Azzahra Home Tuition HQ

Azzahra Home Tuition HQ Cikgu Solehah Osman merupakan pengasas bersama yang berpengalaman sebagai eksekutif di salah sebuah syarikat yang terlibat dalam pelaburan saham. Terima Kasih.

Azzahra Training and Consultancy
(AzzahraOnlineTuition)
201503102170(00242690-D)

Azzahra Home Tuition & Quranic Home Based telah berjaya membantu 1500 pelajar untuk meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar. Azzahra Home Tuition (Azzahra HT) telah di asaskan pada April 2015 oleh Cikgu Fairus Salleh yang merupakan bekas seorang tenaga pengajar di sebuah universiti swasta dalam kejuruteraan. Idea

penubuhan Azzahra HT terjadi apabila semasa pengasas mengajar sementara sebagai guru ganti di sekolah rendah di gombak mendapati bahawa pengajaran satu kelas seramai 40 orang adalah kurang berkesan. Jadi pengasas ingin membantu lebih ramai pelajar supaya dapat pembelajaran yang berkesan melalui kelas tuisyen yang disediakan sehingga mendapat A. Alhamdulillah ramai ibubapa pelajar Azzahra HT berpuas hati dengan keputusan anak-anak mereka setelah belajar dengan kami sehingga Azzahra HT sering tidak dapat menampung permintaan pendaftaran pelajar yang terlalu ramai. Fokus utama Azzahra HT adalah penyediaan kelas tuition berkump**an kecil (3-5 pelajar dalam 1 kump**an) untuk semua matapelajaran sekolah rendah & menengah. Kelas Tuisyen dijalankan secara online (zoom), offline (dirumah pelajar & juga centre). Alhamdulillah, kini Azzahra HT sedang berusaha berkembang ke seluruh Malaysia untuk membantu lebih ramai pelajar untuk berjaya dalam pelajaran agar mereka mempunyai masa depan yang cerah. Sejak Azzahra menyediakan perkhidmatan kelas online, pihak kami telah menerima pendaftaran pelajar daripada seluruh Malaysia serta Luar Negara. Terima Kasih kepada team, pelanggan Azzahra HT serta semua pihak yang sentiasa menyokong kami sehingga berada di tahap ini.

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ﷺ12 Rabiulawal hadir sebagai satu peringatan buat kita untuk kembali mengenang insan paling...
24/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ﷺ

12 Rabiulawal hadir sebagai satu peringatan buat kita untuk kembali mengenang insan paling mulia, Nabi Muhammad SAW. ❤️

Baginda bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dicintai, diteladani dan diikuti sunnahnya dalam kehidupan seharian.

Semoga dalam kesibukan kita mengejar dunia, kita tidak pernah lupa untuk memperbanyakkan selawat, memperbaiki akhlak dan menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.

🤍 Cintai Rasulullah ﷺ
📖 Ikuti sunnah Baginda
🫶 Perkukuh ukhuwah
🌹 Perbanyakkan selawat

Semoga dengan memperingati kelahiran junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, kita semakin dekat dengan ajaran Baginda, berakhlak mulia dan mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد

Salam Maulidur Rasul 1448H. 🌙✨

PESANAN RASULULLAH SAW DALAM MENDIDIK ANAKRasulullah ﷺ banyak mengajar tentang cara mendidik anak dengan kasih sayang, c...
24/08/2026

PESANAN RASULULLAH SAW DALAM MENDIDIK ANAK

Rasulullah ﷺ banyak mengajar tentang cara mendidik anak dengan kasih sayang, contoh yang baik dan hikmah, bukan hanya dengan arahan dan hukuman.

Antara pesanan dan prinsip yang sangat kuat:

🌹Anak perlu disayangi dan ditunjukkan kasih sayang
Rasulullah ﷺ mencium dan memeluk anak-anak. Kasih sayang bukan memanjakan, tetapi membuat anak rasa selamat dan dihargai.

🌹Didik mengikut umur dan kemampuan anak
Tidak semua perkara boleh dituntut daripada anak kecil seperti kita menuntut orang dewasa. Pendidikan perlu berperingkat.

🌹Jadilah contoh sebelum menyuruh anak
Anak lebih banyak belajar daripada apa yang mereka lihat berbanding apa yang mereka dengar. Kalau mahu anak solat, berdisiplin, bercakap baik dan jujur — ibu ayah perlu menunjukkan contoh itu dahulu.

