Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Education Website, Jalan SG 1/1, Taman Seri Gombak, Batu Caves.

26/04/2026

πŸ“’ *JEMPUTAN KEPADA KONTRAKTOR YANG BERMINAT*

PIBG SK Taman Seri Gombak menjemput kontraktor yang berminat untuk menyertai sebut harga *Projek Penambahbaikan Pentas & Infrastruktur Bumbung Dewan*.

πŸ”§ *Skop projek* merangkumi pembinaan pentas baharu, struktur pelindung hujan serta penyelenggaraan bumbung & sistem saliran air.

πŸ“ *Lawatan Tapak*
πŸ—“ 27 – 30 April 2026
⏰ 10.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“Œ Pejabat Sekolah / Dataran Perhimpunan

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat rasmi atau hubungi:
πŸ“ž *En. Fariz* (019-5786955)
πŸ“ž *Pn. Nur Haslina* (010-9508495)

Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

17/04/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera ibu bapa/penjaga 😊

Pihak sekolah sedang mengumpul sumbangan air mineral bagi kegunaan murid yang mewakili sekolah dalam kejohanan sukan.

πŸ’§ β€œSetiap Titisan Air Membawa Semangat!”

Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada tuan/puan. Selain air mineral, sumbangan lain seperti makanan tenaga atau keperluan berkaitan juga diterima.

Sumbangan boleh disalurkan melalui anak masing-masing kepada guru kelas atau dihantar ke pondok pengawal keselamatan sekolah.

Kerjasama dan sokongan padu daripada tuan/puan amat kami hargai.

Terima kasih.

Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya SKTSG.Semoga dapat menceriakan hari raya yg bakal tiba.
17/03/2026

Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya SKTSG.
Semoga dapat menceriakan hari raya yg bakal tiba.

✨ GAMBAR DOKUMENTASI SUMBANGAN PKPS SEMPENA PROGRAM SINAR FITRI 2026 ✨Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, Perbada...
15/03/2026

✨ GAMBAR DOKUMENTASI SUMBANGAN PKPS SEMPENA PROGRAM SINAR FITRI 2026 ✨

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah memberikan sumbangan sejumlah 140 set beg barangan & 140 sampul raya sempena Program Sinar Fitri 2026 anjuran Unit Hal Ehwal Murid (HEM).

Sumbangan ini sangat bermakna untuk murid murid yatim & miskin serta para pekerja sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Sambutan Aidilfitri mereka pasti lebih meriah dan ceria dengan sumbangan ini. In shaa Ψ§ΩŽΩ„Ω„Ω‘Ω‡Ω. 🀲🏻

Unit HEM mewakili seluruh warga SKTSG mengucapkan jutaan terima kasih kepada :
πŸ”Ή Datuk Wira Ts. Gs. Dr. Mohamad Khairil bin Mohamad Razi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS
πŸ”Ή Seluruh warga Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)

Atas setiap sumbangan yang diberikan seikhlas hati.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Semoga kita jumpa lagi, PKPS! ✨

"Hulurkan Tangan, Ringankan Beban"

13/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa PIBG 2026 merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga sekolah, ibu bapa serta murid-murid yang diraikan.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa kegembiraan, keberkatan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan ibu bapa demi kecemerlangan anak-anak kita.
Berhati-hati di jalan raya dan semoga perjalanan pulang ke kampung halaman dipermudahkan.

Ikhlas daripada,
Jawatankuasa PIBG 2026

πŸ“‹ MESYUARAT AGUNG PIBG SKTSG KALI KE-39 TAHUN 2026 πŸ“‹πŸ”Ή Sabtu, 28 Februari 2026πŸ”Ή 8.00 - 12.00 Tengah HariπŸ”Ή Dataran Nilam S...
01/03/2026

πŸ“‹ MESYUARAT AGUNG PIBG SKTSG KALI KE-39 TAHUN 2026 πŸ“‹

πŸ”Ή Sabtu, 28 Februari 2026
πŸ”Ή 8.00 - 12.00 Tengah Hari
πŸ”Ή Dataran Nilam SKTSG

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir memberikan sokongan, pandangan dan idea baru dalam usaha menambahbaik kemudahan dan menjaga kebajikan murid murid di sekolah.

