09/03/2026
[ PROGRAM INFAQ RAMADAN & MAJLIS KHATAM AlQURAN & MAJLIS IFTAR JAMAIE ]
Alhamdulillah pada hari Jumaat yang lepas, pihak Sekolah Rendah Islam Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah mengadakan program infaq Ramadan iaitu agihan Juadah Berbuka Puasa Percuma kepada penduduk sekitar Sri Gombak. Alhamdulillah sepanjang program berlangsung semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang turut serta menyumbang dan memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk menguruskan infaq Tuan/Puan🤗🥰
Semoga dengan program seperti ini juga dapat memupuk & mengeratkan lagi ukhwah antara satu sama lain. InshaaAllah.