🌹Tegur tanpa menjatuhkan maruah
Kesalahan anak perlu diperbetulkan, tetapi jangan sampai anak merasa dirinya “bodoh”, “tak berguna” atau “tak pandai”. Tegur perbuatan, bukan menghancurkan harga dirinya.

🌹Berikan perhatian dan dengarkan anak
Anak bukan hanya perlukan makanan, sekolah dan pakaian. Mereka juga perlukan ibu ayah yang mahu mendengar cerita, ketakutan, kegagalan dan impian mereka.

🌹Ajarkan tanggungjawab sedikit demi sedikit
Anak perlu dibimbing menjadi manusia yang mampu berdikari, bukan sentiasa diselamatkan daripada setiap kesilapan.

🌹Doakan anak
Antara perkara paling besar yang ibu ayah boleh lakukan ialah mendoakan kebaikan anak. Pendidikan bukan hanya usaha kita — kita juga memohon Allah membimbing hati mereka.

Dan satu perkara yang sangat penting untuk ibu ayah ingat:

Anak yang gagal bukan anak yang gagal selamanya.
Kadang-kadang mereka hanya sedang melalui satu fasa yang belum menunjukkan kemampuan sebenar mereka.

Jangan jadikan satu keputusan peperiksaan sebagai ukuran seluruh masa depan anak. Bimbing, betulkan, kuatkan dan terus doakan.

Kerana tugas ibu ayah bukan sekadar memastikan anak mendapat keputusan yang baik — tetapi membentuk menjadi MANUSIA YANG BAIK

PERSEDIAAN MENGHADAPI HARI UJIAN PKSK😀Tidur yang cukupJangan berjaga malam untuk study last minute. Otak perlukan rehat ...
24/08/2026

PERSEDIAAN MENGHADAPI HARI UJIAN PKSK

😀Tidur yang cukup
Jangan berjaga malam untuk study last minute. Otak perlukan rehat untuk fokus dan berfikir dengan baik.

😁Bangun lebih awal
Beri masa untuk bersiap tanpa tergesa-gesa. Elakkan datang dalam keadaan kelam-kabut.

🥰Sarapan & minum air secukupnya
Pastikan badan bertenaga supaya lebih fokus sepanjang ujian.

😘Semak keperluan ujian
Pastikan dokumen, alat tulis dan keperluan lain sudah disediakan lebih awal.

🙂Datang lebih awal
Jangan tunggu saat akhir. Sampai awal membantu anak lebih tenang dan bersedia.

🧐Baca arahan dengan teliti
Jangan terlalu cepat menjawab. Fahami kehendak soalan sebelum memilih jawapan.

🙃Jangan panik jika soalan susah
Tarik nafas, tenangkan diri dan teruskan. Jangan biarkan satu soalan mengganggu keseluruhan ujian.

😎Percaya pada persediaan sendiri
Anak sudah berlatih dan membuat persediaan. Pada hari ujian, tugasnya adalah tenang, fokus dan berikan yang terbaik.

Pesanan untuk ibu ayah:
Hari ujian bukan masa untuk menambah tekanan. Berikan kata-kata yang menenangkan seperti:

“Tak perlu fikir tentang keputusan dulu. Buat yang terbaik, jawab dengan tenang dan percaya pada diri sendiri.” ❤️

PELAJAR BERJAYA, MEREKA READY AWAL.Pelajar yang berjaya bukan jenis yang hanya belajar apabila peperiksaan semakin dekat...
22/08/2026

PELAJAR BERJAYA, MEREKA READY AWAL.

Pelajar yang berjaya bukan jenis yang hanya belajar apabila peperiksaan semakin dekat.

Mereka tak tunggu mood datang.
Mereka tak tunggu keadaan jadi sempurna.
Mereka tak tunggu cikgu umumkan tarikh peperiksaan baru nak mula belajar.

Mereka sudah bersedia lebih awal.

Sebab mereka faham…

Belajar bukan tentang belajar bila kita rasa nak belajar.

Belajar adalah tentang DISIPLIN.

Hari ini ada mood → belajar.
Esok tak ada mood → tetap belajar.
Hari ini banyak kerja → susun masa.
Hari ini rasa penat → buat sedikit, tetapi tetap buat.

Mereka membina persediaan sedikit demi sedikit.

Sebab itu apabila sesuatu yang tidak dijangka berlaku, mereka tidak mudah panik.

📌 Jadual peperiksaan diawalkan?
Mereka sudah ready.

