Mtsfaz

Call Directions Website Contact the school

Mtsfaz Intensif Tahfiz (6 – 17 tahun)
2. Sekolah Rendah (7 – 12 tahun)
3.

Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah
✨ Melahirkan Huffaz Profesional
📚 Syllabus: Akademik + Islamik + Quran + STREAM (Coding, Science, Robotics)
📍 Lokasi: Taman Sri Gombak
✅ Berdaftar dengan:
KPM (BJAG005)
JAIS [13S(9) 4/56]
PITAS Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah (MTSFAZ)

Sebuah sekolah swasta berteraskan:
📖 Silibus JAIS (subjek agama) & KPM (subjek akademik kebangsaan)
🕌 Berasaskan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
📚 Tahfiz sebagai subjek wajib teras

👧👦 Pengambilan pelajar: 6 – 17 tahun
📌 Program yang ditawarkan:

1. Sekolah Menengah (13 – 17 tahun)

✨ Keistimewaan kami:
* Penekanan kepada disiplin & sahsiah pelajar
* Modul khas pembangunan jati diri: Khalifah 5A, Biah Solehah & 5 Pillars

📍 Lokasi: Taman Sri Gombak
📞 Untuk maklumat lanjut: 016-2154014 (Cik Najihah/Atika – Pegawai Penerangan)

“Di MTSFAZ, kami membimbing generasi Huffaz cemerlang akademik, berakhlak mulia, dan bersedia memimpin masa depan.”

🎓✨ JOM KENALI UniMAIWP : LALUAN KE PENDIDIKAN TINGGIHari ini, para pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 berpeluang men...
25/09/2026

🎓✨ JOM KENALI UniMAIWP : LALUAN KE PENDIDIKAN TINGGI

Hari ini, para pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 berpeluang menyertai Program Jom Kenali UniMAIWP: Laluan Ke Pendidikan Tinggi yang berlangsung di Dewan Aisyah, MTSFAZ.

Program ini menjadi ruang untuk para pelajar mengenali dengan lebih dekat peluang pendidikan tinggi, laluan pengajian serta persediaan awal yang diperlukan bagi melangkah ke alam universiti. 🎓📚

Semoga perkongsian yang diberikan dapat membuka lebih banyak perspektif kepada para pelajar dalam merancang hala tuju pendidikan dan cita-cita masa hadapan.

Terima kasih kepada pihak UniMAIWP atas perkongsian dan kesudian bersama-sama memberi pendedahan kepada anak-anak MTSFAZ.



Generasi Khalifah 🌿

Keseimbangan antara tradisi dan inovasi ini bukan lagi satu paradoks.Pendaftaran bagi sesi 2027 kini dibuka. Poster ini ...
25/09/2026

Keseimbangan antara tradisi dan inovasi ini bukan lagi satu paradoks.

Pendaftaran bagi sesi 2027 kini dibuka. Poster ini memaparkan dengan jelas penawaran pendidikan di MTSFAZ yang mensasarkan integrasi antara teras keagamaan yang kukuh dan kemahiran teknologi masa hadapan—tepat pada masanya untuk melengkapkan generasi akan datang.

Berikut adalah ringkasan fakta untuk rujukan ibu bapa:

Maklumat Pendaftaran 2027
Peringkat Pendidikan: Terbuka untuk Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, dan kelas Intensif Tahfiz.
Sistem Sekolah: Beroperasi sebagai Sekolah Harian (Tanpa Asrama).
Lokasi: Sri Gombak.
Kredibiliti & Pengiktirafan: Berdaftar secara rasmi di bawah KPM dan JAIS, serta diiktiraf sebagai AI-Integrated Quranic Centre terbaik di Selangor.
Fokus Modul Pembelajaran
Bukan sekadar akademik biasa, silibus direka untuk membina modal insan yang lengkap melalui:
Akademik & Islamik
Hafazan (Tahfiz)
Sains & Teknologi: Maker Space, Robotik, Coding, dan IT.
Bina masa depan anak-anak bersandarkan pendidikan holistik yang rasional dan praktikal.

