19/10/2021
DIDIK ANAK CARA RASULULLAH SELALU DILUPAKAN.
Zaman gajet yang canggih ni, ibu bapa perlu bijak dalam mendidik anak-anak. Berbalik kepada ajaran Islam, kita perlu didik anak cara Rasulullah SAW. Kita taknak nilai-nilai murni yang sepatutnya kita tanamkan dalam diri mereka, dibajai dan disirami unsur-unsur yang boleh melemahkan serta menghasilkan tuaian yang tidak berkualiti.
Dalam Islam, Teknik atau cara mendidik anak telah lama ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kita tak perlu pergi jauh untuk tahu cara yang terbaik untuk mendidik anak. Islam sendiri telah sediakan contoh terbaik dalam pendidikan anak-anak.
Dr Abdullah Nasih Ulwan, lebih dikenali sebagai bapa pendidikan Islam ada menggariskan tentang cara-cara mendidik anak-anak dari sebelum berkahwin lagi mengikut panduan yang telah ditunjukkan Nabi Muhammad s.a.w.
Cuba bayangkan anak-anak yang kita tarbiyyah itu membesar dengan begitu baik sekali. Mereka menghormati orang tua, mengerjakan solat, puasa, cemerlang di dalam akademik dan sebagainya. Bukankah itu suatu ketenteraman buat kita sebagai ibubapa? kita pasti merasa betigu tenang dan Bahagia.
Cuba kita bayangkan p**a, anak-anak itu menjadi seorang pemberontak di rumah dan di sekolah, melawan, berlumba di jalanan, berpeleseran dan berfoya-foya. Tentu kita akan rasa tertekan serta gelisah. Jadi, bagaimana kita berperanan dengan sebaiknya bagi memastikan anak-anak yang Allah amanahkan ini menjadi saksi dan pembela di akhirat nanti?
a) Mendidik melalui contoh tauladan yang baik.
Antara cara mendidik yang sangat berkesan adalah dengan memberi dan menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak. Contoh tauladan yang baik banyak melengkapkan anak-anak dengan akhlak yang baik dan membentuk rohani serta sosialnya.
Contoh tauladan yang baik di rumah adalah yang paling hampir dengan anak-anak. Jika contoh yang dilihat dan dipamerkan adalah tauladan yang baik, maka akhlak yang bakal dipamerkan oleh anak juga adalah akhlak yang baik. Namun jika contoh yang ditunjukkan di rumah adalah contoh buruk dan tidak elok untuk pembangunan akhlak anak-anak maka tidak hairanlah jika di luar rumah, mereka mempamerkan akhlak sebegitu juga.
Pernahkah kita menceritakan tentang hebat serta cantiknya akhlaq Rasulullah s.a.w kepada anak-anak?
Cerita hebat tentang baiknya akhlak Rasulullah dan sahabat baginda boleh dijadikan contoh buat anak-anak. Duduk dan berceritalah dengan anak-anak.
Allah telah berfirman:
โ Sesungguhnya bagi diri kamu dari Rasulullah itu contoh tauladan yang baik. โ (Al-Ahzab:21)
Berapa ramaikah di kalangan kita dan anak-anak yang menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh tauladan? Tidak menghairankan jika hari ini kita mendengar anak-anak menjadikan artis dan superhero televisyen sebagai idola mereka. Kita sebagai ibubapalah yang sepatutnya membentuk pendirian mereka agar tahu memilih siapakah yang wajar dijadikan contoh tauladan.
b) Mendidik dengan cara pemerhatian dan pengawasan
Sudah menjadi tanggungjawab ibu dan bapa untuk sentiasa mengawasi dan memerhatikan anak-anak mereka. Lihatlah apa yang terjadi keapada anak-anak yang dibiarkan begitu sahaja tanpa pengawasan dan pemerhatian. Mereka akan berkawan dengan sesiapa sahaja dan berpeleseran. Maka timbullah mat rempit, bohsia bohjan, dadah, rokok dan sebagainya.
