27/02/2025
الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات
Telah disempurnakan Majlis Tausiyyah Bersama Maulana Qari Muhammad Yassin حفظه الله bersama anakanda beliau berdua iaitu M***i Jamilurrahman حفظه الله dan Maulana A'zizurrahman حفظه الله . Selain itu turut hadir tetamu daripada Pakistan juga iaitu Maulana Qari Saifurrahman حفظه الله , Maulana Qari Ahmad Shah حفظه الله , anakanda M***i Jamilurrahman Maulana Abdullah Jamilurrahman حفظه الله dan mutarjim (penterjemah) Ustaz Zahid حفظه الله .
Semoga Allah Ta'ala menurunkan kepada kita ilmu yang bermanfaat , berkah , maghfirah , redha dan diterima amal soleh disebabkan kehadiran mereka dan tausiyyah mereka kepada kita . اللهم آمين
Terima-kasih diucapkan dan جزاهم الله عنا خير الجزاء kepada tetamu-tetamu kita sudi menziarahi , menerima undangan kita dan juga berkongsi ilmu kepada kita semua . Semoga Allah memanjangkan usia mereka dan kita untuk melakukan amal soleh . Disamping itu , terima-kasih juga diucapkan kepada guru-guru Banin & Banat Matiz serta pelajar-pelajar kerana khidmat untuk menjayakan majlis ini .
Lokasi di Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah Lil Banat , Bukit Lanchong , Shah Alam .