19/11/2024
Sekalung penghargaan buat Dr Ustaz Ahmad Salahuddin M. Azizan atas sumbang bakti sepanjang menjadi dekan di Fakulti Pengajian Umum dan Asasi.
Didoakan semoga Dr Ustaz Din terus terbang tinggi dan membumi seperti selalu di tempat penghijrahan yang baru.
Walau berbeza haluan, kami kan sentiasa mendoakan kebaikan bagi segenap inci kehidupan Dr Ustaz Din, dunia dan akhirat.
As you embark on a new path we wish you nothing but all the good luck and success for the bright future ahead.
Semoga segalanya dinilai sebagai amal soleh di sisiNya
Inshaa Allah.
04/11/2024
Bertempat di M Hotel & Resort pada 30 Oktober 2024 satu bengkel penulisan menggunakan Ai bertemakan “Ai Driven Method” telah dijalankan sepanjang sehari. Bengkel ini adalah hasil kerjasama di antara Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan Fakulti Pengajian Umum dan Asasi (FPUA). Penyertaan seramai 35 orang staff akademik UCMI dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah RMC Dr. Henkie Lai.
Peserta didedahkan dengan kaedah menerbitkan dan menulis artikel dengan penggunaan Ai. Perunding juga turut berkongsi maklumat kepada peserta tips untuk menerbitkan artikel di jurnal – jurnal berimpak tinggi hasil daripada penulisan menggunakan Ai. Program berbentuk Hand-On memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana menghasilkan penulisan berkualiti seterusnya menerbitkan artikel di jurnal-jurnal yang terbaik.
Penglibatan yang baik daripada para peserta sepanjang tempoh program hasil daripada pendedahan mengenai penulisan dan penerbitan artikel diharap dapat meningkatkan mutu penerbitan artikel berimpak tinggi dikalangan staff akademik di UCMI. Ahli akademik juga diharap mampu untuk menghasilkan ahli akademik yang berkualiti dari segi penerbitan bahan ilmiah selaras dengan kemajuan teknologi Ai buat masa ini.
University College MAIWP International
08/08/2024
Tahniah kepada para pensyarah FPUA yang mengajar subjek Community Service kerana telah berusaha keras bersama-sama kesemua pelajar subjek berkenaan pada sesi kali ini bagi menjayakan Program Fit and Fun With Nature ini.
Tanpa kerjasama yang padu, program yang julung kali diadakan ini mungkin tidak mencapai objektifnya.
Semoga segala usaha yang dilakukan membuahkan manfaat Inshaa Allah :)
30/07/2024
✨Program Fit and Fun with Nature✨
Sihat dan Bergembiralah Bersama Alam! 🌿
🗓 Tarikh: 3 Ogos 2024 (Sabtu)
🕖 Masa: 7.00 pagi - 3.00 petang
📍 Lokasi: Taman Metropolitan Batu Muda
Jom sertai kami dan luangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menyegarkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat seperti;
🌳 Senamrobik
💰 Trash to Cash
🎨 Kegiatan Kreatif
🍎 Pemeriksaan Kesihatan
🥰dan pelbagai lagi aktiviti menarik menanti anda
Jangan lepaskan peluang untuk menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat 🌟
Ayuh warga University College MAIWP International dan semua ! :)
Partnership with;
10/07/2024
Sekitar sesi townhall meeting bersama dekan, staff dan pelajar asasi yang baru bagi FPUA :)
Pelajar yang hadir pada sesi ini mendapat kata-kata amanat daripada dekan, Dr Ahmad Salahuddin dan juga penerangan tentang pembiayaan daripada En Fauzan.
Sesi berakhir dengan slot soal jawab antara pelajar baru dan staff terutamanya staff di Jabatan Asasi.
Diharap sesi ini dapat menyuntik semangat para pelajar untuk berjaya sepanjang setahun pengajian di peringkat Asasi, UCMI :)
24/06/2024
Jabatan Asasi, Fakulti Pengajian Umum dan Asasi UCMI telah menganjurkan program kesedaran tentang kesihatan mental, Awareness on Mental Health: Good Health, Better Life, pada 11 Jun 2024 (Selasa) dan telah dirasmikan oleh Dr Ahmad Salahuddin M.Azizan, Dekan Fakulti Pengajian Umum dan Asasi.