Jutaan terima kasih kepada :
πŸ“ Yang Dipertua PIBG 2025, Encik Sharadi bin Mohd Yusof
πŸ“ Naib Yang Dipertua PIBG 2025, Encik Fariz bin Abdul Aziz
πŸ“ Dan semua AJK PIBG 2025

Yang telah banyak memberikan sumbangan dan menghulurkan pelbagai bantuan kepada pihak sekolah dan murid murid sepanjang 2025.

Sekalung tahniah kepada :
πŸ“ Yang Dipertua PIBG 2026, Encik Fariz bin Abdul Aziz
πŸ“ Naib Yang Dipertua PIBG 2026, Puan Haslina binti Abdul Salam
πŸ“ Dan semua AJK PIBG 2026

Yang telah dilantik secara rasmi dan diberi kepercayaan untuk mewujudkan kerjasama erat antara ibu bapa dan guru dalam pendidikan murid dan menyokong setiap program sekolah untuk tahun 2026.

Diharapkan PIBG SKTSG akan menjadi platform komunikasi untuk membincangkan isu pendidikan dan perkembangan sekolah demi meningkatkan kemenjadian murid murid dalam setiap bidang. πŸ‘πŸ»

26/11/2025

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2025

✨ MAJLIS SANJUNGAN BUDI KENANGAN ABADI CIKGU SAIFUDDIN, CIKGU HAIFAH, USTAZAH ZURAINI, CIKGU NORLILI βœ¨πŸ”Ή 25 September 202...
19/11/2025

✨ MAJLIS SANJUNGAN BUDI KENANGAN ABADI CIKGU SAIFUDDIN, CIKGU HAIFAH, USTAZAH ZURAINI, CIKGU NORLILI ✨

πŸ”Ή 25 September 2025, Khamis
πŸ”Ή 1.00 - 3.00 Petang
πŸ”Ή Dataran Nilam SKTSG
πŸ”Ή Anjuran BKGK SKTSG

Tahniah kepada cikgu cikgu yang berjaya pindah ke sekolah baharu & kenaikan pangkat sebagai Penolong Kanan Petang. Semoga terus cemerlang dan berjaya di sekolah baharu. πŸ₯³

πŸ”Έ Cikgu Saifuddin - PK Petang SK Sg Tua Baharu
πŸ”Έ Cikgu Norlili - PK Petang SK (1) Gombak
πŸ”Έ Cikgu Haifah - SK Seksyen 6, Shah Alam
πŸ”Έ Ustazah Zuraini - SK Jerek, Gua Musang

Perpisahan ini bukanlah penamat sebuah kisah, tetapi permulaan rindu yang tiada penghujung. Kehilanganmu meninggalkan ruang kosong yang tidak mampu diganti, namun jasa dan kenanganmu akan kekal hidup dalam ingatan kami selamanya.

Terima kasih Cikgu Saiful, Cikgu Haifah, Ustazah Zuraini, Cikgu Lili. ✨

πŸ† KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SKTSG KALI KE-39 TAHUN 2025 πŸ†πŸ”Ή Sabtu, 11 Oktober 2025πŸ”Ή 7.30 Pagi - 12.30 Tengah HariπŸ”Ή Stadi...
15/10/2025

πŸ† KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SKTSG KALI KE-39 TAHUN 2025 πŸ†

πŸ”Ή Sabtu, 11 Oktober 2025
πŸ”Ή 7.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari
πŸ”Ή Stadium MPS Selayang
πŸ”Ή Penglibatan Murid PPKI & Tahun 456
πŸ”Ή Anjuran Unit Kokurikulum SKTSG

Antara objektif Kejohanan Balapan & Padang diadakan ialah :
πŸ“ Mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam bidang sukan dan olahraga.
πŸ“ Memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan disiplin dalam kalangan murid.
πŸ“ Memberi peluang kepada murid untuk bersaing secara sihat dan menunjukkan potensi diri.
πŸ“ Menggalakkan gaya hidup sihat melalui penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal.
πŸ“ Mengeratkan hubungan antara guru, murid dan warga sekolah melalui semangat kesukanan.

