Bijak Emosi

Bijak Emosi Page ini mengumpulkan tulisan dan bahan yang berkait dengan membina, mengurus dan menguasai emosi ag

02/03/2021

Assalamualaikum dan selamat datang ke page BIJAK EMOSI.

Page ini bertujuan untuk mengumpulkan tulisan-tulisan dan bahan media berkait dengan luahan, pengurusan, kawalan dan penguasaan emosi dalam masyarakat kita.

Page ini juga sudi dan bersedia mendengar luahan anda untuk kami bantu melalui tulisan dan bahan-bahan yang ada dalam setiap posting kami.

Penulis-penulis p**a adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran masing-masing.

Jom kita sama-sama memanfaatkan page ini untuk semua agar kita semua mempunyai emosi yang positif dan harmoni sentiasa.

Emosi ni ibarat KENTUT, bila tak diluah, kita yang terseksa, tak tenang, resah gelisah, serba tak kena. Lagi menakutkan ...
02/03/2021

Emosi ni ibarat KENTUT, bila tak diluah, kita yang terseksa, tak tenang, resah gelisah, serba tak kena. Lagi menakutkan bila tak diluah, bahaya bahkan boleh dapat sakit.

Bila diluah baru rasa lega dan nikmat. Hilang segala bebanan. Apa yang ditahan telah dilepaskan. Ringan rasa badan. Yang penting, lebih sihat.

Tapi kena berhati-hati bila meluah....
Salah tempat, salah cara, buruk padahnya.

Ada orang luahannya kuat. Semua orang boleh dengar..Ada orang perlahan...senyap-senyap. Macam ninja. tiba-tiba dah terhidu baunya. haha.

Bila terkuat ditempat awam, orang lain yang sengsara. Kita p**a dipandang hina, tidak berakhlak, tiada etika, macam dia seorang je boleh kentut dan macam-macam lagi. Tiada orang akan faham yang kita sudah tak tahan. Yang faham pun mereka yang jauh dan tak terkesan dengan kentut kita. Yang dekat? semua menjauh....

Melainkan orang yang rapat dengan kita, orang yang tau masalah kita yang kita ni banyak angin, atau ada masalah usus. Mereka ini lah yang tak berkira dengan kita.

Yang kedua adalah Doktor. Kerana mereka pakar. mereka nak bantu kita, mereka tau apa punca masalah kita. mereka telah dilatih untuk bantu kita. Mereka dah biasa dengan kesan kentut orang lain.

Ramai orang s**a menyalahkan. "kenapalah dia ni asyik kentut je?" Dibuat perbandingan dengan dirinya. Lalu merendah dan meremehkan orang lain.

Sedangkan setiap orang adalah unik dan tersendiri. Ada orang cantik, tapi kuat kentut. Ada orang biasa tapi jarang kentut. Usah dipersoalkan kuantiti kentutnya dan mengapa terjadi sedemikian.

Tapi terima lah seadanya dan bantulah dia untuk mengurus kentutnya agar kentutnya menyihatkannya dan tidak memudarat orang sekelilingnya.

Setuju?

Apatah lagi dalam rumahtangga kerana rumahtangga BUKAN SEKADAR CINTA.

Banyak lagi berkaitan kentut dan emosi, tapi cukuplah dulu. Kalau rajin nanti saya tulis part 2. heheh





kredit to Fadzli Aziz

Address

No 2-77, Jalan Prima SG 3, Prima Sri Gombak
Batu Caves
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bijak Emosi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category