PASTI Al Qamar Taman Changkat Desa

PASTI Al Qamar Taman Changkat Desa

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PASTI Al Qamar Taman Changkat Desa, School, No 14 Jalan 1/7 Taman Changkat Desa Batu Caves, Batu Caves.

PASTI mempunyai 2 program:-

PROGRAM: PASTI
OPERASI:
ISNIN-KHAMIS: 7.30 AM - 12.30 PM
JUMAAT: 7.30 AM - 5.30 PM

PROGRAM: SMARTPASTI
OPERASI:-
ISNIN-JUMAAT:
7.30 AM - 5.30 PM

04/05/2026

𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗟𝗔 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗞 𝗕𝗢𝗟𝗔 𝗝𝗔𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗧𝗨

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan, PASTI AlQamar berjaya mendapat tempat KETIGA bagi Kejohanan Bola Sepak Bola Jaring PASTI Batu 2026 yang telah berlangsung pada 2 Mei 2026, hari Sabtu bertempat di SLK Sport Centre, Batu Muda.

Pasukan bola sepak dan bola jaring yang berjaya mengharungi perlawanan peringkat kumpulan dengan mara ke peringkat seterusnya dengan rekod tanpa kalah.

Tahniah buat para pengurus dan guru PASTI AlQamar yang tidak jemu melatih anak-anak sehingga ke tahap ini.

Satu pengalaman dan memori yang sangat indah dan gembira buat semua.

Tahniah anak-anak yang sangat hebat dan berjuang dengan all out.

Tahniah semua!

27/03/2026
Di Sini Kami Berkumpul (VIDEO MUZIK) 18/02/2026

Di Sini Kami Berkumpul (VIDEO MUZIK) Assalamualaikum. Selamat datang ke saluran rasmi TV PASTI di YouTube. Sila subscribe untuk menonton lebih banyak video pendidikan yang bakal kami sajikan di ...

18/02/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina, kami daripada PASTI Wilayah Persekutuan ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua khususnya di Wilayah Persekutuan.

Semoga tahun yang baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, kejayaan serta memperkukuhkan lagi semangat kekeluargaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Kepelbagaian budaya adalah kekuatan kita bersama. PASTI WP komited untuk terus bersama seluruh rakyat Malaysia menyuburkan keharmonian demi kesejahteraan tanpa mengira kaum dan agama.

Gong Xi Fa Cai.
Xin Nian Kuai Le.

18/02/2026

🌙 𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐈 𝐂𝐈𝐋𝐈𝐊

Panduan untuk Ibu Bapa PASTI

✨ 1. 𝑷𝒆𝒓𝒌𝒆𝒏𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝑹𝒂𝒎𝒂𝒅𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑪𝒆𝒓𝒊𝒂
Ceritakan keindahan bulan Ramadan dan ganjaran pahala dengan bahasa mudah dan positif.

🕰 2. 𝑳𝒂𝒕𝒊𝒉 𝑷𝒖𝒂𝒔𝒂 𝑺𝒆𝒄𝒂𝒓𝒂 𝑩𝒆𝒓𝒕𝒂𝒉𝒂𝒑
Mulakan dengan beberapa jam atau separuh hari mengikut kemampuan anak.

🕌 3. 𝑩𝒊𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑺𝒐𝒍𝒂𝒕 & 𝑫𝒐𝒂
Ajak anak solat bersama dan ajar doa berbuka serta zikir ringkas.

📖 4. 𝑯𝒊𝒅𝒖𝒑𝒌𝒂𝒏 𝑨𝒍-𝑸𝒖𝒓𝒂𝒏 𝒅𝒊 𝑹𝒖𝒎𝒂𝒉
Bacakan surah-surah pendek dan kisah nabi sebelum tidur.

🤝 5. 𝑮𝒂𝒍𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒅𝒆𝒌𝒂𝒉 & 𝑨𝒌𝒉𝒍𝒂𝒌 𝑩𝒂𝒊𝒌
Sediakan tabung Ramadan dan puji setiap kebaikan yang dilakukan.

💛 6. 𝑱𝒂𝒈𝒂 𝑲𝒆𝒔𝒊𝒉𝒂𝒕𝒂𝒏 & 𝑹𝒆𝒉𝒂𝒕
Pastikan sahur seimbang, cukup air dan waktu tidur mencukupi.


18/02/2026

Semoga Ramadan pada tahun ini meningkatkan ketaqwaan kepada Sang Pencipta

Selamat Berpuasa dari Warga Pasti Al-Qamar kepada seluruh umat Islam

01/02/2026

“Ya Allah, hadirkanlah ke atas kami bulan Ramadan dengan keamanan dan keimanan, kesejahteraan dan Islam, serta taufik untuk melakukan apa yang Engkau cintai dan Engkau redai, wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.
Ya Allah, bantulah kami di bulan Ramadan untuk berpuasa dan mendirikan solat. Ya Allah, jadikanlah kami dalam kalangan orang yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada-Mu. Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadan, dan sampaikanlah Ramadan kepada kami.”

Photos from PASTI Wilayah Persekutuan's post 01/02/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Batu Caves?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


No 14 Jalan 1/7 Taman Changkat Desa Batu Caves
Batu Caves
68100