Program ini telah memberikan pelbagai ilmu dan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental. Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai dan menjayakan program ini.
Sorotan Program:
✨ Pelbagai teknik dan strategi pengurusan stres telah dikongsikan.
✨ Sesi interaktif dan perbincangan yang membuka mata tentang pentingnya menjaga kesihatan mental.
✨ Tips praktikal untuk memperbaiki keseimbangan hidup dan kesejahteraan diri.
Kami berharap program ini telah memberi manfaat dan inspirasi kepada semua yang hadir. Teruskan menjaga kesihatan mental anda demi kehidupan yang lebih baik dan sihat. 🌿💪
20/05/2024
Hormatilah gurumu, Inshaa Allah nescaya kamu akan beroleh keberkatan ilmu
Ahmad : Kenapa anta belajar sikit tapi dapat result gempak ?
Mahmud : Sebab ana jaga adab dalam belajar kerana di situ terdapat keberkatan.
Ahmad : Keberkatan tu apa ?
Mahmud : Keberkatan tu 'ziadatul khair' (زيادة الخير), 'bertambah kebaikan'. Kita buat sikit tapi dapat banyak.
Ahmad : Bagaimana nak dapat keberkatan?
Mahmud : Antara benda yang sangat perlu dijaga adalah adab kita dengan guru. Ana tengok ada yang bercakap-cakap ketika guru sedang belajar, ada yang bergelak ketawa, buat bising, ada yang main telefon, ada yang tidur, tak fokus pada guru ketika dia sedang mengajar. Bagi ana kalau nak buat semua tu sebab dah terdesak sangat, jangan buat depan2 guru kerana itu menunjukkan kita tak beradab dengan guru dan boleh menyebabkan guru kecil hati.
Tak datang kelas atas sebab yang tak munasabah pun salah satu perkara yang menunjukkan kurangnya adab terhadap guru. Bagaimana mungkin guru boleh datang ke kelas semata-mata untuk mengajar kita tapi kita tak datang dengan alasan : "Alaa silibus dah habis, sekarang ni revision je, baik aku study kat rumah". Nampak di situ, dia boleh buat tak layan guru tu datang ke kelas untuk mengajar dia.
Kata Imam As-Syafie :
"Sesiapa yang ingin dibukakan hatinya oleh Allah, maka hendaklah dia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu." (Kitab Majmuk, Syarah Mazhab Jilid 1)
Ada seorang ulama ni, dia belajar banyak tapi ilmu tu tak masuk2 tapi dia sangat jaga adab dia dengan gurunya. Satu ketika, gurunya tiada dan gurunya menyuruh ulama ni menggantikan tempatnya. Ulama ni pun risau, dia langsung tak tau apa-apa. Jadi dia pun bertawakkal dan tiba2 dia dapat mengajar ilmu itu sepertimana yang gurunya ajarkan kepadanya.
Hilangnya keberkatan ilmu ataupun hilangnya kesan ilmu adalah kerana tidak menjaga adab daripada ilmu. Ada orang boleh menghafal semua kitab, boleh menghafal semua ilmu tetapi kemungkinan kesan daripada ilmu tadi tiada dalam hidup dia ataupun ilmu tadi tak boleh nak datangkan kemanfaatan pada dirinya, mungkin kerana hilangnya adab.
Ulama terdahulu mempelajari adab sebelum mempelajari ilmu. Mereka menjaga adab walau sekecil-kecil adab.
Imam As-Syafie berkata :
"Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi belekan kertas tersebut)"
Kata Imam Az-Zarnuji :
"تعلّمت الأدب عشرين سنة وتعلّمت العلم عشرة سنة"
"Aku mempelajari adab menuntut ilmu selama 20 tahun dan mempelajari ilmu selama 10 tahun"
(Kitab Ta'limul Muta'allim)
Wallahualam
20/05/2024
Hidup ni memang keras, Roy!
Ehhhhh.
Nisah jangan sedih-sedih tau.
Tapi sebenarnya, kami yang terlebih sedih :')
Terima kasih saudari Nisah atas bantuan, kerjasama, ukhwah, s**a duka, kasih sayang bersama kami di FPUA.
