroom iaitu telah disampaikan oleh Puan Guru Besar.

19/04/2025
BENGKEL ASAS ROBOTIK (MIKROBOTIK)Pada 9 April 2025, Panitia RBT SK Kampong Repoh telah menganjurkan sebuah bengkel asas ...
19/04/2025

BENGKEL ASAS ROBOTIK (MIKROBOTIK)

Pada 9 April 2025, Panitia RBT SK Kampong Repoh telah menganjurkan sebuah bengkel asas robotik untuk semua murid tahap 2. Pihak Panitia RBT telah menjemput En Rooban a/l Arumugam Ketua Jurulatih mikrobotik Kebangsaan ke sekolah untuk sesi bengkel bersama murid-murid. Murid-murid mengambil kesempatan ini mempelajari asas robotik dengan lebih mendalam.

Pihak Panitia RBT Sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Penyelaras PKG Batu Kurau Encik Khairul Azhari kerana sudi meminjamkan set Mikrobotik untuk sekolah dan juga kepada Guru Besar SK Kampong Repoh Puan Fazima Binti Mohd Ibrahim kerana telah membantu pihak Panitia RBT untuk menjalankan bengkel asas Robotik ini. Terima Kasih Puan.

Carta Organisasi Panitia RBT SK Kampong Repoh bagi sesi 2025/2026
28/02/2025

Carta Organisasi Panitia RBT SK Kampong Repoh bagi sesi 2025/2026

RBT Tahun 6.Pengenalan Asas Sistem Robotik - Apakah robot? Apakah elemen asas sistem robotik?
04/07/2024

RBT Tahun 6.
Pengenalan Asas Sistem Robotik - Apakah robot? Apakah elemen asas sistem robotik?

Kredit kepada Cikgu Zulfariz Abdul Majid atas usaha menterjemah skrip dan membuat alih suara untuk video ini. Video asal dalam bahasa Inggeris boleh ditonto...

RBT TAHUN 5 | TAMAN MINI EDIBEL | LAKARAN REKA BENTUK SISTEM PENANAMAN SECARA TAKUNGAN
26/06/2024

RBT TAHUN 5 | TAMAN MINI EDIBEL | LAKARAN REKA BENTUK SISTEM PENANAMAN SECARA TAKUNGAN

Address

Jalan Besar Kampong Repoh Batu Kurau
Batu Kurau
34500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Panitia RBT SK Kampong Repoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category