Masukipt.com

Masukipt.com

Share

Berbincang dan memberi panduan berkaitan pemilihan program pengajian dan kaedah mudah memilih IPT untuk kejayaan pelajar lepasan SPM/STPM dan setaraf.

SETIAP tahun terdapat ratusan ribu pelajar yang tamat SPM/STPM tetapi mereka tidak jelas halatuju selepas SPM/STPM. Mereka juga tidak tahu untuk memilih IPT yang mana satu untuk melanjutkan pengajian. Jika ANDA menghadapi masalah yang sama, JANGAN RISAU!! Page ini menyediakan pelbagai info terkini untuk anda.

HR. Ibnu Majah no915 01/12/2021

Doa dari Rasulullah SAW - Doa mohon ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima

Dari Ummu Salamah RA., ia berkata, "Ketika hendak salam dalam salat subuh, Nabi ﷺ mengucapkan,

للَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
"ALLAAHUMMA INNII AS ALUKA 'ILMAN NAAFI'AN WA RIZQAN THAYYIBAN WA 'AMALAN MUTAQABBALAN
(Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima). " (HR. Ibnu Majah: 915) -

HR. Ibnu Majah no915 'Ketika salam dalam shalat subuh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mengucapkan; 'ALLAHUMMA INNI AS`ALUKA ILMAN NAAFI'AN WA RIZQAN THAYYIBAN WA 'AMALAN MUTAQABBALAN (Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizki yang baik dan amal yang diterima). '

01/12/2021

Doa memohon ilmu yang bermanfaat, amal ibadah yang diterima dan rezeki yang lapang:

اَللهُمَّ اِنِّىْ اَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً وَرِزْقًا وَاسِعًا وَاِلَى الْخَيْرِ قَرِّبْنَا وَعَنِ الشَّرِّ بَعِّدْنَا

Artinya :

Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepada Engkau ilmu yang bermanfaat, amal perbuatan yang diterima, rizqi yang lapang, dan dekatkanlah daku kepada segala yang baik serta jauhkanlah daku dari segala yang buruk.

13/07/2020

Doa memohon ilmu yang bermanfaat yang dapat diamalkan:

اَللهُمَّ اِنِّىْ اَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً وَرِزْقًا وَاسِعًا وَاِلَى الْخَيْرِ قَرِّبْنَا وَعَنِ الشَّرِّ بَعِّدْنَا

Artinya :

Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepada Engkau ilmu yang bermanfaat, amal perbuatan yang diterima, rizqi yang lapang, dan dekatkanlah daku kepada segala yang baik serta jauhkanlah daku dari segala yang buruk.

16/05/2019

Kita semua.. suatu masa adalah murid atau pelajar atau mahasiswa atau apa jua istilahnya.. maknanya kita ada seorang guru atau beberapa orang guru yang mengajar kita, yang mendidik kita, yang membimbing kita menjadi orang yang celik huruf, menjadi orang yang celik akal.. jom kita ucapkan "Selamat Hari Guru" untuk semua guru. Cikgu, jasamu tetap terpahat di lubuk sanubari.. .Moga Allah kurniakan ganjaran dan barakahNya atas segala khidmat jasa cikgu mendidik kami. Tak mampu kami balas semua itu..

24/12/2018

Anda boleh tanya. Saya jawab insyaAllah

24/12/2018

adik2 ada persoalan mengenai peluang pengajian tinggi selepas SPM/STPM/Matrikulasi?

24/12/2018

Assalamualaikum. Moga anda semua dirahmati Allah jua.

