26/09/2026
๐ KURSUS REFRESHER ETS OPERATION FOR LICENSE RENEWAL โ GROUP 7/2026 ๐
๐ Kursus Refresher ETS Operation for License Renewal Group 7/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 21 hingga 25 September 2026, melibatkan 6 orang Kapten Tren di Akademi KTM dan Depot ETS Batu Gajah.
๐๏ธ Sepanjang kursus, peserta telah mengikuti beberapa modul utama merangkumi:
๐น Pengurusan ETS
๐น Automatic Train Protection (ATP)
๐น Professional Train Driving
๐น Passenger Transhipping
๐น Rules & Regulations
๐ช Para peserta telah menunjukkan komitmen, disiplin dan penglibatan yang sangat baik sepanjang sesi latihan. Program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh pengetahuan, kemahiran serta kompetensi dalam pengendalian operasi ETS.
๐น Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tenaga pengajar Unit Latihan Operasi EMU/ETS, Akademi KTM iaitu En. Khairuddin, En. Suhaimi dan En. Mohd Zaidi atas segala ilmu, pengalaman, bimbingan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan.
๐ Tahniah dan syabas kepada semua peserta! Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat terus dimanfaatkan dalam melaksanakan tugas dengan penuh profesionalisme serta menyumbang kepada keselamatan, kecekapan dan kecemerlangan operasi ETS.
๐ Kompetensi Diperkasa, Keselamatan Diutamakan, Operasi ETS Cemerlang. ๐