23/03/2018
Selesai shj program di kediaman OBJ Larut, Matang dan Selama, terus ke kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh. Jemputan utk menyertai program mingguan setiap hati Khamis malam Jumaat, solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta tadarus Al-Quran dan Tazkirah Maghrib.
Tazkirah malam ini disampaikan dgn begitu berkesan sekali oleh Ust Roslan Che Ros yang dijemput khas dari P Pinang, dgn tajuk tazkirah 'Menyambut ketibaan bulan Rejab sbg persediaan menghadapi bulan Ramadhan'.
Utk makluman semua, program mingguan di kediaman Menteri Besar Perak ini telah berjalan tanpa henti secara mingguan sejak dari 9 tahun dahulu semenjak Yg Bhg Dato' Seri DiRaja Zamry Abd Kader mengambil alih jawatan MB Perak. Tetamu khas Dato' Seri utk setiap minggu p**a pastinya terdiri drp pelajar2 tahfiz dari seluruh pelusuk negeri Perak. Setiap tetamu akan dijamu nasi arab berlaukkan kurma kambing secara makan bertalam.
Terima kasih kpd Yg Bhg Dato' Seri atas jemputan ini. Semoga Allah SWT mengurniakan rahmatNya dan kasih-sayangNya ke atas negeri Perak dibawah pentadbiran Dato' Seri. Amin..