12/05/2026
๐น KURSUS ASAS MEMANAH ๐น
๐
10 Mei 2026 (Ahad)
๐ Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 16, Batu Gajah
Alhamdulillah, program Kursus Asas Memanah telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan para pelajar yang sangat bersemangat dan komited.
Sepanjang kursus ini, para peserta didedahkan dengan teknik asas memanah, cara pengendalian peralatan dengan betul serta aspek keselamatan semasa aktiviti dijalankan.
Selain itu, peserta juga berpeluang menjalani latihan praktikal bagi meningkatkan fokus, disiplin dan keyakinan diri. ๐ฏ
Semoga program seperti ini dapat melahirkan pelajar yang cergas, berdisiplin serta memiliki kemahiran baharu yang bermanfaat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. โจ