CIKGU YONG

CIKGU YONG Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from CIKGU YONG, Personal coach, Batu Gajah.

Saya seorang guru Matematik Pengguna & Dealer Emas Public Gold PG00346496 dan saya boleh membantu anda untuk memulakan simpanan emas AKAUN GAP dengan hanya RM100

27/02/2022

Betullah tuuuuu....
Emas yang bernilai, bila duit dah tak laku jika berlaku peperangan

T I P  U R U S  D U I T  S E L E P A S  K A H W I NPerkahwinan adalah salah satu perkara penting dalam kehidupan kita, s...
07/12/2021

T I P U R U S D U I T S E L E P A S K A H W I N

Perkahwinan adalah salah satu perkara penting dalam kehidupan kita, semua orang inginkan perkahwinan dan rumahtangga yang bahagia.

Bila bercerita tentang perkahwinan tidak boleh lari dari kos perbelanjaan, ada macam-macam kos belanja semasa majlis kahwin dan kos belanja selepas kahwin.

Majlis kahwin adalah untuk menghalalkan hubungan pasangan, tidak perlu untuk ‘all out’ semua duit kita untuk majlis yang mewah. Cukuplah sekadar dengan buat majlis biasa-biasa untuk raikan tetamu yang datang.

Tujuan majlis nikah adalah untuk menghebahkan perkahwinan bagi mengelakkan fitnah, majlis kahwin biasa-biasa pun tetap sah nikah.

Pasangan yang bijak akan berjimat pada hari majlis nikah dan fokus kepada hari selepas kahwin, macam-macam belanja nak kena keluar selepas kahwin.

Majlis nikah cuma sehari, kehidupan selepas majlis nikah sampai bila-bila. Pasangan nak kena pandai urus duit selepas kahwin, perkahwinan bukan main masak-masak petang-petang macam masa kita budak-budak dulu.

Saya kongsikan EMPAT tips bagaimana untuk susun kewangan selepas kahwin.

1. Sentiasa terbuka dengan pasangan; semua pendapatan dan duit belanja perlu dibincang dan disusun bersama pasangan untuk tahu status kewangan yang sebenar. Pastikan cashflow positif setiap bulan.

Apa itu cashflow positif? Cashflow positif adalah aliran tunai duit kita bila jumlah pendapatan kita melebihi jumlah perbelanjaan.

2. Matlamat kewangan yang jelas; bincang dengan pasangan tentang keperluan kewangan keluarga untuk 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun akan datang.

Jika perlu duduk sendiri adakah perlu sewa atau beli rumah? Bila nak beli kereta? Bila nak pergi haji? Bila nak pencen? Cari sifu kewangan insyaallah akan dapat jawapannnya.

Ada banyak persoalan kewangan bila dah kahwin yang sepatutnya dah dijawab sebelum kahwin lagi, masa lepas kahwin adalah waktu untuk laksanakan semua perancangan tersebut satu persatu.

3. Wujudkan tabung kecemasan; setiap pasangan perlu bersedia untuk hadapi waktu-waktu s**ar dalam perkahwinan.

Realiti kehidupan tak sama seperti dalam drama TV, lebih baik kita diuji dengan masalah bila kita dah bersedia dengan simpanan yang cukup. Duit tak boleh selesaikan semua masalah, tapi banyak masalah boleh selesai bila ada duit.

Asingkan sebahagian duit gaji setiap bulan kepada tabung kecemasan, contohnya jika gaji dua-dua pasangan berjumlah RM6,000 mestilah ada tunai RM36,000 (minimum 6 bulan gaji).

Simpan tabung kecemasan tersebut di tempat yang memberikan p**angan hibah/dividen setiap tahun dan mempunyai risiko yang rendah. Biasanya ramai yang simpan di Tabung Haji dan ASB.

4. Kawal perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan; salah satu kesilapan kita tidak cukup duit setiap bulan bukan soal gaji besar atau kecil tapi soal urus duit belanja seharian.

Cara mudah nak atasi masalah urus duit adalah dengan catat semua perbelanjaan secara konsisten setiap hari untuk kita tahu kemana duit kita bocor.

Dengan cara ini kita tahu kat mana kita nak kawal belanja kita, utamakan belanja keperluan dan potong mana belanja kehendak.

Tak mati pun kalau tak tengok rancangan TV berbayar. Langgan mahal-mahal untuk semua channel tapi tak sempat masa pun nak tengok semua. Download cerita yang kita s**a, nak tengok bila-bila pun boleh ikut waktu kita adalah jauh lebih baik.