Allah berfirman:
โ Suruhlah ahlimu (keluargamu) supaya bersembahyang, dan bersabarlah atas mengerjakannya. โ (Taha:132)
Apakah yang ingin kita perhatikan?
1 โ Memerhatikan solat anak-anak
2 โ Memerhatikan pembelajaran anak-anak terutamanya dalam mempelajari al-Qurโan
3 โ Memerhatikan pergaulan anak-anak
4 โ Memerhatikan tahap kesihatan anak-anak
Diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w amat berlemah lembut dengan anak-anak kecil dan menyantuni mereka dengan cara yang paling baik. Baginda selalu bergurau dan bermain dengan anak-anak kecil terutama cucu-cucu baginda iaitu Hassan dan Hussin.
Ia disebut di dalam riwayat yang masyhur, Rasulullah pernah lama sekali berada di dalam sujudnya. Maka salag seorang sahabat baginda bertanya, โ Wahai Rasulullah, sesungguhnya anda lama sekali sujud, hingga kami mengira ada sesuatu kejadian atau anda sedang menerima wahyu.
Nabi Muhammad s.a.w menjawab, โ Tidak ada apa-apa. Tetaplah aku ditunggangi oleh cucuku, maka aku tidak mahu tergesa-gesa sampai dia puas. โ Ada pun anak yang dimaksudkan ialah Hassan atau Hussin.
Persoalannya, apakah yang terbaik untuk kita lakukan jika anak membuat sesuatu kesalahan? Apakah Islam hanya membenarkan berlemah lembut dan sama sekali tidak membenarkan pukulan atau denda terhadap anak?
Di dalam pendidikan anak-anak yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, peringkat berikut telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w:
Kesalahan anak hendaklah ditangani dengan sikap berlemah lembut dan penuh belas kasihan. Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan di dalam Al-Adab Al-Mufrad, sebuah hadith berbunyi:
โ Hendaklah anda bersifat lemah lembut, dan jangan sekali-kali bersikap keras dan jahat.โ
Kesalahan anak ditangani dengan mengambil kira sikap atau pun tabiat anak tersebut. Setiap anak mempunyai sikap yang berlainan. Mereka mempunyai karektor tertentu dan berbeza di antara satu dengan yang lain.
Ada sesetengah ulamaโ pendidikan Islam, seperti Ibnu Sina, Al-Abdari dan Ibnu Khaldun mengatakan bahawa tidak diharuskan untuk menjatuhkan hukuman kepada anak-anak kecuali pada saat yang benar-benar perlu. Mereka juga berpendapat bahawa tidak boleh memukul kecuali sesudah diingatkan dan diancam atau meminta orang lain untuk mengingatkan tentang kesalahan tersebut.
Kesalahan anak hendaklah ditangani secara berperingkat. Hukuman tidak semudah itu dijatuhkan. Seorang ibu dan bapa punya tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak-anak. Mereka mestilah dibekalkan dengan contoh tauladan yang baik di dalam persekitarannya terlebih dahulu. Jika peringkat ini tidak dapat disediakan oleh ibu dan bapa, maka tidak boleh anak itu dihukum dengan hukuman yang berat.
Abu Daud dan Al-Hakim telah meriwayatkan daripada Umar bin Syuโaib daripada ayahnya, daripada datuknya, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
โSuruh anak-anak kamu mengerjakan sembahyang, ketika umurnya tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang, apabila telah mencapai umur sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur.โ
Di dalam hadith di atas, memang jelas menunjukkan bahawa Islam tidak melarang untuk memukul namun untuk sampai ke peringkat itu anak perlu melalui peringkat pemahaman dan mengenali contoh yang baik. Memukul adalah cara terakhir di mana ibu bapa sudah berputus asa dalam memperingatkan dan memberi nasihat.
Semoga kita diberikan kekuatan dalam mentarbiyyah anak-anak kerana merekalah pewaris Al-Qurโan yang bukan sahaja membaca tetapi mengamalkan isi kandungannya.