Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak

Share

Himpunan pelajar, guru, bekas pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak. Memberi infomasi semasa berkenaan Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak.

25/04/2024

nak cerita lagi pasal air cond ❄️

mitos pasal mode aircond.
nak sejuk, guna cool mode, tapi elektrik kuat.
tapi,
nak jimat elektrik guna dry mode, tapi kurang sejuk.

👆🏻 ramai yang dok bawa mitos ni.

korang tahu tak aircond kat rumah korang tu ada 3 mode sebenarnya, bukan 2.
dan setiap mode ni digunakan pada situasi yang berbeza.
bukannya, bila nama je aircond semua nak cerita pasal sejuk je.

HVAC
Heat, Ventilation and Air Condition

aku akan terangkan dalam bahasa MELAYU, menggunakan term bahasa MELAYU.
sebab dalam cerita aku yang sebelum ni, aku dah tulis dalam bahasa MELAYU tapi ramai orang MELAYU yang tak paham.
aku sendiri pon tak paham macam mana orang MELAYU sendiri tak paham bahasa MELAYU.

dalam HVAC takde sikit pon sebut pasal sejuk.
AC kat belakang tu adalah air condition atau dalam bahasa Melayu, PENYAMAN UDARA.

kalau nak sejuk, dia panggil cool room ( bilik sejuk ) yang orang letak sayur2 dalam store supermarket atau freeze room yang orang letak ayam beku, daging beku atau ikan beku tu.
korang gi duduk dalam bilik2 tu sejam dua, korang rasa nyaman ke tak? bilik sejuk giler tu.

sapa yang ajar sejuk tu nyaman?





HVAC ni, bukan cerita pasal sejuk sahaja.
korang kena ambil tahu pasal humidity ( kelembapan ),
korang kena ambil tahu pasal ventilation ( aliran udara )
korang kena ambil tahu pasal heat ( haba )
korang kena tahu pasal human body science ( sains tubuh badan manusia )

ni nak bagitau korang satu benda yang korang rasa selalu, tapi korang tak tahu kenapa, sebab korang tak tahu sains tubuh badan manusia.

hari cerah dan panas ( suhu 35C ), angin sempoi2, korang duduk kat luar rumah, bawah pokok. korang rasa nyaman.
tengah2 panas tu tiba2 hujan turun renyai2. suhu turun 33C, korang rasa panas, tak nyaman, rimas.

ha,
terangkan kenapa jadi macam tu, suhu makin sejuk tapi korang rasa makin panas?
dari segi sains, subjek sains sekolah menengah ni.
kalau nak sembang palautau pon silakan.

aku berenti kat sini,
nak tengok dulu jawapan korang tu.

p/s:
nak ilmu orang, kena la ada adab.
bukan kurang ajar dan takde adab.

kalau tak paham, tanya elok2, bukan main sembur je macam takde otak.
itu orang panggil bodoh sombong.

Kredit : Bro-Shamsulnubairi

09/02/2022

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Makluman Kpd Ibubapa yg terlibat ‼️‼️‼️
Pengesahan Murid Tahun 1/2022 SK Taman Seri Gombak telah berakhir pada 31 Januari 2022...

Bagi ibubapa yg belum membuat Pengesahan Penempatan, agar dapat membuat Pengesahan segera di pejabat sekolah bagi memudahkan urusan kemasukkan murid2 baru tahun 1/2022 berjalan dengan lancar.
Tarikh akhir pengesahan dilanjutkan sehingga 18/2/2022
Boleh hubungi di no.telefon 03-61894886 jika ada sebarang pertanyaan.
Terima kasih.

24/09/2021

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA KEPADA SEMUA MURID-MURID SK TAMAN SERI GOMBAK.

JOM SERTAI PROGRAM MY WALK, MY RIDE PERINGKAT SEKOLAH.

KENAPA KAMU PERLU SERTAI????
KERANA HADIAH YANG DISEDIAKAN SANGAT BESTTTTT!!!!!

PEMENANG ADALAH MENGIKUT PENYERTAAN PALING BANYAK SETIAP KELAS.

UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG CARA-CARA MELAKUKAN PROGRAM INI, JOM DENGAR TAKLIMAT TENTANG PELAKSANAAN PROGRAM MY WALK MY RIDE DENGAN LEBIH TERPERINCI LAGI MENGIKUT KETETAPAN SEPERTI BERIKUT:

MASA : 3.00 PETANG (JUMAAT)
TARIKH : 24 SEPTEMBER 2021
LINK : SECARA LIVE GOOGLE MEET
*LINK AKAN DIBERIKAN 30 MIN
SEBELUM.

DAN YANG PALING MENARIK, PENYERTAAN KAMU DI PERINGKAT SEKOLAH SECARA AUTOMATIK AKAN DIDAFTARKAN DI PERINGKAT DAERAH.

JADI JANGAN LUPA TAKLIMAT PETANG INI YE.

28/08/2021

Makluman : Untuk semua ibubapa murid Tahun 6, permohonan ke sekolah khas bagi MRSM akan dibuka bermula pada :

Tarikh Permohonan: 29 Ogos 2021
Tarikh Tutup : 5 November 2021

Bagi ibubapa yang berminat untuk memohon, boleh lah melayari portal rasmi seperti yang tertera pada poster.

28/08/2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua warga SEMARAK. Inshaallah pihak admin akan kembali penuhkan info berkenaan sekolah semula. Terima kasih dan maaf atas segala kesulitan

Photos from Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak's post 13/09/2020

Dukacita dimaklumkan telah berpulangnya cikgu Sharwani bt Awang ke alam abadi. Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya ke atas roh dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Cikgu Sharwani Awang adalah guru matematik tahun 6 dan juga penasihat pengakap SEMARAK.

PUBGM Generasi Esukan Selangor | Toornament - The esports technology 19/07/2020

PERTANDINGAN GENERASI E-SUKAN SEKOLAH SELANGOR 2020

Perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, tujuan penganjuran Generasi E-Sukan Selangor adalah untuk membendung isu ketidakhadiran murid dan meningkatkan sahsiah murid dengan pengisian yang dapat menerapkan elemen sihat semasa permainan e-sukan dilaksanakan.

3. Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa GenBijakDotMy Sdn. Bhd. dan Persatuan E-Sukan Selangor merupakan rakan sinergi Jabatan Pendidikan Selangor bagi menjayakan penganjuran program ini.

4. Justeru, pihak JPN Selangor berharap setiap sekolah boleh membentuk pasukan e-sukan sekolah masing-masing untuk menyertai pertandingan ini. Berikut adalah butiran pautan bagi pendaftaran pertandingan ini :

Tarikh : Hari Sabtu & Ahad bermula 25 Julai 2020
Lokasi Tournament : Rumah Masing-masing
Link pendaftaran seperti di bawah 👇👇

*PUBG-Menengah*
https://www.toornament.com/en_US/tournaments/3656340869975244800/information

*PUBG-Rendah* https://www.toornament.com/en_US/tournaments/3658054121995476992/information

*MLBB-Menengah*
https://www.toornament.com/en_US/tournaments/3656184327281418240/information

*MLBB-Rendah* - https://www.toornament.com/en_US/tournaments/3658042373061419008/information

Join channel telegram Genbijakdotmy untuk info terkini dengan klik link 👇👇

https://t.me/eSukanBijak

Talian Hotline WhatsApp (Jam 10pg-5ptg)
01128003637 (GenBijakdotMy) untuk sebarang bantuan.
(Talian whatssap khas buat IbuBapa & Guru sahaja)

Dilampirkan syarat-syarat penyertaan. Jadual Pertandingan boleh dirujuk dalam laman sesawang di atas.

JPN Selangor berharap pihak sekolah menyahut hasrat kami untuk meningkatkan sahsiah dan kehadiran murid di Selangor. Selain itu, kita ingin menerapkan permainan dengan cara yang sihat melalui kelas-kelas atau bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh mereka yang berminat.(maklumat dalam telegram yang tertera di atas.



Terima kasih atas kerjasama semua.

PUBGM Generasi Esukan Selangor | Toornament - The esports technology Follow PUBGM Generasi E-Sukan Selangor U18 (Sekolah Menengah) organized by Esports Selangor Association on Toornament and get all the latest scores, stats and results.

14/07/2020
21/06/2020

Dukacita dimaklumkan, Pn Gevaratinam Shanmugam, guru kelas 6 Restu dan guru bahasa inggeris SEMARAK telah meninggal dunia hari ini.

Want your school to be the top-listed School/college in Batu Caves?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan SG 1/1
Batu Caves
68100