Maaf juga atas salah silap kami sepanjang kita berada di bawah bumbung yang sama.
Didoakan semoga Nisah terus komited menjalankan tugas dengan hati yang bahagia walau di mana sahaja Nisah diperlukan
20/05/2024
Booth paling cepat licin sempena Rumah Terbuka Warna Warni UCMI 2024 goes to Rumah FPUA! :)
Pelbagai kuih-muih, manisan disajikan sebagai santapan.
Siap ada corner untuk deco cupcakes dengan kreativiti sendiri okayyy ! :)
Walaupun booth kami tak menang untuk hiasan tercantik, apa yang penting, kami puas melihat senyuman manis para pengunjung booth kami pada hari tersebut :)
Terima kasih juga kepada para pelajar asasi FPUA yang membantu membuat persediaan dan aktiviti di Rumah FPUA. Kalian memang daebak! :)
Semoga ukhwah dan silaturrahmi antara kami di FPUA khususnya dan di UCMI amnya kan terus berpanjangan hingga ke syurga, bukan setakat waktu raya je. Hehe.
“Good desserts are like good friends – sweet, memorable, and cherished.”
Jangan lupa jaga kesihatan ya!
20/05/2024
Pernah dengar tak, orang kata - tetamu datang bawa berkat?
20/05/2024
Bertempat di Universiti Islam Selangor (UIS), bertarikh 24-25 April 2024, berlangsungnya Seminar Pelaksanaan Kursus MPU 2024 yang telah disertai oleh 14 orang pensyarah daripada Fakulti Pengajian Umum dan Asasi (FPUA), Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP.
Pengisian dua hari tersebut memberi ruang kepada para penyelaras beserta tenaga pengajar subjek MPU bagi mendapatkan pencerahan berkaitan pengurusan subjek MPU di institusi pendidikan masing-masing secara terus daripada pihak MQA.
Menariknya lagi, speaker jemputan bagi slot berkaitan subjek Penghayatan Etika dan Peradaban, Falsafah dan Isu Semasa serta Kursus Integriti Anti Rasuah begitu tidak lokek berkongsi pengalaman masing-masing dalam menghidupkan pembelajaran yang efektif dalam kalangan pelajar mereka.
Semoga input yang diperoleh sepanjang dua hari program ini berjaya diaplikasikan oleh para pensyarah dan seterusnya berjaya menghasilkan output yang lebih memberangsangkan bagi pelaksanaan matapelajaran MPU di bawah kelolaan FPUA ini.
The largest room in this world is the room for improvement.
Thus, keep improving ya :)
Lacuna kan tetap ada, namun usaha dalam menambah baik Biidznillah takkan pernah sia-sia
14/05/2024
*PROGRAM TAUTAN KASIH MAHASISWA UCMI BERSAMA ORANG ASLI POS BUNTU*
Date : 4 - 6 August 2023
Venue : Kampung Orang Asli Pos Buntu, Raub, Pahang
"Diving into the Diversity" is our theme for our program, it is sounds like an exciting endeavour! Exploring diversity can mean immersing oneself in various cultures, traditions, perspectives, and experiences. Its about embracing differences and understanding the richness they bring to our lives.
We have 43 of students and lecturers that joining this event with 400 hundred villagers that welcoming us with warm heart. Lots of program we being doing such as :
- Tree planting
- Food ball
- Painting playground
- Mini library
- Sport for kid and adults
Visiting the Orang Asli community was an incredible way to dive into diversity! Orang Asli are indigenous peoples of Peninsular Malaysia, known for their unique cultures, traditions, and ways of life. Spending time with the Orang Asli provides us an opportunity to learn about their rich heritage, traditional practices and deep connection to the land.
Thank you so much for our sponsors who interest in our events and projects. Because you are helping us raise awareness about an issue that is very important to us. Your contribution makes it possible to continue making strides towards our goal we hope that you will continue to support us in the future. This appreciation goes to :
- Yayasan Taqwa Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.
- Kansai Paint Kansai Paint ME
- Sancora Paint paint
- Hafar Energy energy
- Ar-Rayyan Ar Rayyan Hijrah
- MAIS Majlis Agama Islam Selangor
- UCMI University College MAIWP International