28/02/2026
TVET MARTIAL ARTS VERIFICATION
TVET Martial Arts telah diluluskan sebagai Pusat Bertauliah (PB) Patuh COPTPA yang memfokuskan bidang Seni Beladiri, dan merupakan yang pertama dalam negara mendapat pengiktirafan rasmi daripada Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Kelulusan ini menandakan bahawa sistem latihan, dokumentasi, tadbir urus, serta pelaksanaan program adalah mematuhi sepenuhnya standard kebangsaan TVET dan keperluan NOSS yang ditetapkan bahawa pelaksanaan program adalah selaras dengan keperluan:
• Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS)
• Garis Panduan COPTPA
• Sistem Jaminan Kualiti Pusat Bertauliah
Sehubungan itu, TVET Martial Arts komited untuk memastikan semua program dilaksanakan secara profesional, sistematik dan mematuhi sepenuhnya keperluan perundangan yang berkuat kuasa.
Sebagai institusi yang komited terhadap profesionalisme dan akreditasi kemahiran, TVET Martial Arts terus memperkasa pembangunan bakat seni beladiri melalui laluan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang sah dan tersusun.
www.tvetmartialarts.com
25/01/2026
Takrifan TVET sebenar di Malaysia adalah jauh lebih luas dan strategik.
Di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) dan Dasar TVET Negara 2030, TVET merangkumi keseluruhan ekosistem pembangunan tenaga kerja negara, termasuk pembangunan kompetensi, pengiktirafan kemahiran, standard pekerjaan (NOSS), Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) serta jaminan kualiti tenaga kerja.
Ia bukan sekadar latihan praktikal di bengkel atau latihan untuk satu pekerjaan tertentu, tetapi satu sistem nasional yang membentuk keupayaan tenaga kerja secara menyeluruh.
Selaras dengan itu, melalui COPTPA (Kod Amalan Untuk Pentauliahan Program TVET), TVET dibangunkan sebagai sistem nasional pembangunan kompetensi dan laluan kerjaya — bukan sekadar kursus latihan jangka pendek.
COPTPA memastikan kemahiran, NOSS, latihan dan pensijilan disusun secara berstruktur mengikut progression kerjaya, membolehkan tenaga kerja meningkat tahap, berpindah sektor dan berkembang sepanjang hayat kerja.
Pendekatan ini menjadikan TVET sebagai teras pembinaan tenaga mahir negara, selari dengan keperluan industri dan daya saing ekonomi Malaysia.
Oleh itu, TVET bukan sekadar “prepare people for jobs” atau latihan praktikal.
TVET Malaysia hari ini ialah sistem pembinaan tenaga mahir negara yang menyokong produktiviti industri, daya saing ekonomi dan mobiliti sosial rakyat.
Dan di sinilah peranan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) — membentuk keseluruhan ekosistem kemahiran negara melalui standard, pensijilan dan jaminan kualiti.
Kredit : Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Wilayah Putrajaya
📲 Wasap.my/60139283060/TVETMARTIALARTS
www.tvetmartialarts.com
UNIT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PROFESIONAL DAN KERJAYA