Sekolah Kebangsaan Taman Selasih

Sekolah Kebangsaan Taman Selasih

Share

SK Taman Selasih, Batu Caves Selangor. BBA7221 | TS25 Kohort 6
Merealisasikan Impian & Harapan

Photos from Sekolah Kebangsaan Taman Selasih's post 01/05/2026

Majlis penyampaian hadiah bagi acara akhir lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru telah berlangsung dengan lancar dan penuh meriah. Para pemenang diraikan atas pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan sepanjang pertandingan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas usaha dan dedikasi yang tinggi. Tidak dilupakan juga kepada semua peserta yang telah memberikan saingan sengit serta mempamerkan semangat kesukanan yang terpuji.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus aktif dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan.

Photos from Sekolah Kebangsaan Taman Selasih's post 01/05/2026

Acara tarik tali sempena Kejohanan Olahraga Tahunan telah berlangsung dengan jayanya, diiringi sorakan gemuruh daripada para murid dan guru. Semua peserta mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi serta kerjasama berpasukan yang amat membanggakan.

Berdasarkan keputusan peringkat separuh akhir, perlawanan akhir bagi kategori lelaki akan menyaksikan persaingan antara Rumah Bendahara dan Rumah Bentara. Manakala bagi kategori perempuan, Rumah Bendahara akan bertemu Rumah Laksamana pada hari kejohanan nanti.

Semoga semua pasukan terus bersemangat dan memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan akhir kelak.

Photos from Sekolah Kebangsaan Taman Selasih's post 27/04/2026

Tahniah Pasukan Tenis SK Taman Selasih! ๐ŸŽพ

Pasukan tenis sekolah telah menyertai Kejohanan Tenis MSSD Gombak 2026 yang berlangsung pada 13โ€“16 April 2026 di INTAN Bukit Kiara dan berjaya mencatatkan pencapaian membanggakan.

Penerima & pencapaian:
โ€ข Adam Wafiq bin Musa Al Karim โ€“ Lelaki Bawah 8 Tahun (Emas) ๐Ÿฅ‡
โ€ข Muhammad Iman Syamil bin Izuan Hon โ€“ Lelaki Bawah 12 Tahun (Gangsa) ๐Ÿฅ‰
โ€ข Aisyah Humaira binti Musa Al Karim โ€“ Perempuan Bawah 12 Tahun (Emas) ๐Ÿฅ‡

Syabas dan tahniah kepada semua pemain atas kejayaan ini!

Photos from Sekolah Kebangsaan Taman Selasih's post 27/04/2026

Tahniah Team Sekaseh Archery! ๐ŸŽฏ

Pada 20โ€“24 April, pasukan memanah SK Taman Selasih telah menyertai MSSD Gombak di SMK Gombak Setia dengan pencapaian yang membanggakan.

๐ŸŒŸ Johan Keseluruhan Individu Lelaki:
Arif Arsyad (6 Ikhlas) โ€“ layak ke MSSS

Penerima & pencapaian:
โ€ข Arif Arsyad Bin Abdul Rahman (6 Ikhlas)
Emas (Individu Keseluruhan), Emas (25m), Perak (40m), Gangsa (Berpasukan), Gangsa (Olimpik Individu), Gangsa (Olimpik Berpasukan), Gangsa (Mixed Team)

โ€ข Aydid Muezz Bin Ahmad Zuhril (4 Harmoni)
Gangsa (Berpasukan), Gangsa (Olimpik Berpasukan)

โ€ข Aydin Faheem Bin Fakrulradhi (4 Harmoni)
Gangsa (Berpasukan), Gangsa (Olimpik Berpasukan)

โ€ข Muhammad Aliff Ziyad Bin Mohd Azhar (4 Sabar)
Gangsa (Berpasukan), Gangsa (Olimpik Berpasukan)

โ€ข Hana Nurjanah Binti Herman (5 Harmoni)
Gangsa (Mixed Team)

Syabas dan tahniah kepada semua pemanah. Semoga terus cemerlang! ๐Ÿ’ช

20/04/2026

Tarikh-tarikh penting bagi murid Tahap 2 SK Taman Selasih sebelum tiba Hari Kejohanan Olahraga Tahunan pada 9 Mei 2026 (Sabtu).

Photos from Sekolah Kebangsaan Taman Selasih's post 17/04/2026

Tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Taman Selasih atas kejayaan cemerlang dalam Karnival Al-Quran & Kesenian Peringkat Daerah Gombak ๐ŸŽ‰

๐Ÿ† Johan Khat (Lelaki & Perempuan)
Raja Muhammad (6 Harmoni)
Az-Zahra Aisyah Khawlah (5 Lestari)

๐Ÿฅ‰ Tempat Ke-3 Tilawah (Lelaki)
Nik Ahmad Darius Mirza (6 Setia)

๐Ÿ… Tempat Ke-4 Hafazan (Lelaki)
Muhamad Hariz Ihsan (6 Setia)

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih murid-murid, bimbingan guru serta sokongan semua pihak. Teruskan melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama SEKASEH ๐Ÿ’ชโœจ

Photos from Sekolah Kebangsaan Taman Selasih's post 30/03/2026

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Taman Selasih Sesi 2026/2027

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua barisan ahli jawatankuasa yang telah dilantik. Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa terus diperkukuhkan demi kecemerlangan anak-anak SK Taman Selasih.

- UMD SKTS 2026 -

11/03/2026

MAKLUMAN CUTI
Sempena Hari Raya Aidilfitri

- 18 - 29 Mac 2026 (Termasuk Cuti Tambahan KPM)
- Kembali ke sekolah pada 30 Mac 2026

11/03/2026

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN SELASIH KALI KE-35

Rujuk infografik untuk maklumat lanjut. Pelbagai hadiah cabutan bertuah menanti kehadiran anda.

Jika anda berminat untuk hadir, jemput isi form di bawah: https://forms.gle/pJJiRaQK5eTXCq5U6

Terima kasih atas kerjasama semua.

11/02/2026

MAKLUMAN CUTI
Sempena Tahun Baru Cina

- 16 - 20 Februari 2026
- Kembali ke sekolah pada 23 Februari 2026

Want your school to be the top-listed School/college in Batu Caves?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Taman Selasih Fasa 2
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00