14/01/2026
Setinggi-tinggi tahniah kepada Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) atas kejayaan memperoleh kelulusan Lesen Kementerian Dalam Negeri (KDN), satu pencapaian bermakna hasil kesungguhan dan kebersamaan seluruh warga universiti.
Syabas dirakamkan kepada kepimpinan YBhg. Datoβ Seri Prof. Dr. Noor Inayah bin Yaβakub, Ketua Pegawai Eksekutif/Naib Canselor, bersama barisan Pengurusan Tertinggi dan Bahagian Globalisasi atas usaha gigih yang disertai iringan doa serta dukungan segenap keluarga UniMAIWP.
Setulus penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, atas sokongan dan iltizam berterusan yang menjadi pemangkin utama kepada kejayaan ini.