Potong bayaran TV berbayar dapat jimat RM100 boleh buat simpan emas setiap bulan. Dapat simpan 0.3817 gram pun tetap emas, akan datang ada potensi naik harga.

Perkahwinan yang berkekalan adalah hasil dari kerjasama dan tolak ansur dari setiap pasangan. Pengurusan kewangan akan mewujudkan rasa tanggungjawab diantara pasangan.

‘Duit tidak boleh bawa mati, tapi tiada duit rasa nak mati’

Sama-sama pandai urus kewangan insyaallah keluarga kita akan bahagia. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat pada semua. Wallahua’lam.

nota: untung kahwin waktu PKP boleh jimat banyak belanja.😁

CNP Sadiqin Sulong

Pm teman Yong Suzi
Dealer Public Gold
0102385962

M I N D S E T  P O S I T I FPengurusan kewangan adalah salah satu perkara penting dalam hidup kita, kewangan yang kukuh ...
01/12/2021

M I N D S E T P O S I T I F

Pengurusan kewangan adalah salah satu perkara penting dalam hidup kita, kewangan yang kukuh memberikan kehidupan yang lebih stabil untuk diri dan keluarga kita.

Gaji yang tinggi tidak menjamin kewangan yang kukuh, ada ramai di luar sana yang ada gaji yang tinggi tapi simpanannya kosong.

Lebih menyedihkan lagi, pendapatan tinggi tapi hutangnya bertambah setiap bulan. Aliran tunai (cashflow) negatif. Adehhh!

Mula bina asas kewangan yang kukuh dari hari pertama mula bekerja, pendapatan yang kecil jika diurus dengan teratur boleh menghasilkan aliran tunai (cashflow) positif setiap bulan.

Senaraikan setiap perbelanjaan harian dan bulanan, susun kepada dua kategori iaitu perbelanjaan keperluan dan perbelanjaan kehendak.

Utamakan perbelanjaan keperluan dulu, potong belanja kehendak kalau bajet tidak cukup. Jika pendapatan cukup-cukup makan, boleh tambah pendapatan untuk kita dapat beli perkara kehendak.

Kalau boleh elakkan buat komitmen bulanan untuk perkara kehendak, tidak berbaloi bayar bulan-bulan untuk perkara kehendak yang tidak mendatangkan duit.

Pengurusan kewangan bukan soal gaji besar atau kecil, pandai mengira matematik pun belum tentu pandai menguruskan kewangan.

Orang yang pandai kawal emosi dalam berbelanja insyaallah pandai urus kewangan, kebanyakan dari mereka mengamalkan ‘dapat gaji simpan dulu baru belanja’.

Sifu kewangan saya pesan; “bila kita belanja kita kayakan orang lain, bila kita menyimpan kita kayakan diri sendiri”.

Ada banyak medium untuk membina kekayaan dalam kewangan, pilih mana yang sesuai dengan bajet masing-masing.

Tiada kaedah simpanan yang sempurna dan sesuai untuk semua, setiap kaedah simpanan melengkapi antara satu sama lain.

Jika gagal simpan duit dalam bank jangan cepat putus asa, ada banyak lagi medium lain untuk kita simpan duit.

Cari ‘ahli’ yang berpengalaman dalam bidang tersebut untuk minta nasihat, insyaallah ada 1001 nasihat yang kita akan dapat.

Kita percaya dan ikut nasihat dan tunggu hasilnya, buat sikit-sikit secara konsisten jauh lebih baik dari tidak berbuat apa-apa.

‘Ilmu tanpa amal adalah sia-sia’.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat pada semua. Wallahua’lam.

Copy paste Sadiqin Sulong

Pm personal, untuk saya beri bimbingan percuma bagaimana cara untuk membuka akaun simpanan emas yang patuh syariah
0102385962
https://wa.me/message/5ZR73JXMMMKAP1

GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP)Hari ini dah ada pelbagai kemudahan online seiring dengan zaman teknologi, segala urusan ...
21/11/2021

GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP)

Hari ini dah ada pelbagai kemudahan online seiring dengan zaman teknologi, segala urusan boleh buat di mana-mana asalkan ada akses internet.

Public Gold adalah salah satu syarikat emas yang komited untuk membantu orang ramai untuk buat simpanan yang mudah dan selamat.

