Unit Pemulihan PPD Gombak

Unit Pemulihan PPD Gombak

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Pemulihan PPD Gombak, Education Website, PPD Gombak, Batu Caves.

10/11/2025

Kem SINERGI HERO Day 1

10/11/2025

Alhamdulilah.. Selesai Kem SINERGI HERO Day 2... Peserta 126 org murid tahun 3 yg telah menguasai 3M....

21/08/2025

Sesuai untuk anak2 pemulihan dan PIT1 yg masih tidak kuasai asas kemahiran literasi.... Berminat? Hubungi 013-3728332

21/08/2025

Nantikan kemunculan Buku terkini Unit Pemulihan Khas PPD Gombak.... HERO CILIK......

Photos from Unit Pemulihan PPD Gombak's post 30/09/2024

Hari Terbuka PPD Gombak
27-28 September 2024 bertempat di Kompleks Selayang Mall.

Tahniah kepada wakil-wakil Guru Pemulihan Khas yang telah meluangkan masa berkongsi ilmu dan bahan mereka semasa program ini.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Sakinah (SK Taman Ehsan), Cikgu Farhana (SK Sungai Kertas), Cikgu Lai Jin Man (SJKC Kuang), Cikgu Vivian Tan (SJKC Kheow Bin), Cikgu Buvana (SJKT Batu Arang) dan Cikgu Subhashini (SJKT Batu Caves).

Photos from Unit Pemulihan PPD Gombak's post 30/09/2024

Tahniah kepada 8 orang Guru Pemulihan Khas PPD Gombak yang telah mewakili daerah untuk Pertandingan Dilta & Spontania di K-Semanis anjuran PPD Klang pada 9-11 September yang lepas.

Dengan 8 penyertaan ini, Gombak telah berjaya membawa pulang 5 pingat emas & 3 pingat perak. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada

1. Cikgu Farhana (SK Sg Kertas)
2. Cikgu Halimah (SK Tasik Puteri 2)
3. Cikgu Fatimah (SK Sri Kundang)
4. Cikgu Lai Jin Man (SJKC Kuang)
5. Cikgu Mohana (SK 2 Kuala Ampang)
6. Cikgu Vivian Tan (SJKC Kheow Bin)
7. Cikgu Sakinah (Sk Taman Ehsan)
8. Cikgu Intan (SK Sg Serai)

Well done all of you!

Photos from Unit Pemulihan PPD Gombak's post 25/07/2024

Menjalankan tugas sebagai penceramah utk Bengkel Strategi PdP Pendidikan Khas dalam kelas pemulihan utk PPD Kuala Selangor di SK Sri Pristana

Photos from Unit Pemulihan PPD Gombak's post 04/07/2024

Alhamdulillah selesai sudah Program Saringan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (PROSPER) daerah Gombak tahun 2024 selama 4 hari.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan ANIS, 3PK JPNS dan PPAS Gombak untuk sumbangan dan kerjasama mereka.

Juga buat petugas-petugas PROSPER iaitu Guru Pemulihan Daerah kami dan Guru-guru Pengiring (Guru Pemulihan juga) yang membantu menjayakan program ini untuk anak-anak murid semua.

Signing out PROSPER GOMBAK 2024 😊

Photos from Unit Pemulihan PPD Gombak's post 30/06/2024

Persediaan Akhir PROSPER daerah Gombak bersama wakil pegawai 3PK JPNS, ANIS, UPmK dan UPK PPD Gombak dengan kerjasama PPAS Selayang

Photos from Unit Pemulihan PPD Gombak's post 26/06/2024

Perkongsian dengan ibu bapa PLaN SK Taman Seri Gombak 2 .. Alhamdulilah.... Sambutan yg baik dan tahniah pentadbir dan warga sekolah...

Photos from Unit Pemulihan PPD Gombak's post 26/06/2024

Semakan Dokumen untuk Program Saringan Penentuan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (PROSPER) daerah Gombak 2024 bersama JU Pemulihan Khas Daerah

Tarikh : 26 Jun 2024
Tempat : Dewan Mawar PPD Gombak

Sesi ini dijalankan bagi menyaring dan menyemak Instrumen IPMBDP & ISD yang telah dihantar guru-guru pemulihan khas sebagai persediaan untuk digunakan oleh pakar perubatan pada Program PROSPER nanti.

Terima kasih kepada JU2 yang komited melaksanakan tugas mereka!

Photos from Unit Pemulihan PPD Gombak's post 26/06/2024

Bengkel Kerja Program Saringan Pendidikan Rendah (PROSPER) Pemulihan Khas Daerah Gombak.

19 Jun 2024 di Dewan Mawar PPD Gombak

Bengkel ini dijalankan bagi memberi pemugaran kepada guru-guru pemulihan khas daerah tentang pelaksanaan PROSPER yang bakal dilaksanakan tak lama lagi.

Guru-guru diberi penerangan semula tentang cara-cara pengisian instrumen-instrumen yang diperlukan nanti iaitu Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP) dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD).

Bengkel ini telah disampaikan dalam 3 slot oleh Puan Syuhaila (3PD UPmK), Puan Farhana dan Puan Suryani.

Want your school to be the top-listed School/college in Batu Caves?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


PPD Gombak
Batu Caves
68100