15/07/2025
๐บ Program Latihan Awal Kecemasan 2025
Maahad Tahfiz Muaz Al Hikmah
Alhamdulillah, pada Selasa, 15 Julai 2025, telah berlangsung Program Latihan Awal Kecemasan bersama pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Muaz Al Hikmah yang dikendalikan oleh pasukan profesional dari IMARET (IMAM Response & Relief Team).
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan latihan asas kepada para pelajar dalam menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran, bencana alam dan insiden luar jangka. Antara pengisian program termasuklah:
โ
Taklimat keselamatan
โ
Simulasi situasi kecemasan
โ
Aktiviti komunikasi dan kepimpinan dalam krisis
โ
Pendedahan langkah-langkah menyelamat diri
Program ini bukan sahaja memberi ilmu, bahkan turut memupuk nilai kerjasama, ketahanan mental, dan kesiapsiagaan dalam kalangan pelajar.
๐ Pihak Maahad merakamkan ucapan terima kasih kepada IMARET atas kerjasama dan komitmen menjayakan program ini.
Semoga segala usaha ini menjadi sebahagian daripada proses membentuk generasi Huffaz yang bukan sahaja celik al-Quran, malah bijak dalam mengurus cabaran kehidupan dengan hikmah dan bersedia menghadapi sebarang situasi. Maahad Tahfiz Hamalatul Quran