23/07/2026
Petang semalam, 23 Julai tepat jam 130 petang telah berlangsung Mesyuarat AJK PIBG SK Stapok Bil.3/2026.
Selain menerima dan menyelidik permohonan dana untuk beberapa program, barisan exco juga berbincang perkara berkaitan hari sukan sekolah, gotong-royong perdana serta tindakan selanjutnya dalam mengatasi masalah tekanan air rendah dan beberapa kerosakan tandas murid.
Pihak PIBG dan sekolah juga amat mengharapkan kerjasama ibu bapa agar sentiasa berpesan kepada anak masing-masing untuk menjaga kebersihan tandas, menggunakan prasarana serta kemudahan sekolah dengan baik dan cermat. Sebarang tingkahlaku vandalisme akan menyusahkan semua pihak.
Akhir kata, kami dan pihak sekolah tidak pernah memandang remeh sebarang isu melibatkan kebajikan dan keselamatan anak-anak kita.
Ibu bapa/penjaga yang mempunyai cadangan serta sumbangan bakat/kemahiran boleh terus berhubung dengan pihak kami.
Sekian, terima kasih.