Berikut merupakan keputusan keseluruhan Kejohanan Balapan & Padang 2025 :
1️⃣ Suria - 277 Mata
2️⃣ Angkasa - 224 Mata
3️⃣ Purnama - 151 Mata
4️⃣ Samudera - 144 Mata
5️⃣ Mega - 119 Mata

Tahniah kepada semua murid & AJK guru yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Balapan & Padang pada kali ini! πŸ₯³

29/09/2025

🎸 VIDEO DOKUMENTASI SEMARAK GOT TALENT SESI PETANG 2025 🎸

πŸ”Ή Selasa, 23 September 2025
πŸ”Ή Pukul 2.30 - 5.30 Petang
πŸ”Ή Dataran Nilam SKTSG
πŸ”Ή Anjuran Panitia Muzik SKTSG

Tahniah kepada semua pemenang dan semua 15 penyertaan di peringkat akhir kerana telah memberikan persembahan yang terbaik dan menghiburkan! πŸ₯³

🎸 SEMARAK GOT TALENT SESI PETANG 2025 πŸŽΈπŸ”Ή Selasa, 23 September 2025πŸ”Ή Pukul 2.30 - 5.30 PetangπŸ”Ή Dataran Nilam SKTSGπŸ”Ή Anjur...
29/09/2025

🎸 SEMARAK GOT TALENT SESI PETANG 2025 🎸

πŸ”Ή Selasa, 23 September 2025
πŸ”Ή Pukul 2.30 - 5.30 Petang
πŸ”Ή Dataran Nilam SKTSG
πŸ”Ή Anjuran Panitia Muzik SKTSG

Antara objektif program "SEMARAK GOT TALENT" ialah :
βœ… Mencungkil bakat murid dalam bidang nyanyian, tarian dan seni persembahan alat muzik.
βœ… Memberi peluang kepada murid menonjolkan potensi diri melalui aktiviti kreatif dan inovatif.
βœ… Meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran berkomunikasi murid di hadapan khalayak.
βœ… Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan melalui pendekatan seni dan hiburan berilmu.
βœ… Membina semangat kerjasama dan disiplin dalam kalangan murid semasa membuat persembahan secara individu atau berkumpulan.
βœ… Menghargai kepelbagaian bakat serta memberi pengiktirafan kepada usaha dan kreativiti murid.
βœ… Menyokong perkembangan sahsiah, emosi dan sosial murid melalui aktiviti kokurikulum yang seimbang.

Seramai 15 persembahan yang terpilih ke peringkat daripada peringkat saringan yang dijalankan yang terdiri daripada nyanyian, tarian dan alat muzik.

Tahniah kepada semua pemenang dan semua peserta yang telah memberikan persembahan yang terbaik dan menghiburkan! πŸ₯³

✨ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL SESI PETANG SKTSG 2025 βœ¨πŸ”Ή Jumaat, 12 September 2025πŸ”Ή Pukul 3.00 - 5.30 PetangπŸ”Ή Dataran N...
22/09/2025

✨ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL SESI PETANG SKTSG 2025 ✨

πŸ”Ή Jumaat, 12 September 2025
πŸ”Ή Pukul 3.00 - 5.30 Petang
πŸ”Ή Dataran Nilam SKTSG
πŸ”Ή Anjuran Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab SKTSG

Antara objektif Sambutan Maulidurrasul diadakan ialah :
πŸ“ Meningkatkan kecintaan murid kepada Rasulullah SAW melalui penghayatan sirah dan sunnah baginda.
πŸ“ Memupuk akhlak mulia dalam kalangan murid dengan mencontohi peribadi Rasulullah SAW.
πŸ“ Memberi kefahaman tentang sejarah kelahiran dan perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam.
πŸ“ Menyemai nilai keagamaan dan kerohanian agar murid membesar sebagai insan yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia.

Alhamdulillah, sambutan berjalan dengan lancar. Murid murid dapat menghayati intipati sambutan dengan sangat baik dan bermanfaat. Tahniah kepada semua AJK guru yang terlibat. πŸ‘πŸ»

"Membangun Ummah Madani"

Address

Jalan SG 1/1, Taman Seri Gombak
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30

Telephone

+60361894886

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak:

Shortcuts

Share