SK BAKAP

Call Directions Contact the school

SK BAKAP KOD SEKOLAH ABA2038
BATU GAJAH, KINTA SELATAN

🇲🇾Sambutan ambang kemerdekaan SK Bakap.
10/09/2026

🇲🇾Sambutan ambang kemerdekaan SK Bakap.

🏑KEJOHANAN HOKI MSSM 2026🏑Alhamdulilah..Kejohanan Hoki Peringkat Kebangsaan telah melabuhkan tirainya yang telah bermula...
07/09/2026

🏑KEJOHANAN HOKI MSSM 2026🏑

Alhamdulilah..Kejohanan Hoki Peringkat Kebangsaan telah melabuhkan tirainya yang telah bermula pada 26/08 sehingga 01/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat adik Mior Muhammad Mukhriz pemain hoki bakapian yg telah berjuang di pentas MSSM-KL sekaligus membawa nama SK Bakap ke Pentas kebangsaan.

Pasukan lelaki L12 PERAK telah layak sehingga ke peringkat suku Akhir.Tahniah diucapkan kepada Coach Azuan yang telah banyak membimbingnya di peringkat sekolah.Tahniah juga kepada kedua ibubapanya dan barisan pentadbir sekolah yang telah banyak memberi dorongan dan bimbingan kepada adik Mukhriz.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas jasa,keringat dan pengorbanan mereka demi BelangTarungTigaWarna.

Alhamdulillah ..team Bakapian telah melahirkan 2 orang murid ke pentas MSSM Hoki.Semoga terus sukses melakar kejayaan.



🌸🌸MAJLIS PERPISAHAN GURU 🌸🌸📅 Tarikh: 28 Ogos 2026"Segulung Budi, Seindah Memori 🌹"Setiap pertemuan pasti akan disusuli d...
28/08/2026

🌸🌸MAJLIS PERPISAHAN GURU 🌸🌸

📅 Tarikh: 28 Ogos 2026

"Segulung Budi, Seindah Memori 🌹"

Setiap pertemuan pasti akan disusuli dengan perpisahan. Melangkah dengan hati yang sarat dengan memori indahnya meraikan jasa dan pengorbanan Dr. Wan Shariza binti Wan Zainal Abidin yang akan betukar ke Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai Pensyarah.

Selamat bertugas di tempat baharu. Semoga Dr. Wan sentiasa dipermudahkan urusan dan terus cemerlang di tempat baru.

Terima kasih semua atas komitmen yang diberikan, segala sumbangan dan khidmat bakti yg dicurahkan selama ini. Segala jasa budi anda, hanya Allah swt yg mampu membalasnya.

Mohon maaf andai kata ada salah silap dan kekhilafan selama berurusan di SK Bakap. Jauh di mata, dekat di hati.Semoga ukhwah & silaturrahim sesama kita akan terus mekar dan kekal berpanjangan. Insya-Allah


🌸🌸SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H/2026🌸🌸Mari kita teladani akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian.Cinta ke...
24/08/2026

🌸🌸SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H/2026🌸🌸

Mari kita teladani akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian.Cinta kepada Rasulullah SAW bukan sekadar pada ucapan, tetapi dizahirkan melalui amal sunnah.Semoga hidup kita sentiasa di bawah rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Salam Maulidur Rasul daripada seluruh warga SK Bakap.

🇲🇾✨ MAJLIS PELANCARAN PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN KE-69 🎉🔴⚪🔵🟡​📅 Tarikh: Isnin, 17 Ogos 2026 ⏰ Masa: 7.40 Pagi📍 Tempat: Tap...
19/08/2026

🇲🇾✨ MAJLIS PELANCARAN PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN KE-69 🎉🔴⚪🔵🟡

​📅 Tarikh: Isnin, 17 Ogos 2026
⏰ Masa: 7.40 Pagi
📍 Tempat: Tapak Perhimpunan, SK Bakap
📌 Tema: Malaysiaku MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

​“Ayuh Semarakkan Semangat Patriotisme!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

​Alhamdulillah, pelancaran ini telah berlangsung dengan penuh semangat dan warna-warni sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-69 peringkat sekolah!

​Pelancaran ini menandakan bermulanya pelbagai aktiviti dan pertandingan sambutan Bulan Kemerdekaan bagi menyemarakkan rasa cinta akan negara serta menghayati erti kemerdekaan sebenar dalam kalangan warga sekolah.

​Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Ke-69!

Kemerdekaan ini milik kita bersama! 🇲🇾💪

​

[PERTUKARAN GURU KE SK BAKAP]SK Bakap mengalu-alukan kedatangan Puan Intan Yusniza yang telah bertukar masuk ke Sekolah ...
17/08/2026

[PERTUKARAN GURU KE SK BAKAP]

SK Bakap mengalu-alukan kedatangan Puan Intan Yusniza yang telah bertukar masuk ke Sekolah Kebangsaan Bakap.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring ditepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu ilahi.

Alhamdulillah 🤲 TAHNIAH 🎉🎉diucapkan kepada Zayyad Rizqi Bin Al-Hafiz yang telah terpilih mewakili Daerah Kinta Selatan  ...
11/08/2026

Alhamdulillah 🤲 TAHNIAH 🎉🎉diucapkan kepada Zayyad Rizqi Bin Al-Hafiz yang telah terpilih mewakili Daerah Kinta Selatan ke Kejohanan Futsal Prasekolah di Daerah Manjung pada 17-18 Ogos 2026.

Semoga pemain cilik kita dapat pulang dengan kejayaan sekaligus mengharumkan nama sekolah.⚽⚽



Alhamdulillah 🤲 TAHNIAH 🎉🎉diucapkan kepada Mior Muhammad Mukhriz b. Mior Nazhar yang telah terpilih mewakili Perak u12 k...
11/08/2026

Alhamdulillah 🤲 TAHNIAH 🎉🎉diucapkan kepada Mior Muhammad Mukhriz b. Mior Nazhar yang telah terpilih mewakili Perak u12 ke Kejohanan Hoki MSSM U12 di Kuala Lumpur.

Semoga pulang dengan kejayaan. 🏑🏑


✋🏻PROGRAM PELANCARAN SAFE✋🏻Tarikh: 10/08/2026Hari: IsninMasa: 7.40-8.00 pagiTempat: Dataran Kejat SK BakapPakaian Murid:...
10/08/2026

✋🏻PROGRAM PELANCARAN SAFE✋🏻

Tarikh: 10/08/2026
Hari: Isnin
Masa: 7.40-8.00 pagi
Tempat: Dataran Kejat SK Bakap
Pakaian Murid: Uniform Sekolah Lengkap

🎉PERTANDINGAN KO AKADEMIK BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH KINTA SELATAN 2026📚Keputusan:✍️B.Melayu 🎗️B...
10/08/2026

🎉PERTANDINGAN KO AKADEMIK BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH KINTA SELATAN 2026📚

Keputusan:

✍️B.Melayu
🎗️Bercerita Tahap 2 -Penyertaan- Miqaila Ibtisam

✍️B.Inggeris
🥉Story telling - Ke 3 - Nuraini Alisha
🎗️Dare To Spell - penyertaan - Muhsin
🎗️Essay Writing - penyertaan - Luqmanul Hakim

🎉Tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian dan berjaya didalam kategori yang ditandingi.

🎉Terima kasih kepada guru pembimbing dan panitia yang terlibat kerana berjaya melahirkan murid yang berbakat didalam bidang yang diceburi.

Address

Batu Gajah
31000

Telephone

+6053668792

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK BAKAP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK BAKAP:

Shortcuts

Share

Category