03/10/2020
Buku: Mengembalikan Tasawwuf dan Tariqat kepangkalnya.
Alhamdulillah, antara buku-buku yang boleh dijadikan rujukan dan bacaan tambahan untuk menyingkapi isu yang hangat dibincangkan berkaitan dengan tasauf dan tariqat di Malaysia.
Dicetak pada tahun 1999 oleh al-Hidayah Publishers, bermakna buku ini telah lebih 20 tahun dipasaran Malaysia. Isu yang dibincangkan masih segar dan tepat mengena sasarannya. Buku yang ringkas, hanya setebal 94 mukasurat, wajar dimiliki kerana konsepnya mengabungkan dua buah kitab ulama besar iaitu Abdul Qadir Jiilaani dan ulama muaasirah Abu Bakr Jabir alJazaairi untuk megislahkan tasauf dan tariqat di dalam Islam.
Moga beroleh manfaat,
Abu Fathima