Sejak dari 2008 hingga ke hari ini sudah 13 tahun Public Gold memberikan servis berkaitan dengan jual beli emas dan perak secara online.

Public Gold menyediakan satu akaun simpanan emas (GAP) untuk memudahkan orang ramai untuk beli, simpan, jual atau gadai emas secara online 24 jam sehari 365 hari setahun.

Saya nak kongsikan 5 fungsi akaun simpanan emas (GAP) yang boleh digunakan oleh penyimpan emas yang berdaftar dengan Public Gold.

Konsep utama akaun simpanan emas (GAP) adalah untuk membantu orang ramai menyimpan emas dengan bajet yang rendah. Dengan RM100 pun boleh simpan emas hari ini.

Akaun simpanan emas (GAP) juga membantu orang ramai untuk simpan emas setiap bulan dengan yakin dan tenang. Setiap transaksi akaun simpanan emas (GAP) adalah patuh syariah.

Bonus simpan emas di akaun simpanan emas (GAP) tidak dikenakan caj upah simpan, boleh simpan sebanyak mana gram emas secara percuma.

Secara amnya bila dah daftar akaun Public Gold, automatik kita akan dapat akaun simpanan emas (GAP). Kita boleh akses akaun simpanan emas (GAP) kita melalui 2 kaedah; website dan app Public Gold.

Saya kongsikan cara untuk manfaatkan fungsi akaun simpanan emas (GAP) untuk kita dapat gunakan sebaik mungkin semua fungsi tersebut.

1. Purchase; kita boleh beli emas Public Gold secara online melalui sistem FPX ataupun manual transfer ke akaun bank Public Gold.

Setiap sen yang dibayar akan ditukarkan jadi gram emas dalam akaun simpanan emas (GAP) kita. Minimum pembelian adalah RM100.

Public Gold akan simpan gram emas kita, turun naik harga emas semasa tidak akan ada kesan pada gram emas yang kita dah simpan. Apa yang berubah adalah harga emas yang kita dah simpan.

2. Buyback; kita boleh terus jual emas dalam akaun simpanan emas (GAP) secara online. Duit Public Gold akan bank in ke akaun bank kita dalam masa 1-2 hari bekerja.

Harga jualan balik mengikut pada harga buyback (PG buy) semasa di website Public Gold, kadar spread adalah 9% dari harga GAP semasa.

3. Transfer: kita juga boleh gunakan gram emas dalam akaun simpanan emas (GAP) untuk digunakan sebagai kredit (c-wallet) untuk membeli barang keperluan di platform PG Mall.

Gram ditukarkan kepada c-wallet ikut kadar harga GAP semasa dan dikenakan fee 5% dari jumlah transfer. Contohnya transfer emas bernilai RM100, kita akan dapat RM95 c-wallet.

4. Arrahnu; kita boleh gadai emas dalam akaun simpanan emas (GAP) secara online dan tunggu duit pinjaman masuk ke akaun bank kita.

Kadar marhun ikut harga GAP semasa, upah simpan 1% sebulan dan had pinjaman 70% dari nilai marhun. Tempoh pinjaman maksimum selama 6 bulan.

5. Withdraw; akhir sekali kita boleh keluarkan emas fizikal mengikut baki gram yang kita ada dalam akaun simpanan emas (GAP) kita.

Boleh request Gold In Transit (GIT) untuk minta HQ Public Gold pos ke alamat kita atau buat appointment di cawangan Public Gold berdekatan untuk ambil emas fizikal.

Gold In Transit (GIT) ada insurans yang dijamin oleh Public Gold, tak perlu risau parcel hilang atau tak sampai. Caj untuk Gold In Transit (GIT) cuma RM10 sahaja.

Begitu mudah untuk kita menguruskan emas kita hari ini dengan adanya akaun simpanan emas (GAP) ini, Manfaatkan semua fungsi GAP dengan sebaiknya untuk kita membina kewangan yang lebih baik pada masa akan datang. Insyaallah.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat pada semua. Wallahua’lam.

CNP Safiqin Sulong

Teman Dealer Public Gold
Apapun leh mesej di sini
https://wa.me/message/5ZR73JXMMMKAP1

10 GRAM BUNGA MASItem 10g Bunga Mas merupakan item non LBMA yang dikeluarkan oleh Assay Office Penang Sdn. Bhd yang bert...
18/11/2021

10 GRAM BUNGA MAS

Item 10g Bunga Mas merupakan item non LBMA yang dikeluarkan oleh Assay Office Penang Sdn. Bhd yang bertempat di Butterworth Pulau Pinang. Ianya berbeza dengan item 10g LBMA yang dikeluarkan oleh Syarikat Nadir Refinery yang berpangkalan di Turki.

