12/01/2026
Setuju tak kalau kami cakap anak-anak semakin pandai sekarang? Dan yang pandai semakin ramai.
Persoalannya, di mana kedudukan anak-anak kita di dalam persaingan ni?.
Dalam berjuta pelajar yang rebut untuk masuk ke sekolah terbaik negara, dimana kedudukan anak kita pada senarai ini?
Dalam berjuta pelajar yang merebut tempat di universiti terkemuka, dimana kedudukan anak kita pada senarai ini?
Dan yang paling penting adakah kita sebagai ibu bapa sudah cukup menjalankan tanggungjawab untuk berikan kelengkapan kepada anak-anak untuk dia hadapi dunia yang penuh persaingan sekarang?
Anak stress dengan pelajaran, adakah cukup dengan menyuruh mereka masuk bilik dan siapkan homework?
Atau kita perlu duduk di sebelah mereka untuk meringankan beban di kepala mereka untuk siapkan homework.
Stress ini yang lama-lama kan menghilangkan rasa minat dan teruja mereka kepada pelajaran.
Anak-anak kita sekarang masih difasa s**a teroka perkara baru.
Jadi tugas ibu bapa adalah untuk bantu mereka untuk menyalurkan keterujaan itu kepada perkara yang bermanfaat.
Teroka cara belajar baru
Teroka cara menyelesaikan masalah baru
Teroka perkara baru dalam silibus pelajaran
Masih ingat lagi saya ketika saya mula minat dengan matematik pada tingkatan 4 sehingga membawa saya untuk mengambil jurusan kejuruteraan di peringkat universiti.
Semuanya bermula ketika saya berjaya menyelesaikan satu masalah quadratik. Dari saat itu, sudut pandang saya pada subjek matematik berubah dan akhirnya berjaya mendapat "A" untuk matematik & matematik tambahan.
Untungnya saya sebab saya berada di sekolah berasrama penuh, guru sentiasa ada dan rakan-rakan yang lebih bijak juga ada 24 jam bersama saya untuk membantu.
Tapi mungkin anak-anak anda tidak senasib dengan saya. Bila mereka tidak mampu menyelesaikan masalah pelajaran, mereka berakhir dengan tekanan dan tinggalkan kerja rumah.
Bagaimana jika ada pihak yang dapat bantu mereka untuk selesaikan masalah mereka?
Tiada anak dilahirkan "tak pandai".
Tiada anak yang dilahirkan "dia memang tak pandai matematik", "dia memang susah menghafal" atau "Dia memeng degil".
Apa yang kami boleh simpulkan selepas hampir 10 tahun beroperasi adalah mereka perlukan bimbingan dan sokongan.
Bukan itu sahaja, mereka perlukan suasana belajar yang baik.
Jika anda mampu wujudkan persekitaran itu dirumah, anda adalah ibu bapa yang baik.
Jika tidak, masih lagi pilihan untuk anak anda. Pusat tuisyen adalah salah satu jalan terbaik.
Selain sekolah, pusat tuisyen adalah tempat dimana anak anda boleh berlajar secara bebas, dapat rakan yang ada minat untuk belajar dan suasana pelajaran lebih baik.
Dan paling penting kita nak keluarkan tekanan dalam proses pembelajaran anak-anak.
Jika semua ini lengkap, anda lihat sendiri di mana anak anda 10 tahun akan datang.
-PTNA