SRITI Gombak

SRITI Gombak Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Gombak

✨ Melahirkan Generasi Rabbani Murabbi ✨

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Gombak merupakan institusi pendidikan rendah Islam yang menggabungkan sistem pendidikan kebangsaan dan pendidikan Islam secara holistik. Kami bernaung di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak dan merupakan sebahagian daripada rangkaian SRITI seluruh negara.

🌱 Membina Generasi Rabbani Murabbi — itulah misi kami dalam mendidik anak-anak agar cemerlang dalam akademik, teras agama, akhlak dan kepimpinan sejak kecil lagi.

20/08/2026
🚐 Sumbangan Insurans & Roadtax Van SRITI GombakVan sekolah SRITI Gombak perlukan pembaharuan insurans & cukai jalan. Jom...
11/08/2026

🚐 Sumbangan Insurans & Roadtax Van SRITI Gombak

Van sekolah SRITI Gombak perlukan pembaharuan insurans & cukai jalan. Jom sama-sama ringankan beban ini!

🛡️ Insurans: RM1,199.37
🚘 Cukai Jalan: RM1,150.40
💰 Jumlah: RM2,369.77

"Sikit tanda ingat, banyak tanda ada."

Setiap sumbangan anda, tidak kira besar atau kecil, amat kami hargai dan menjadi saham akhirat buat kita bersama.

💳 MAYBANK ISLAMIC
5624 0563 3852 (SRITI GOMBAK SDN BHD)
Atau imbas QR code di atas.

Jazakumullahu khairan kathira. Semoga Allah membalas setiap sumbangan ikhlas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. 🤲

Alhamdulillah, secara rasminya hari ini tercatat satu detik bersejarah buat SRITI Al-Abqari Gombak.Dengan penuh rasa syu...
10/08/2026

Alhamdulillah, secara rasminya hari ini tercatat satu detik bersejarah buat SRITI Al-Abqari Gombak.

Dengan penuh rasa syukur, SRITI Al-Abqari Gombak kini telah memperoleh Pendaftaran Penuh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi tempoh 5 tahun, sehingga 31 Disember 2031.

Semoga pendaftaran penuh ini menjadi satu langkah besar dalam memperkukuhkan institusi pendidikan Islam serta memberikan keyakinan kepada ibu bapa untuk terus bersama-sama mendukung usaha melahirkan generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan proses ini.






10/08/2026

🔥 𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗛𝗔𝗧-𝗧𝗥𝗜𝗖𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 🔥
𝗝𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗨𝗚𝗔 𝗦𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲
🏆 5 EMAS | 5 PERAK | 4 GANGSA 🏆

Alhamdulillah! Syabas Kontinjen SRITI Selangor!

Untuk kali ketiga berturut-turut, SRITI Selangor sekali lagi membuktikan kehebatan di KESUGA SRITI Malaysia 2026 dengan mempertahankan gelaran JUARA KESELURUHAN!

Kejayaan ini adalah hasil semangat juang yang tinggi, disiplin yang utuh, serta doa dan sokongan padu seluruh warga SRITI Selangor. Kemenangan ini milik kita semua! 💪❤️💛

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua atlet, jurulatih, guru pengiring, serta penyokong yang tidak pernah putus memberi semangat. Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin untuk kecemerlangan yang berterusan! 🚀

𝗦𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥
"Membina Generasi Rabbani Murabbi"




10/08/2026

SRITI SELANGOR JUARA KESUGA KALI KE-7!

Pemuda PAS Selangor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh Kontinjen SRITI Selangor atas kejayaan cemerlang dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Dan Olahraga (KESUGA) SRITI Malaysia Kali Ke-7 Tahun 2026.

Kejayaan ini adalah hasil kesungguhan para pelajar, komitmen guru-guru, sokongan ibu bapa serta usaha seluruh warga SRITI yang sentiasa istiqamah dalam membina generasi Islam yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi kepada anak-anak muda Islam untuk terus cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kepimpinan, serta menjadi aset penting kepada agama, bangsa dan negara pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga SRITI Negeri Selangor



10/08/2026

🏆 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐀𝐇𝐑𝐀𝐆𝐀 (𝐊𝐄𝐒𝐔𝐆𝐀) 𝐒𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟕 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Alhamdulillah, KESUGA SRITI Malaysia Kali Ke-7 Tahun 2026 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.

🥇 𝐉𝐨𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧: 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫
🥈 𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐉𝐨𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧: 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡
🥉 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧: 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

Tahniah dan syabas kepada semua kontinjen, atlet, jurulatih serta pegawai yang telah memberikan komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan. 👏🏻

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan KESUGA SRITI Malaysia Kali Ke-7 Tahun 2026. 🌟

Jumpa lagi di KESUGA akan datang, insya-Allah! 🏆🇲🇾









TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SELURUH KONTINJEN SRITI GOMBAKAlhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua at...
05/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SELURUH KONTINJEN SRITI GOMBAK

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua atlet yang berjaya meraih pingat, para penerima Anugerah Khas, serta seluruh Kontinjen SRITI Gombak atas kejayaan dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan KESUGA Negeri Selangor 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha yang berterusan, disiplin yang tinggi, semangat kesukanan yang utuh serta kerjasama erat antara atlet, jurulatih, pengurus pasukan, ibu bapa dan seluruh warga SRITI Gombak.

Semoga setiap pencapaian yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan serta mengangkat nama SRITI Gombak pada masa akan datang.

Tahniah kepada semua. Segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat dan kejayaan yang dikurniakan.


Selamat berjuang!
21/07/2026

Selamat berjuang!

11/07/2026

Address

No 55A, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601113385849

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Gombak:

Shortcuts

Share