📌 Beberapa peperiksaan jatuh terlalu rapat?
Mereka sudah ready.

📌 Masa untuk ulang kaji menjadi lebih singkat?
Mereka sudah ready.

📌 Ada topik yang tiba-tiba perlu dikuasai?
Mereka masih ada ruang untuk bersedia.

Itulah bezanya antara pelajar yang menunggu keadaan dengan pelajar yang bersedia menghadapi keadaan.

Ibu ayah, kita tak mampu tentukan semua perkara yang akan berlaku sepanjang perjalanan anak.

Kita tak tahu bila jadual akan berubah.
Kita tak tahu bila peperiksaan akan diawalkan.
Kita tak tahu bila anak akan berdepan dengan minggu yang sangat padat.

Tetapi kita boleh bantu anak membina satu perkara:

DISIPLIN UNTUK SENTIASA READY.

Jangan ajar anak belajar hanya kerana peperiksaan sudah dekat.

Ajar mereka untuk belajar kerana mereka mempunyai tanggungjawab terhadap masa depan mereka.

Kerana pelajar yang benar-benar bersedia bukanlah pelajar yang tahu apa yang akan berlaku.

Tetapi pelajar yang tetap bersedia walaupun mereka tidak tahu apa yang akan berlaku.

Ready awal.
Belajar konsisten.
Tidak bergantung kepada mood.

Itulah disiplin yang membina pelajar berjaya. 🎯

Ramai ibu bapa masih fikir SPM 2027 masih lambat...Hakikatnya...Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bukan bermula ...
21/08/2026

Ramai ibu bapa masih fikir SPM 2027 masih lambat...

Hakikatnya...

Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bukan bermula belajar ketika Tingkatan 5.

Mereka sudah membina asas sejak Tingkatan 4.

❌ Bila tunggu tahun depan...
• Silibus semakin banyak.
• Topik semakin sukar.
• Masa untuk baiki kelemahan semakin singkat.

Akhirnya anak terpaksa mengejar silibus sambil membuat ulang kaji.

Sedangkan pelajar yang bermula awal...
✅ Lebih yakin.
✅ Lebih faham konsep.
✅ Kurang tekanan apabila hampir SPM.

SPM bukan peperiksaan yang boleh dibuat persediaan dalam beberapa bulan.

Ia adalah perjalanan hampir dua tahun.

🎯 Sertai Kelas Persediaan SPM 2027 sekarang.

Bina asas yang kukuh sebelum orang lain mula mengejar.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

KALAU ANAK DIBERI PILIHAN, ADAKAH MEREKA AKAN TETAP MEMILIH KITA?Pernah terfikir soalan ini?Kalau anak-anak diberi pelua...
20/08/2026

KALAU ANAK DIBERI PILIHAN, ADAKAH MEREKA AKAN TETAP MEMILIH KITA?

Pernah terfikir soalan ini?

Kalau anak-anak diberi peluang untuk memilih…

Mereka akan pilih ibu yang selalu sabar?
Ayah yang sentiasa ada?
Atau mereka tetap akan pilih kita…
walaupun kita pernah marah,
pernah penat,
pernah meninggikan suara,
pernah terlalu sibuk,
dan pernah tidak memahami mereka?

Anak-anak sebenarnya tidak meminta ibu ayah yang sempurna.

Mereka cuma mahu rasa disayangi.
Mahu didengari.
Mahu dipeluk selepas dimarahi.
Mahu tahu bahawa rumah adalah tempat paling selamat untuk mereka p**ang.

Yang paling menyentuh…

Anak boleh menerima kekurangan kita, sedangkan kita kadang-kadang terlalu banyak menuntut kesempurnaan daripada mereka.

Kita mahu mereka pandai.
Kita mahu mereka berjaya.
Kita mahu keputusan mereka cantik.
Kita mahu mereka jadi anak yang membanggakan.

Tetapi dalam mengejar semua itu…

Jangan sampai anak membesar dengan rasa,
“Aku hanya disayangi apabila aku berjaya.”

Kerana suatu hari nanti,
mereka mungkin tidak ingat berapa A yang mereka dapat.

Tetapi mereka akan ingat…

bagaimana ibu dan ayah membuat mereka rasa tentang diri mereka sendiri.

Didik mereka untuk berjaya.
Bimbing mereka untuk menjadi hebat.

Tetapi jangan lupa…

peluk mereka dalam prosesnya. ❤️

Kerana anak-anak ini bukan milik kita selamanya.

