07/08/2026
BADAR INTEJ ANJUR BACAAN YASSIN HYBRID BERSAMA IBU BAPA BATCH GLORIUS
Jompol, 6 Ogos 2026 – Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) INTEJ akan menganjurkan majlis bacaan Yassin edisi kali ke-7 secara hibrid bersama ibu bapa serta ahli Batch Glorious 2026, pada 7 Ogos 2026 bersamaan hari Jumaat bermula jam 10.30 malam.
Majlis yang bertujuan menghidupkan suasana malam dengan ibadah bersama ini juga diharapkan dapat memohon keberkatan Allah SWT serta mendoakan kejayaan yang berterusan buat seluruh ahli Batch Glorious dalam segala urusan, terutamanya dalam bidang akademik dan pembentukan sahsiah diri.
Penganjur memaklumkan penyertaan dibuka kepada semua yang berminat secara bersemuka dan dalam talian. Peserta yang menyertai secara dalam talian diminta melayari pautan yang telah disediakan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum majlis bermula bagi melancarkan kelancaran sesi.
Penganjuran majlis ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan BADAR INTEJ mengeratkan ukhuwah antara pelajar, keluarga serta warga institusi, di samping menghidupkan amalan sunnah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui bacaan surah Yassin yang penuh dengan kelebihan dan rahmat-Nya.
Semua pihak dijemput hadir atau menyertai majlis ini demi meraih pahala bersama dan semarakkan lagi suasana keagamaan dalam kalangan warga INTEJ.
Lajnah click badar
Jika anda rasa program ini bermanfaat sila undi poll dibawah