Berminat nak menjadi guru PASTI? Hubungi 017-6994556
PASTI UMI Gombak
PASTI UMI (Berkonsepkan Ubudiyah,Mas'uliyah,Itqan)
17/05/2026
🌟 SEKALUNG TAHNIAH DAN SYABAS 🌟
Seluruh warga Pengurusan dan Barisan Guru PASTI UMI merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Laila (PASTI UMI 1) atas penganugerahan Anugerah Guru Cemerlang Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 🏆✨
Pencapaian luar biasa ini merupakan manifestasi komitmen, dedikasi, serta usaha tanpa jemu beliau dalam menabur bakti mendidik anak-anak tunas Islam. Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan buat PASTI UMI, malah membawa penghormatan yang amat besar kepada seluruh institusi PASTI UMI.
Semoga penganugerahan ini menjadi penyuntik semangat buat Cikgu Laila untuk terus mengekalkan kecemerlangan, serta menjadi sumber inspirasi kepada seluruh barisan guru PASTI UMI untuk terus melahirkan generasi yang bertakwa dan berilmu.
Kami mendoakan agar segala curahan ilmu, keringat, dan keikhlasan Cikgu Laila sentiasa diberkati serta diberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah SWT.
Tahniah diucapkan!
Ikhlas daripada,
Pihak Pengurusan & Seluruh Barisan Guru
PASTI UMI
15/05/2026
Malam ini menjadi satu malam yang cukup bermakna buat seluruh warga PASTI UMI apabila sambutan Hari Guru diraikan penuh meriah bersama pihak pengurusan Pemuda PAS DUN Gombak Setia.
Majlis yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh ukhwah ini bukan sekadar makan-makan biasa, bahkan menjadi tanda penghargaan kepada para guru yang selama ini bertungkus-lumus mendidik anak-anak dengan penuh sabar dan kasih sayang.
Lebih manis, sambutan kali ini turut diserikan dengan kejayaan pasukan PASTI UMI dalam temasya sukan bola sepak dan bola jaring peringkat MGP Gombak sehingga berjaya meraih gelaran Naib Juara Bola Jaring peringkat Negeri Selangor. Tidak terhenti di situ, PASTI UMI juga berjaya muncul sebagai Juara Bola Sepak dan Juara Bola Jaring di peringkat PASTI Kawasan Gombak.
Alhamdulillah, segala usaha, pengorbanan dan semangat kerja berpasukan akhirnya membuahkan hasil yang cukup membanggakan.
Hari Guru kali ini pastinya meninggalkan memori yang indah buat seluruh keluarga besar PASTI UMI — diraikan dengan penuh penghormatan, kebersamaan dan ukhwah yang erat.
Semoga PASTI UMI terus melahirkan generasi rabbani serta melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
10/05/2026
Alhamdulillah, Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Kawasan Gombak akhirnya melabuhkan tirai dengan penuh semangat, sorakan dan kenangan yang cukup bermakna.
Tahniah diucapkan kepada para juara:
🏆 Juara Bola Sepak: PASTI UMI 4
🏐 Juara Bola Jaring: PASTI UMI 2
Namun di sebalik kemenangan yang diraikan, tersimpan sebuah kisah pengorbanan, usaha dan titik peluh yang tidak semua orang nampak.
Saya sendiri menjadi saksi bagaimana guru-guru bertungkus-lumus melatih, menyusun strategi, menjaga semangat anak-anak dan memberikan sepenuh komitmen demi melihat anak-anak PASTI berdiri dengan yakin di atas padang dan gelanggang.
Setinggi-tinggi penghargaan buat para guru yang menjadi tulang belakang kejayaan ini. Sesungguhnya jasa kalian sangat besar dan amat bernilai. Kemenangan ini bukan sekadar piala, tetapi hasil kesabaran, kasih sayang dan didikan yang dicurahkan tanpa mengenal penat lelah.
Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada seluruh ibu bapa yang hadir memberi sokongan, sorakan dan semangat kepada anak-anak. Kehadiran dan dukungan kalian menjadi kekuatan besar buat mereka untuk terus berani mencuba dan berjuang.