Ķenapa item ini dikenali Bunga Mas? Jika dilihat pada permukaan emasnya, terdapat bunga halus pada bahagian atasnya yang merujuk kepada nama yang diberi Bunga Mas.

Sijil Bunga Mas cantik berwarna biru dengan tandatangan pengesahan ketulenan emas daripada Assayer Tuan Abdul Shukor Anuar yang sangat dikenali di Malaysia.

Pada sijil tertera berat item Bunga Mas ini ialah 10g, panjang item ini 24 milimeter. Ukuran lebar 15 milimeter dan ketebalannya 1.5 milimeter.

Item ini didatangkan dengan emas dan sijil yang berasingan. 3mas 10g Bunga Mas dimasukkan ke dalam casing yang boleh dibuka dan dipegang untuk para penyimpan mengambil aura logam berharga ini.

Item ini ada penggemarnya yang tersendiri, memandangkan ianya mesra arrahnu. Mesra arrahnu bermaksud mudah diterima oleh semua arrahnu dan pajak gadai jika penyimpan ingin mendapatkan wang pinjaman segera daripada institusi berkenaan.

Kebiasaannya arrahnu dan pajak gadai akan membuat ujian ketulenan emas yang akan diarrahnu atau dipajak. Dengan hanya membuka casing plastik, emas ini terus boleh diuji ketulenan tanpa berlaku kerosakan pada sijil.

Tidak seperti item LMBA yang terpaksa dikopek emas untuk dikeluarkan daripada sijilnya sebelum diuji ketulenan emasnya bergantung pada arrahnu dan kedai pajak gadai tertentu.

Jadi, penyimpan boleh membuat pilihan untuk memiliki 10g Bunga emas atau 10g LBMA untuk dijadikan simpanan masa depan.

CNP Mohamad Saifulddin Hassan

Pm teman, leh sembang2..
Ttg emas ya..
0102385962

SIMPANAN VS PELABURANEmas ini boleh kita jadikan simpanan ataupun pelaburan. Ianya berbeza di mindset kita.Mindset akan ...
13/11/2021

SIMPANAN VS PELABURAN

Emas ini boleh kita jadikan simpanan ataupun pelaburan. Ianya berbeza di mindset kita.

Mindset akan berbeza bergantung sama ada kita jadikan emas sebagai simpanan ataupun pelaburan.

Jika SIMPANAN, kita akan focus untuk tambah gram kita. Harga bukan persoalan pertama. Yang penting bagi kita adalah RM bertukar jadi gram emas sebagai simpanan masa depan kita.

Jika PELABURAN p**a, mindset kita akan focus kepada buy low and sell high.

Personally, saya sendiri focus jadikan emas sebagai cara saya menyimpan. Ianya lebih peace of mind dan kekayaan kita pasti bertambah dari masa ke semasa.

Alhamdulillah, sekarang saya dah lebih 6 tahun menabung emas. Banyak manfaat emas yang membantu saya dalam membina kewangan yang kukuh.

CNP Tuan Syarif Jamil

PM personal la teman ok
0102385962

FAKTA : Harga Emas Tahun 1933 - 2009Jika anda perhati dan kaji. harga emas dari tahun 1933 hingga 1971 ia meningkat dari...
20/10/2021

FAKTA : Harga Emas Tahun 1933 - 2009

Jika anda perhati dan kaji. harga emas dari tahun 1933 hingga 1971 ia meningkat dari $24 ke $41 untuk seauns emas. Naik hanya $17 selepas 38 tahun. Namun naik dari $41 ke $910 pada tahun 2009 untuk seauns emas. Naik beratus kali ganda dalam tempoh yang sama.

Dan pada tahun 2020 pernah melebihi $2000 untuk Seauns emas. Hanya dalam tempoh 11 tahun. Ini bermakna anda perlukan duit beratus kali ganda untuk memiliki berat emas yang sama! Sedangkan USD yang digunakan diseluruh dunia pun susut nilainya berbanding emas. Sebab apa terjadi begini?