Mereka adalah amanah Allah,
yang suatu hari nanti akan membawa cerita tentang kita
dalam hati mereka.

Semoga apabila mereka dewasa nanti,
mereka boleh berkata:

“Aku bersyukur Allah pilih mereka untuk menjadi ibu dan ayah aku.”

Semoga kita semua berjaya menjadi ibu dan ayah yang dapat menjalankan amanah Allah dengan sebaiknya.

20/08/2026

KATA ADJEKTIF - MATRIKS TAHUN 4

Anak hafal banyak kata adjektif, tapi adakah anak tahu maksud dan penggunaan yang sesuai ?

tonton video ini sampai habis

20/08/2026

KATA GANTI NAMA DIRI - MATIRKS T4

Tonton video ini sehingga habis dan anak akan belajar 1 kata ganti nama diri
Selain kata ganti nama diri dalam video ini, apakah kata ganti nama diri yang anda tahu?

Nak anak pandai, tapi nak pandai “express”. 😂Belajar hari ni.Esok terus nak boleh jawab semua jenis soalan.Minggu depan ...
19/08/2026

Nak anak pandai, tapi nak pandai “express”. 😂

Belajar hari ni.
Esok terus nak boleh jawab semua jenis soalan.
Minggu depan nak nampak result.

Tapi ibu ayah…

Belajar ni bukan macam bancuh 3-in-1. 😂

Ibu ayah tahu tak, antara punca pelajar susah nak dapat markah yang bagus sebenarnya bukan sebab mereka tak pandai?

Kadang-kadang…

mereka belum cukup lama belajar secara konsisten.

Berdasarkan pengalaman kami mengendalikan kelas tuition, perubahan yang ketara biasanya memerlukan masa, latihan dan konsistensi.

Sebab itu, dalam banyak kes, kami cadangkan ibu bapa beri sekurang-kurangnya 6 bulan untuk proses pembelajaran yang konsisten sebelum menilai perubahan anak.

Ya, minimum 6 bulan.

Bukan 2 minggu.
Bukan 1 bulan.
Dan bukan belajar seminggu sebelum exam. 😭

Kami pernah lihat pelajar yang pada awalnya mendapat gred yang rendah, tetapi selepas beberapa bulan mengikuti pembelajaran secara konsisten, prestasi mereka mula meningkat dengan ketara.

Tapi… memang bukan dengan usaha biasa-biasa.

Ada yang mengikuti private class 3–4 kali seminggu.

Di rumah p**a, ibu ayah bantu ulang kaji.
Latihan dibuat secara konsisten.
Soalan yang salah diperbaiki.
Topik yang belum dikuasai diulang semula.

Dan yang paling penting…

Tak berhenti hanya kerana result belum berubah.

Sebab kadang-kadang kita nampak anak belajar selama sebulan, tapi markah masih sama.

Terus kita rasa,

“Kenapa tak improve lagi?”

Sebenarnya, mungkin anak sedang membina asas yang kita belum nampak hasilnya.

Macam tanam pokok. 🌱

Kita siram hari ini.
Esok tengok… tak tumbuh.

Lusa tengok lagi…
Masih tak nampak apa-apa.

Tapi bukan bermaksud tiada apa yang berlaku.

Akarnya sedang tumbuh.

Begitulah juga proses belajar.

Apa yang anak belajar hari ini mungkin belum terus kelihatan pada markah.

Tetapi apabila dilakukan secara konsisten, sedikit demi sedikit, lama-lama kita akan mula nampak perubahan.

Jadi kalau hari ini markah anak masih belum seperti yang kita harapkan, jangan terlalu cepat label anak sebagai “tak pandai”.

Mungkin dia cuma perlukan…

lebih masa, lebih latihan dan lebih sabar. 🤍

🌱 Progress takes time.

Yang penting, jangan berhenti.
Kerana setiap anak tidak sama progress timeline nya. Tidak boleh pukul rata dan tidak boleh compare antara satu sama lain

Jadi kenalpasti dulu apa keperluan anak.

Address

C-13-03, Dataran Emerald, Jalan PS 11 Prima Selayang
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 12:00 - 22:00
Tuesday 12:00 - 22:00
Wednesday 12:00 - 22:00
Thursday 12:00 - 22:00
Friday 12:00 - 22:00
Saturday 08:30 - 17:00
Sunday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azzahra Home Tuition HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Azzahra Home Tuition HQ:

Shortcuts

Share