02/10/2026
๐ฟ ISTIQAMAH DALAM HIJRAH
Alhamdulillah, Puan Hajah Rosmawati Zainal (Ummi Rose), Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, telah dijemput untuk menyampaikan slot โSuratan atau Kebetulanโ dalam Gold Camp 6.0 โ Istiqamah Dalam Hijrah.
Program yang berlangsung di Kem Baitun Nur, Banting ini merupakan anjuran bersama Universiti Islam Selangor (UIS), Affin Islamic Bank Berhad, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Bahagian Pemulihan Al-Riqab, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan kepercayaan kepada Ummi Ros untuk bersama-sama berkongsi dalam program ini.
Semoga perkongsian yang disampaikan memberi manfaat dan membuka ruang untuk para peserta terus melihat setiap perjalanan hidup dengan hikmah, serta melangkah dengan istiqamah menuju reda Allah SWT. ๐ค
๐ Kem Baitun Nur, Banting, Selangor
๐
15 Ogos 2026