SK Sungai Kertas, Batu Caves

SK Sungai Kertas, Batu Caves Laman Rasmi SK Sungai Kertas, Batu Caves.

🌹 Selamat Hari Guru 2026 🌹Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PIBG SK Sungai Ke...
18/05/2026

🌹 Selamat Hari Guru 2026 🌹

Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PIBG SK Sungai Kertas 2026 atas segala usaha dan kerjasama dalam mengendalikan sambutan Hari Guru tahun ini.

Terima kasih juga kepada semua murid yang hadir serta memberikan hadiah dan penghargaan buat guru-guru SK Sungai Kertas. Segala ingatan dan kasih sayang amat dihargai.

Selamat Hari Guru kepada seluruh guru SK Sungai Kertas. Terima kasih cikgu! ✨

Pautan Facebook SK Sungai Kertas πŸ‘‡πŸ»

https://www.facebook.com/share/p/1EkUYWvjtY/?mibextid=wwXIfr

Link Gambar Hari Guru 2026 πŸ‘‡πŸ»

https://photos.app.goo.gl/24qromaorhRAR2hv8

18/05/2026
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAHTarikh  : 18 Mei 2026Hari      : IsninMasa   : 7.30 - 12.50 tghKehadiran Murid : Sem...
17/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 18 Mei 2026
Hari : Isnin
Masa : 7.30 - 12.50 tgh
Kehadiran Murid : Semua Murid Hadir Sesi Pagi
Pakaian : Uniform Sekolah
*Tak perlu bawa buku

MOHON TUAN PUAN URUSKAN PENGANGKUTAN PADA HARI TERSEBUT.

Happy Teachers Day...
"Terima Kasih Cikgu πŸ₯°"

πŸ₯°πŸ₯°

πŸ“’ HEBAHAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA πŸ“’Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊Dimaklumkan bahawa esok akan ada Pemeriksaan K...
08/05/2026

πŸ“’ HEBAHAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA πŸ“’

Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊

Dimaklumkan bahawa esok akan ada Pemeriksaan Kesihatan dan gerai jualan sempena Sukan Tahunan SK Sungai Kertas 2026 πŸŽ‰

🩺 Pemeriksaan Kesihatan
✨ Lebih 15 jenis ujian kesihatan
✨ Pemeriksaan gula dalam darah & tekanan darah secara PERCUMA
πŸ“… 09 Mei 2026
⏰ 7.30 pagi – 12.30 tengah hari

πŸ‰ Gerai Jualan
πŸ₯— Buah potong segar
πŸ› Nasi lemak
🍒 Lekor, nugget & cucuk-cucuk
πŸ₯€ Air balang
🍦 Aiskrim Malaysia
πŸ˜‹ Dan pelbagai lagi jualan menarik menanti anda.

πŸ’– Jom hadir dan datang beramai-ramai untuk memeriahkan Sukan Tahunan SK Sungai Kertas! πŸ’–

πŸ“’ HEBAHAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SUNGAI KERTAS 2026 πŸƒπŸ»β€β™‚οΈπŸƒπŸ»β€β™€οΈπŸ†Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa/penjaga....
07/05/2026

πŸ“’ HEBAHAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SUNGAI KERTAS 2026 πŸƒπŸ»β€β™‚οΈπŸƒπŸ»β€β™€οΈπŸ†

Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa/penjaga.

Dimaklumkan bahawa Kejohanan Sukan Tahunan SK Sungai Kertas 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ—“ Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)
πŸ“ Tempat: Padang SK Sungai Kertas

Pelbagai acara dan pertandingan akan berlangsung bagi mencungkil bakat serta semangat kesukanan dalam kalangan murid.

πŸ† Antara piala yang dipertandingkan:
β€’ Johan Rumah Sukan
β€’ Naib Johan Rumah Sukan
β€’ Johan Perbarisan
β€’ Naib Johan Perbarisan
β€’ Olahragawan
β€’ Olahragawati

Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran dan sokongan ibu bapa bagi memeriahkan kejohanan ini serta memberi semangat kepada anak-anak.

πŸ’ Bagi ibu bapa atau pihak yang berminat untuk menaja piala kejohanan, boleh berhubung dengan:
πŸ“ž PK Kokurikulum, Cikgu Julia
(019-552 5594)

Kerjasama dan sokongan semua amat dihargai. Terima kasih 🌟

πŸ“’ HEBAHAN PROGRAM KITAR SEMULA SKSK RECYCLENATORS ♻️Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa/penjaga.Dimaklumkan bah...
07/05/2026

πŸ“’ HEBAHAN PROGRAM KITAR SEMULA SKSK RECYCLENATORS ♻️

Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa/penjaga.