📲 Langkah Seterusnya: Untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan, imbas kod QR pada gambar atau hubungi terus talian 016-2154014.

Ikuti perkembangan semasa melalui platform rasmi:
TikTok:
Facebook: Mtsfaz
Instagram:

🎓 JOM KENALI UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (UIS) DI MAAHAD TAHFIZ SAINS FATIMAH AZ-ZAHRAH 🎓Satu sesi perkongsian yang sangat...
24/09/2026

🎓 JOM KENALI UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (UIS) DI MAAHAD TAHFIZ SAINS FATIMAH AZ-ZAHRAH 🎓

Satu sesi perkongsian yang sangat bermakna telah berlangsung di premis kami! Para pelajar Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah telah diberi pendedahan mengenai peluang-peluang pengajian di Universiti Islam Selangor (UIS) melalui program "JOM KENALI UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (UIS)".

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Universiti Islam Selangor (UIS) atas inisiatif murni ini. Kerjasama erat ini diharapkan dapat diteruskan demi masa depan generasi muda.

24/09/2026

Cuba korang teka, apa terjemahan Bahasa Inggeris untuk 'Mata Pelajaran'? 👀 Cer komen kat bawah cepat! 👇

Macam-macam jawapan spontan keluar bila pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah (MTSFAZ) diuji dengan terjemahan mengejut. Ada yang berjaya jawab dengan cemerlang, ada juga yang sempat bagi jawapan kelakar macam 'Practice Book' untuk Buku Latihan! 🤣 Yang penting, semua confident dan berani mencuba.

Persekitaran yang riang dan menyokong adalah kunci untuk anak-anak berasa seronok untuk belajar. Ingin anak anda rasai pengalaman pembelajaran yang seimbang dan ceria? Pendaftaran kemasukan sesi 2027 kini telah dibuka untuk Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, dan Intensif Tahfiz!

Rebut peluang ini sekarang!
🟢 Hubungi / WhatsApp kami di: 016-2154014
🟢 Layari laman web: www.mtsfaz.edu.my

BERSAMA MEMBINA GENERASI HUFFAZ MASA HADAPAN 🤲Setiap generasi memerlukan ruang untuk belajar, berkembang dan membina mas...
23/09/2026

BERSAMA MEMBINA GENERASI HUFFAZ MASA HADAPAN 🤲

Setiap generasi memerlukan ruang untuk belajar, berkembang dan membina masa depan.

MTSFAZ dibangunkan dengan satu hasrat melahirkan generasi huffaz yang menguasai ilmu agama serta sains dan teknologi.

Kini, kita membuka ruang untuk masyarakat bersama-sama menyokong usaha ini melalui Dana Pembangunan & Pengurusan Maahad Tahfiz Fatimah Az-Zahrah.

Setiap sumbangan, besar atau kecil, adalah sebahagian daripada usaha menyediakan pendidikan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

💚 Jom bersama membina generasi huffaz masa hadapan.

Sumbang sekarang:
🌐 www.danamtsfaz.com
🏦 Maybank: 5505 1452 0012
📱 WhatsApp: 019-666 6114
Maahad Tahfiz Fatimah Az Zahrah

23/09/2026

Sebuah legasi besar boleh bermula daripada satu insan yang percaya pada nilai ilmu.

Fatima al-Fihri meninggalkan satu pesan yang terus relevan hingga hari ini — pendidikan bukan sekadar untuk mengetahui, tetapi untuk membentuk generasi yang mampu memberi manfaat kepada manusia.

Hari ini, cabaran pendidikan semakin kompleks. Anak-anak bukan sahaja memerlukan ilmu agama, tetapi juga akademik, kemahiran teknologi, sahsiah dan persediaan menghadapi masa depan.

Di MTSFAZ, kami membawa pendekatan pendidikan yang menggabungkan Al-Quran, akademik, Islamik, teknologi, modal insan dan kemahiran masa depan dalam satu perjalanan pendidikan yang holistik.