Jika anda perasaan ia meningkat mendadak sejak tahun 1971. Anda tahu tak kenapa? Dan mengapa ia naik mendadak selepas itu sehingga kini. Jawapannya selepas 1971 kita menggunakan wang yang tidak bersandarkan kepada emas yang dipanggil wang fiat. Inilah yang dikatakan penipuan terbesar dalam sejarah kewangan oleh Mike Maloney

Sebelum 1971, setiap wang yang dicetak mestilah disandarkan kepada emas. Namun selepas 1971, Wang fiat ini boleh dicetak ses**a hati tanpa bersandarkan emas. Sebab itulah ini nilainya semakin susut dengan ketara. Tidak seperti emas. Ia tidak boleh dicetak atau dicipta. Sebab itulah nilainya kekal evergreen. Emas adalah matawang sebenar.

Saya boleh beritahu ekonomi dunia semakin tenat. Jangan percaya kata kata saya ini. Silakan kaji sendiri. Ada banyak buku mengenai kewangan dan emas. Saya percaya harga emas akan terus meningkat dalam jangka masa panjang. Hakikatnya sebenarnya bukan emas yang semakin mahal tetapi wang yang kita gunakan semakin susut nilainya.

Jika kereta ada insuran, rumah ada insuran. Hampir semua benda bernilai ada insuran dan takaful sebagai perlindungan. Maka Simpanlah emas dan perak sebagai pelindung kekayaan (wealth protection). Inilah yang dibuat oleh semua orang kaya seluruh dunia. Mereka simpan emas dan perak sebagai aset yang kalis inflasi (hedging asset).

Jika saham, bon, wang, rumah boleh menjadi kosong nilainya. Emas dan perak p**a hampir mustahil menjadi kosong nilainya. Emas mengekalkan nilainya di kala krisis dan kegawatan ekonomi dunia. Malah kita dapat lihat nilainya meningkat ketara walau semasa pandemik tahun lepas. Simpan lah walau sedikit sebelum terlewat. Ini pesanan ikhlas.

CNP
Adam Fahmi bin Ghazali

Ya.. Betoi tu
16/10/2021

Ya.. Betoi tu

DI sebuah bazar menjual barangan kemas di Mumbai, seorang wanita, Kavita Jogani meletakkan gelang-gelang perkahwinannya di atas alat penimbang emas, baru-baru ini. Dia merupakan...

D A N A  P E N D I D I K A N Hari ini saya nak kongsikan bagaimana simpanan emas boleh membantu anak kita sambung belaja...
05/10/2021

D A N A P E N D I D I K A N

Hari ini saya nak kongsikan bagaimana simpanan emas boleh membantu anak kita sambung belajar pada masa depan.

Pertama sekali kita kena pupuk minat anak-anak dengan simpanan emas dari kecil seumur 1 bulan. Kecil-kecil lagi anak kita dah boleh jadi penyimpan emas.

Ada surat beranak terus boleh daftar akaun simpanan emas. Ibu atau bapa boleh jadi penjaga akaun sehingga anak berumur 18 tahun.

Boleh cuba konsisten untuk simpan 1 gram setiap bulan, genap 18 tahun minimum boleh kumpul 216 gram emas. Jika kurang berkemampuan, nak tukarkan RM100 kepada gram emas sebulan pun boleh.

Dengan berat emas 216 gram hari ini harganya ±RM56,000, 20 tahun akan datang harganya berpotensi naik lebih tinggi.

Sejarah harga emas boleh naik lebih dari 600% untuk tempoh masa 20 tahun lepas, ianya tidak mustahil untuk naik dengan kadar yang sama pada 20 tahun akan datang.

Jika kita baru sedar kebaikan simpanan emas pada umur dah tua, kita ajar anak kita untuk kenal emas pada umur yang muda. Lagi 20 tahun anak-anak akan berterima kasih pada kita. Insyaallah.

Semoga bermanfaat guys! 😘

CNP Sadiqin Sulong

⭐️GRAF HARGA EMAS DUNIA⭐️-25 September 20211. Harga emas dunia pada minggu lepas telah membuat lantunan pada harga sokon...
25/09/2021