Dan paling menyentuh hati, kejohanan ini bukan hanya tentang menang atau kalah. Anak-anak PASTI belajar tentang disiplin, kerjasama, keberanian dan semangat kesukanan. Mereka belajar menerima kekalahan dengan hati yang tenang, dan dalam masa yang sama belajar bagaimana untuk mengekalkan kemenangan dengan rendah hati dan penuh adab.
Inilah pendidikan sebenar — membina jiwa, akhlak dan semangat anak-anak sejak kecil.
Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding. Semua adalah juara di hati kami. Semoga kejohanan ini menjadi medan melahirkan generasi yang sihat, berakhlak, berdaya saing dan cintakan ukhwah.
Terima kasih semua yang menjayakan Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Kawasan Gombak 2026.
Kalian memang gempak dan meletops! 🔥🏆
09/05/2026
Kejohanan Bola Sepak Bola Jaring PASTI GOMBAK hari ini, moga juara hendaknya..
07/03/2026
🌙 Program Iftar PASTI UMI Bersama Pemuda PAS DUN Gombak Setia
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Iftar PASTI UMI bersama Pemuda PAS DUN Gombak Setia dalam suasana penuh kemesraan dan keberkatan Ramadan.
Para tetamu disajikan dengan menu iftar yang menarik dan menyelerakan, sambil menikmati suasana berbuka puasa bersama warga PASTI UMI, ibu bapa serta masyarakat setempat.
Program ini bukan sekadar majlis berbuka puasa, malah menjadi medan untuk merapatkan ukhuwah, mengeratkan silaturrahim serta memperkukuhkan hubungan antara pemuda, guru-guru, ibu bapa dan anak-anak.
Turut diadakan penyampaian sumbangan duit raya sebagai tanda penghargaan dan kegembiraan Ramadan kepada:
✨ Anak-anak pemuda yang hadir
✨ Guru-guru yang gigih mendidik
Semoga program ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan dan membawa keberkatan kepada semua yang terlibat.
Rescue Animal katanya.
13/02/2026
Alhamdulillah, selesai sudah serahan kurma kepada para guru PASTI UMI pada hari ini sebagai persediaan menyambut kedatangan Ramadan Al-Mubarak yang penuh keberkatan.
Sumbangan ini merupakan tanda penghargaan dan ingatan tulus atas kesungguhan, komitmen serta pengorbanan para guru dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak PASTI. Di sebalik tugas yang dilaksanakan setiap hari, tersimpan amanah besar dalam membina generasi rabbani yang berilmu dan berakhlak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang telah menginfaqkan kurma khas buat guru-guru PASTI UMI. Semoga setiap sumbangan menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda di sisi Allah SWT.
Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak atas kesudian meluangkan masa bersama-sama dalam ziarah dan penyampaian sumbangan ini. Kehadiran dan sokongan yang diberikan amat bermakna dalam menyemarakkan semangat kebersamaan serta memperkukuh hubungan antara pimpinan dan warga pendidik.
Moga usaha kecil ini menyemai kasih sayang, menguatkan ukhuwwah serta menyuntik semangat dalam mendidik anak bangsa menjelang Ramadan yang bakal tiba.
31/01/2026
Alhamdulillah, Program Family Day PASTI UMI 2026 telah berlangsung dengan lancar dan penuh kemeriahan bertempat di Taman Botani, Kuala Lumpur.
Program ini telah menghimpunkan seramai 15 orang guru daripada keseluruhan 20 guru PASTI UMI, bersama-sama ahli keluarga masing-masing. Turut bersama memeriahkan program ialah ahli Pemuda PAS DUN Gombak Setia, sekali gus mengukuhkan hubungan silaturahim antara pendidik, keluarga dan sayap pemuda.
Sepanjang program, pelbagai aktiviti santai dan riadah telah dianjurkan melibatkan guru-guru, para suami serta anak-anak. Suasana program berlangsung dalam keadaan ceria, harmoni dan penuh keakraban, sekali gus mencerminkan semangat kekeluargaan yang menjadi teras PASTI UMI.
Penganjuran program ini bukan sahaja memberi ruang rehat dan kebersamaan kepada para guru, malah berperanan sebagai medium pengukuhan ukhuwah, mempererat hubungan sesama warga PASTI serta jaringan sokongan komuniti setempat.
Memory games, uji memory anak-anak.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
No 9-1, Jalan PPS2, Taman Selasih Fasa 2
Batu Caves
68100