Kerana setiap anak mempunyai potensi untuk meninggalkan legasi mereka sendiri.

Pendaftaran Pelajar 2027 MTSFAZ kini dibuka.
📞 016-215 4014

📚✨ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PSRA ✨📚Buat anak-anak yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama (PSRA), selam...
21/09/2026

📚✨ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PSRA ✨📚

Buat anak-anak yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama (PSRA), selamat berjuang dan lakukan yang terbaik! 💪🏻

Tenangkan hati, fokus dalam menjawab dan yakinlah dengan segala usaha serta ilmu yang telah dipelajari. Jangan lupa iringi perjuangan dengan doa, tawakal dan restu ibu bapa serta guru-guru. 🤲🏻

Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, kelapangan hati, kefahaman dan kemudahan sepanjang menjawab setiap soalan.

🌷 Usaha dengan bersungguh-sungguh, doa dengan penuh pengharapan, dan tawakal kepada Allah.

Selamat menduduki PSRA, anak-anak MTSFAZ!
Semoga dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang. 🤍✨





21/09/2026

🎙️ Borak Santai MTSFAZ | Episod 4
Bagaimanakah suasana pembelajaran dan pengurusan gajet untuk para pelajar di MTSFAZ? 🤔📱

Dalam episod kali ini, kami mengupas dua topik penting:
1️⃣ Pelajar vs Ruang: Biarpun menghadapi cabaran dari segi kapasiti ruang, ia mewujudkan ikatan dan hubungan yang sangat rapat antara pelajar dan guru! 🏫✨
2️⃣ Gajet: Kawan atau Lawan?:

Di MTSFAZ, kami mengambil pendekatan 'jalan tengah' gajet dipantau oleh Unit ICT dan dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan pembelajaran dan projek sekolah. 💻📚

Pendaftaran untuk sesi 2027 kini dibuka! 🎉

Tekan pautan di bio kami atau hubungi kami di whatsapp 016-2154014 untuk sebarang pertanyaan lanjut. Jangan lupa untuk Like, Share, Comment & Follow akaun kami untuk lebih banyak perkongsian menarik! 👍🏻💬

"Menjunjung Perpaduan, Menyemai Semangat Kebangsaan."Selamat Hari Malaysia yang ke-63 kami ucapkan kepada seluruh rakyat...
15/09/2026

"Menjunjung Perpaduan, Menyemai Semangat Kebangsaan."

Selamat Hari Malaysia yang ke-63 kami ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia! 🇲🇾✨ Hari ini adalah hari untuk kita meraikan kepelbagaian yang menjadi kekuatan kita.

Di MTSFAZ, kami komited dalam melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik dan sahsiah, malah mempunyai jati diri kebangsaan yang tinggi. Mari kita bersama-sama membentuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang dengan menanamkan nilai-nilai murni dan semangat bersatu padu dalam diri anak-anak kita.

Semoga Malaysia terus aman, damai, dan makmur. Selamat menyambut hari bersejarah ini dengan penuh kegembiraan dan kebanggaan!

Layari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang program pendidikan kami: mtsfaz.edu.my

15/09/2026

Program Inovasi ALFA

Alhamdulillah, Program Inovasi ALFA 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat dan keceriaan bersama anak-anak serta ibu bapa.

Pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif telah diterokai daripada mencuba, membina, bekerjasama sehinggalah menghasilkan sesuatu dengan idea sendiri. 🤖🧩⚙️

Lebih istimewa, program ini menjadi ruang untuk ibu bapa dan anak belajar, mencipta dan berkarya bersama, sambil membina kenangan yang bermakna. ❤️

Terima kasih kepada semua ibu bapa, anak-anak dan semua yang telah menjayakan program ini.

Bersama mencipta, bersama berinovasi.
Hari ini kita mencetuskan idea, esok kita bina masa depan! 🚀

Address

No. 19A, Jalan SG 3/19, Pusat Bandar Sri Gombak
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60162154014

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mtsfaz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Mtsfaz:

Shortcuts

Share

Category