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Program Kitar Semula bagi memupuk kesedaran menjaga alam sekitar dalam kalangan murid di samping membantu menjana dana sekolah.

πŸ—“ Tarikh Pengumpulan:
12 & 13 Mei 2026 (Selasa & Rabu)

πŸ“ Tempat Pengumpulan:
Bilik Kitar Semula (Hujung Dewan)

πŸš› Hari Timbangan & Kutipan Lori MPS:
14 Mei 2026 (Khamis)

♻️ Antara bahan yang boleh dihantar:
β€’ Kertas putih & surat khabar
β€’ Botol plastik
β€’ Kotak & plastik keras
β€’ Tin minuman
β€’ Minyak masak terpakai
β€’ E-waste

πŸ“Œ Mohon kerjasama ibu bapa untuk:
βœ… Mengasingkan bahan mengikut kategori
βœ… Melabel nama murid dan kelas
βœ… Membersihkan bahan yang kotor sebelum dihantar

Terima kasih atas sokongan semua dalam mendidik anak-anak mencintai alam sekitar πŸŒ±πŸ’š

β€œKitar Semula Hari Ini, Masa Depan Lebih Lestari!”

πŸ“’ MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGAAssalamualaikum dan salam sejahtera,Dimaklumkan bahawa Perhimpunan Bulanan Kokurikul...
12/04/2026

πŸ“’ MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Perhimpunan Bulanan Kokurikulum akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 13 April 2026
⏰ Masa: 7.30 – 8.00 pagi
πŸ‘• Pakaian: Uniform Unit Beruniform / T-shirt Unit
πŸŽ– Unit Bertugas: TKRS

Sehubungan itu, semua murid diminta hadir ke sekolah dengan memakai uniform lengkap unit beruniform atau T-shirt unit masing-masing.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak ibu bapa amat dihargai bagi memastikan kelancaran perhimpunan ini.

Sekian, terima kasih.

πŸƒβ€β™‚οΈ MAKLUMAN: KEJOHANAN MERENTAS DESA SK SUNGAI KERTAS 2026 πŸƒβ€β™€οΈMakluman kepada semua ibu bapa dan murid, kejohanan aka...
05/02/2026

πŸƒβ€β™‚οΈ MAKLUMAN: KEJOHANAN MERENTAS DESA SK SUNGAI KERTAS 2026 πŸƒβ€β™€οΈ
Makluman kepada semua ibu bapa dan murid, kejohanan akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
β€’ Hari: Jumaat
β€’ Tarikh: 6 Februari 2026
β€’ Tempat: SK Sungai Kertas (Laluan Kg Sg Kertas - Kg Nakhoda)

⚠️ Pesanan Penting Untuk Murid:
1. Sila bawa bekalan air secukupnya.
2. Sila bawa buku mengikut jadual waktu selepas waktu rehat.
3. Pelajar dibenarkan memakai kasut sukan.

✨ Tahniah & Terima Kasih ✨Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Kecemerlangan Kurikulum & Kok...
18/12/2025

✨ Tahniah & Terima Kasih ✨

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Kecemerlangan Kurikulum & Kokurikulum SK Sungai Kertas atas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan. Semoga anugerah ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan waris atas sokongan, kerjasama serta komitmen yang padu dalam menjayakan program ini. Tanpa sokongan anda semua, kejayaan ini tidak mungkin tercapai.

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat. πŸŒΉπŸ‘

Link Gambar Majlis Anugerah Kecemerlangan πŸ‘‡πŸ»

https://photos.app.goo.gl/LUyjWJuK3tavvCBc8

SKSK Hebat, Cemerlang, Luar Biasa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program SKSK Got ...
17/12/2025

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program SKSK Got Talent 2025.

Terima kasih kepada para guru, murid-murid, ibu bapa/waris, jawatankuasa pelaksana serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas komitmen, kerjasama dan sokongan padu yang diberikan.

Program ini bukan sahaja berjalan dengan lancar, malah berjaya mencungkil bakat serta menyemarakkan semangat keyakinan diri murid-murid selaras dengan tema β€œBudaya Malaysia”.

Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan diberkati serta menjadi kenangan manis buat kita semua. 🌟

SKSK Hebat, Cemerlang, Luar Biasa.

Link Gambar Got Talent 2025 πŸ‘‡πŸ»

https://photos.app.goo.gl/mTpKyVtJ7WTkDAzd9

Address

Jalan Sungai Tua
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60361851767

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sungai Kertas, Batu Caves posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Sungai Kertas, Batu Caves:

Shortcuts

Share

Category