21/08/2026
[PERTANDINGAN CARI KATA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN]
Alhamdulillah, telah diadakan Pertandingan Cari Kata Sempena Bulan Kemerdekaan yang melibatkan murid-murid Tahun 3 dan Tahun 4 SRITI Al-Amin.
Aktiviti ini diadakan bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan di samping menguji ketelitian, kepantasan dan pengetahuan murid berkaitan negara dan semangat patriotisme.
Murid-murid berusaha mencari perkataan-perkataan tersembunyi yang berkaitan dengan kemerdekaan, Malaysia dan semangat cintakan tanah air.
Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat!
Semoga aktiviti sebegini dapat menyemai rasa cinta akan negara, menghargai kemerdekaan serta memupuk semangat patriotik dalam diri anak-anak.
GENERASI MERDEKA, MALAYSIA SEJAHTERA