⭐️GRAF HARGA EMAS DUNIA⭐️-25 September 2021
1. Harga emas dunia pada minggu lepas telah membuat lantunan pada harga sokongan (support) $1750. Bagaimanapun, kenaikan harga emas tidak dapat menembusi harga rintangan (resistance) pada $1780. Diikuti pada semalam dan hari ini, harga emas kembali turun dan telah memecahkan harga lantai (support) $1750.
2. Sekiranya berlaku lagi penurunan harga, harga sokongan (support) seterusnya adalah pada $1728 mengikut Fibo Retracement. Boleh terjadi lantunan kenaikan harga disini melihatkan lantunan kenaikan harga pada 9-10 Ogos 2021.
3. Trend harga emas menujukan trend penurunan disebabkan harga dibawah indikator MA 50 dan MA 200. Malah Death Cross juga telah berlaku disokong denga RSI sekitar 30-40 yang menunjukkan keadaan Oversold.
❓❓KENAPA BERLAKUNYA PENURUNAN HARGA EMAS?
1. Anda boleh baca artikel yang ditulis di sini
https://intraday.my/sekali-lagi-gold-ditolak-jatuh/
2. Secara mudahnya penurunan harga emas disebabkan data-data yang menunjukan bahawa ekonomi US akan kembali pulih.
📌📌PANDANGAN PERIBADI 📌📌
1. Apabila harga emas jatuh ini adalah masa terbaik untuk membeli emas secara borong. Dengan kata lain membeli pada harga diskaun tetapi dengan berat gram emas yang tinggi!
2. Item yang disarankan untuk diborong adalah sekurang-kurangnya gold bar seberat 10 gram atau sekurang-kurangnnya 1 dinar (4.25g).
Harga emas untuk GAP juga sudah dibawah RM 260/g. Lihat semua harga emas di sini:
https://publicgold.com.my/
3. INGAT, untuk mendapatkan p**angan optimum dalam pelaburan emas, ianya mestilah bersifat simpanan jangka masa panjang. Kerana emas bersifat kalis inflasi. Bagi saya, jangka masa panjang ialah simpanan emas selama 3 tahun dan keatas.

Cnp Rosman Razif

Pm me untuk bimbing cara menabung emas ya.
https://wa.me/message/5ZR73JXMMMKAP1

Beza harga emas hrini kt PHKG...😱😱😱😱Tgok laa harga emas 999 di situ dgn harga emas Public Gold arini..Harga emas tengah ...
17/09/2021

Beza harga emas hrini kt PHKG...😱😱😱😱
Tgok laa harga emas 999 di situ dgn harga emas Public Gold arini..
Harga emas tengah turun..
Meh la simpan emas hari ni.. Pm teman ya
0102385962

PG BUYKekawan ZBI nak share PG Buy- Jual Balik Fizikal EMAS kepada Public Gold.Ada yang mengatakan susah untuk menjual b...
16/09/2021

PG BUY

Kekawan ZBI nak share PG Buy- Jual Balik Fizikal EMAS kepada Public Gold.

Ada yang mengatakan susah untuk menjual balik Bar EMAS kepada Public Gold.🤔

ZBI nak share pengalaman menjual Bar EMAS 10 gram di Public Gold Sunway.

1. Walk in ke Public Gold Sunway dan di sapa oleh Polis Bantuan tentang tujuan. Jika untuk menjual balik anda tidak perlu membuat appointment- walk in with SOP dan fully Vaccinated. Kena tunggu diluar sampai dibenarkan masuk. Masa menunggu tergantung kepada jumlah customer di dalam branch.

2. Apabila giliran anda telah sampai serahkan Kad Pengenalan dan Bar EMAS yang hendak dijual. Kad Pengenalan anda akan dibuat satu salinan dan BAR EMAS anda akan ditimbang- Eletronik Scale.

3. Harga jualan bergantung kepada harga semasa seperti mana yang dipaparkan di Website Public gold- PG Buy. TIADA SEBARANG KOS TAMBAHAN.👌

4. Public Gold akan reconfirm nama Bank dan nombor Akaun yang kita telah daftarkan sebelum ini. Disini sangat penting kita telah "Update Bank Info".

5. Kita akan diserahkan Buy Back Receipt untuk ditangan tangan dan cop jari setiap copy dan satu copy akan diserahkan kepada kita.

6. Maka selesailah- Duit akan dibank in dalam akaun dalam masa 3 hari berkerja..Tiada cash over counter untuk keselamatan dan kita perlu rancang keperluan tunai tersebut.

Dalam 15 minit selesai...🙌

Kesimp**annya adalah mudah untuk menjual kembali Bar EMAS kita kepada Public Gold - tidak perlu risau ragu-ragu atau bimbang.

Nak tahu kena cuba sendiri sebelum kita mendengar "cakap cakap kosong di belakang"😅

Wallahu A'lam

CNP ZBI

Address

Batu Gajah

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CIKGU YONG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to CIKGU YONG:

Shortcuts

Share

Category