01/04/2026
Alhamdulillah, tahniah ๐๐๐
*** CONSULTATION PERCUMA ***
๐ค Berminat sambung belajar guna PENGALAMAN KERJA (APEL), call atau whatsapp 010-860 3610โฉ atau tekan link di bawah :
https://sambungbelajargajilebih.wasap.my
PELAJAR RAIH 8A+ DALAM SPM, TANPA KELAS TAMBAHAN
KUCHING, 31 Mac - Di sebalik kebergantungan kepada kelas tambahan, seorang pelajar membuktikan usaha kendiri mampu membawa kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Pelajar aliran sains dari Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching, Kathleen Aran Lawai mencuri perhatian dengan pencapaiannya, yang disifatkan hasil disiplin tinggi serta usaha konsisten tanpa menghadiri tuisyen luar.
โSetiap subjek mempunyai cabarannya sendiri, terutamanya Matematik Tambahan, memang sukar. Lagipun, saya tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas tambahan di luar, jadi saya menggunakan banyak masa untuk belajar sendiri melalui aplikasi YouTube dan siaran langsung TikTok,โ Katanya.
Menurut Kathleen, tekanan sepanjang menghadapi peperiksaan diurus dengan mengambil masa rehat selain meluangkan masa bersama rakan-rakan.
Sementara itu, ibunya, Veronica Chakoi berkata, beliau tidak perlu banyak memantau kerana anaknya sudah berdikari dalam mengurus pembelajaran sejak kecil.
โDia memang anak yang baik dan mudah diurus. Dia pandai melakukan kerja sendiri sejak di sekolah tadika. Oleh kerana dia bersekolah di tadika Cina, mungkin dia telah dididik dengan disiplin sejak awal. Sehingga ke sekolah rendah, guru-guru selalu memuji dia kerana rajin dan cemerlang.โ
Beliau turut meluahkan rasa bangga dan terharu dengan pencapaian tersebut yang melebihi jangkaan keluarga.
Kathleen memperoleh 8A+ dan 1A bagi sembilan subjek, dan bercadang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia.
Vonesia