05/04/2017

Sekarang musim temuduga jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Beberapa tip penting untuk anda yg akan pergi temuduga. 1. Ketahui dengan jelas, kenapa anda mohon jawatan PTD? Utk sumber pendapatan sajakah? Jika utk sara diri dan keluarga, anda ada ratusan kerjaya lain yg boleh juga anda terokai. Adakah untuk bergaya n glamour? Mungkin ada pelbagai profesion lain yg lebih glamour. Pada hemat saya, pegawai PTD bertanggungjawab sebagai penggubal dasar awam, perancang utama program/agenda pembangunan negara, pelaksana pelbagai projek/agenda pembangunan nasional, membuat penilaian dan mencari idea kreatif/inovatif utk terus memajukan perkhidmatan awam/kerajaan untuk masa hadapan ie 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun akan datang. Jadi perkhidmatan awam memerlukan bakat (talent) baharu yg dapat memenuhi tuntutan tsb. Adakah anda bersedia utk jadi sebahagian dari pasukan (team) ini? Jelaskan, dan beri hujah2 anda supaya panel temuduga yakin dgn kebolehan dan keupayaan anda menggalas cabaran besar ini. 2. Anda perlu membuat persediaan dari aspek mengetahui dasar2 awam/kerajaan dalam aspek pembangunan ekonomi dan pembangunan sosial terutama yg menyentuh pelan transformasi kerajaan (GTP) @ NKRA dan juga pelan transformasi ekonomi (ETP) @ NKEA. Teliti apakah isu2 atau cabaran untuk menjayakan GTP dan ETP tersebut. 3. Jadilah orang yg mengetahui/menyedari apa2 yg berlaku disekeliling anda, di dalam negara dan juga di luar negara. Apa pandangan dan idea anda untuk menjayakan agenda negara melalui TN50? Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung, tak tahu apa berlaku di sekeliling anda. Seseorang pegawai PTD perlu mendepani cabaran dan rintangan yg datang dari pelbagai penjuru dalam cabaran dunia global. 4. Hadir temuduga dengan penampilan yg bagus dengan pakaian yg bersesuai dan hadir awal di pusat temuduga. 5. Doa dan tawakkal. Jika anda ada rezeki jadi PTD dan ditakdirkan jadi PTD, ianya akan jadi milik anda. Ingatlah jika anda berjaya sebagai PTD anda ada tanggungjawab besar untuk ditunaikan. Jika anda gagal dapat jawatan PTD, mungkin rezeki anda ada ditempat lain, jangan berputus asa. Allah maha pemurah, memberi rezeki kepada kita. Tidak ada impian terlalu tinggi, hanyalah usaha yg kurang gigih. Bertawakkal selepas berusaha dan berdoa. Selamat maju jaya. TK

27/03/2017

*PESTA KERJAYA 2017 (CP17)*
*Universiti Malaya*

🗒 Tarikh: 12-13 April 2017
🏢 Tempat: Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya
⏰ Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

SENARAI MAJIKAN/SYARIKAT SERTAI SEPERTI BERIKUT:

1. Tenaga Nasional Berhad
2. Robert Bosch Sdn Bhd
3. Hong Leong Manufacturing Group
4. Gamuda Berhad
5. Nippon Paint (M) Sdn Bhd
6. Huawei Technologies (M) Sdn Bhd
7. Top Glove Sdn Bhd
8. Public Bank
9. ON Semiconductor Malaysia Sdn Bhd
10. Telekom Malaysia Berhad
11. Daikin Malaysia Sdn Bhd
12. UEM Group Berhad
13. IPSOS Sdn Bhd
14. Micron Semiconductor Malaysia Sdn Bhd
15. Juris Technologies Sdn Bhd
16. TFM Foundation
17. Hartalega Sdn Bhd
18. Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd
19. Pricewaterhousecoopers Associates Sdn Bhd
20. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
21. Kossan Rubber Industries Bhd
22. Prudential Assurance (M) Bhd
23. Coca Cola Bottlers Malaysia
24. ICAEW Malaysia Limited
25. Capital Dynamics Sdn Bhd
26. Ramco Systems Sdn Bhd
27. Materialise Sdn Bhd
28. Pembinaan Mitrajaya Berhad
29. Public Mutual Berhad
30. OSK Holdings Berhad
31. Kuala Lumpur Kepong Berhad
32. Toyota Tsusho (Malaysia) Sdn Bhd
33. CP Ardent Advisory Sdn Bhd
34. CIMB Bank Berhad
35. Citibank Berhad
36. Honda Malaysia Sdn Bhd
37. Cheng & Co
38. Berjaya Corporation Berhad
39. R.E.A.L Education Group Sdn Bhd
40. Panasonic Group Malaysia Sdn. Bhd.
41. Ernst & Young Advisory Services Sdn Bhd
42. United Overseas Bank (Malaysia) Berhad
43. Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd
44. Amkor Technology Malaysia Sdn Bhd
45. Plexus Manufacturing Sdn Bhd
46. JobsMalaysia
47. SWM Environment Sdn Bhd
48. Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd
49. Schlumberger
50. Astro Group Services Sdn Bhd
51. Malayan Flour Mills Berhad
52. Pharmaniaga Berhad
53. Malaysian Resources Corporation Berhad
54. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
55. Graduan
56. GTI

Kepada mahasiswa/i atau alumni yang ingin mencari peluang pekerjaan bolehlah hadir dan bawa resume anda bersama.

Sekian terima kasih.
====================
👆🏼Sila Share

Want your school to be the top-listed School/college in Batu Caves?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


No A-8-1, Blok A, Medan Selayang
Batu Caves
68100