Akademi Autisme Insani

Call Directions Website Contact the school

Akademi Autisme Insani Any Inquires :-
Email : [email protected]
Tel : +6031281242
HP: +60193811601

Kini, kanak-kanak menghidap autisme lebih ramai berbanding barah, kencing manis atau AIDS.*

Anda boleh membantu kanak-kanak di Akademi Autisme INSANI dengan menghulurkan sumbangan bagi membiayai yuran mereka. Setiap sen yang anda hulurkan akan dimanfaatkan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan bagi memastikan kanak-kanak autistik mendapat peluang terbaik untuk mengharung kehidupan.

* http://www.autismspeaks.org/what-autism/facts-about-autism

02/10/2026

Menghasilkan bunga 🌹 menggunakan batang sawi putih dengan teknik capan
Objektif :
1. Meningkatkan kemahiran motor halus – murid menggunakan tangan untuk memegang batang pak choi dan mencap pada kertas.
2. Menguatkan koordinasi mata dan tangan – murid belajar mengawal pergerakan tangan mengikut kedudukan cap.
3. Merangsang kreativiti dan imaginasi – murid menghasilkan corak bunga ros menggunakan bahan semula jadi.
4. Meningkatkan fokus dan tumpuan – murid perlu memberi perhatian semasa mencelup warna dan membuat capan.
5. Mengenal warna dan bentuk – membantu murid mengenal warna serta mengenal pasti bentuk bunga.
6. Meningkatkan kemahiran sensori – memberi pengalaman menyentuh, memegang dan menggunakan bahan serta tekstur yang berbeza.




02/10/2026

👣 FEET SENSORY WALK🌿

Objektif:

* Merangsang deria sentuhan 👣
* Mengenal pasti pelbagai tekstur
* Meningkatkan toleransi sensori
* Melatih keseimbangan dan koordinasi
* Meningkatkan keyakinan diri murid ✨




28/09/2026

AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH : TERAPI BERKUDA🐴🩵




28/09/2026

KEMAHIRAN MOTOR KASAR & HALUS PRA VOKASIONAL 💙
Manfaat Aktiviti :

* Melatih koordinasi mata-tangan, kawalan kekuatan otot tangan (genggaman), serta kemahiran motor halus yang penting untuk aktiviti harian seperti makan sendiri dan menulis.

* Menguatkan sistem vestibular (keseimbangan badan), otot teras, dan kesedaran tentang kedudukan tubuh di dalam ruang (proprioception).

* Membina kekuatan otot belakang dan perut, meningkatkan kestabilan postur badan, serta melatih fokus kognitif berganda (dual-tasking) semasa menstabilkan diri.

* Meningkatkan perancangan motor (motor planning), kelenturan badan, serta membantu kanak-kanak belajar bagaimana untuk mengemudi tubuh mereka melepasi ruang yang sempit.




18/09/2026

Tajuk Aktiviti:
Eksplorasi Sensori Tepung Jagung (Oobleck) & Mencari Shell

Objektif:

* Meneroka tekstur tepung jagung yang cair dan menjadi lebih keras apabila ditekan.
* Merangsang deria sentuhan.
* Meningkatkan koordinasi mata dan tangan melalui aktiviti mencari shell.
* Menggalakkan penerokaan sensori dan rasa ingin tahu.

04/09/2026

Tajuk: Cop Nama Nabi Muhammad SAW Menggunakan Watercolour

Objektif:

* Mengenali dan mengingati nama Nabi Muhammad SAW.
* Memperkenalkan sambutan Maulidur Rasul kepada murid.
* Merangsang deria penglihatan dan sentuhan melalui aktiviti mewarna dan mengecop.
* Meningkatkan kemahiran motor halus melalui penggunaan watercolour.
* Memupuk rasa cinta dan penghormatan terhadap Nabi Muhammad SAW.




Address

Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00

Telephone

+60193811601

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Autisme Insani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akademi Autisme Insani:

Shortcuts

Share

Category