SRITI BATU MUDA

Call Directions Website Contact the school

SRITI BATU MUDA Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Batu Muda adalah institusi pendidikan komprehensif peringkat rendah yang meneruskan kesinambungan PASTI

πŸ“š SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSRA πŸ“šSelamat maju jaya buat semua murid SRITI Batu Muda yang akan menduduki Peperiksaa...
05/10/2026

πŸ“š SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSRA πŸ“š

Selamat maju jaya buat semua murid SRITI Batu Muda yang akan menduduki Peperiksaan UPSRA pada 5–8 Oktober 2026.

Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, mempermudah segala urusan serta mengurniakan keputusan yang cemerlang atas segala usaha dan kesungguhan kalian.

Bittaufiq wannajah! 🀲🏻✨

04/10/2026

Selamat maju jaya buat anak-anak SRITI Batu Muda yang akan menduduki Peperiksaan UPSRA pada minggu hadapan dan UPKK pada bulan hadapan.

Usaha telah dilakukan, ilmu telah dipersiapkan, doa sentiasa mengiringi. Kini, bertawakal dan serahkan segalanya kepada Allah SWT.

Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan dalam menjawab dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang.

Semoga kejayaan menjadi milik kalian. 🀲🏻✨

بِالΨͺΩŽΩ‘ΩˆΩ’ΩΩΩŠΩ’Ω‚Ω ΩˆΩŽΨ§Ω„Ω†ΩŽΩ‘Ψ¬ΩŽΨ§Ψ­Ω

🌱 KEMPEN INFAQ ISTIQAMAH 🌱Jom bersama menyumbang serendah RM10 untuk Dana Pembangunan & Penyelenggaraan SRITI Batu Muda....
02/10/2026

🌱 KEMPEN INFAQ ISTIQAMAH 🌱

Jom bersama menyumbang serendah RM10 untuk Dana Pembangunan & Penyelenggaraan SRITI Batu Muda.

πŸ“² Imbas QR untuk menyumbang.
🀲 Semoga menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Sedikit tetapi istiqamah, besar manfaatnya.

30/09/2026

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPKK
SRITI BATU MUDA

30/09/2026

Hari Kedua : Bengkel BTMS UPSRA Anjuran SRITI Batu Muda dengan kerjasama SRITI Segambut & SRITI Ibnu Falah Putrajaya.

29/09/2026

Bengkel BTMS UPSRA Anjuran SRITI Batu Muda dengan kerjasama SRITI Segambut & SRITI Ibnu Falah Putrajaya.

28/09/2026

πŸ“’ MEMO HEBAHAN
PENGAMBILAN MURID SRITI BATU MUDA SESI 2027

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa SRITI Batu Muda kini membuka pengambilan murid bagi sesi persekolahan 2027 seperti berikut:

🟒 KEMASUKAN TAHUN 1 – SARINGAN 2

πŸ‘¦πŸ»πŸ‘§πŸ» Kekosongan: 20 tempat sahaja
πŸ“… Tarikh Tutup: 25 September 2026

Permohonan adalah tertakluk kepada Ujian Saringan Kemasukan Tahun 1.

🟑 KEKOSONGAN MURID SESI 2027

πŸ“š Tahun 3 – 11 kekosongan
πŸ“š Tahun 4 – 9 kekosongan
πŸ“š Tahun 6 – 12 kekosongan

πŸ“… Tarikh Tutup: 11 Disember 2026

SRITI menawarkan pendidikan yang seimbang merangkumi:

πŸ“– Pendidikan berteraskan Al-Quran & Sunnah
πŸŽ“ Akademik KSSR
πŸ•Œ Pendidikan Diniyyah
πŸ“š Hafazan Al-Quran
🌱 Pembentukan sahsiah & disiplin
⚽ Kokurikulum yang seimbang

πŸ“² PENDAFTARAN

https://linktr.ee/sritibatumuda

➑️ Klik β€œPENDAFTARAN 2027”
➑️ Maklumat yuran: β€œSTRUKTUR YURAN DAN SERAGAM”

πŸ“ž Pertanyaan:
010-537 4720 (Admin)

⚠️ TEMPAT ADALAH TERHAD!
Pendaftaran boleh ditutup lebih awal sekiranya kuota telah dipenuhi.

Mohon jasa baik semua guru, ibu bapa, alumni dan warga SRITI untuk membantu menyebarluaskan hebahan ini kepada keluarga, sahabat dan komuniti setempat.

SRITI BATU MUDA
Membina Generasi Rabbani, Cemerlang Dunia & Akhirat

31/08/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π˜π€ππ† πŠπ„-πŸ”πŸ—

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. Kemerdekaan menurut Islam ialah kebebasan akal, jiwa dan fizikal daripada segala bentuk penjajahan yang merosakkan akidah, amalan dan akhlak manusia.

Kemerdekaan juga membebaskan manusia daripada belenggu perhambaan sesama manusia kepada pengabdian hanya kepada Allah SWT. Pengabdian kepada Allah mendidik seseorang agar tunduk dan patuh kepada segala perintah-Nya dalam setiap aspek kehidupan.

SRITI Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69 kepada seluruh warga SRITI dan rakyat Malaysia. Hargailah nikmat kemerdekaan dengan mengenang pengorbanan para pejuang terdahulu yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi agama, bangsa dan negara.

β€œπ†π„ππ„π‘π€π’πˆ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€, πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀”








🌈 SELAMAT BERCUTI ANAK-ANAK SRITI! 🌈Manfaatkan cuti dengan sebaiknya. 😊Luangkan masa bersama ibu ayah dan keluarga, bant...
30/08/2026

🌈 SELAMAT BERCUTI ANAK-ANAK SRITI! 🌈

Manfaatkan cuti dengan sebaiknya. 😊
Luangkan masa bersama ibu ayah dan keluarga, bantu mereka di rumah serta sentiasa jaga adab walau di mana berada.

πŸ•Œ Solat jangan lupa, walaupun sedang bercuti atau berjalan-jalan.
πŸ“– Luangkan sedikit masa untuk membaca Al-Quran dan mengulang kaji pelajaran.
πŸ’ͺ Kesihatan perlu dijaga β€” makan dengan baik, minum air secukupnya dan jangan terlalu leka bermain.
❀️ Jaga diri, jaga keselamatan dan dengar nasihat ibu ayah.

Yang balik kampung atau pergi bercuti, semoga perjalanan dipermudahkan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. 🀲🏻

πŸŒ™βœ¨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H βœ¨πŸŒ™Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ...
25/08/2026

πŸŒ™βœ¨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H βœ¨πŸŒ™

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati sirah, akhlak dan perjuangan Baginda.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus subur dalam jiwa serta menjadi panduan dalam membentuk generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω

πŸ’š Ikhlas daripada
Warga SRITI Batu Muda




Address

NO. 17-G, Jalan 60/10, KOP BUSINESS CENTRE, TAMAN KOPERASI POLIS , , FASA 2, Kuala Lumpur
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30

Telephone

+60105374720

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI BATU MUDA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI BATU MUDA:

Shortcuts

Share

Category