24/09/2026
[๐๐ก๐๐ข๐๐ฅ๐๐๐๐ ๐๐๐ฆ ๐ ๐๐จ๐ง]
Sebuah syarikat dalam sektor pengangkutan telah didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen 3 Seremban pada 17 September 2026 selepas pemiliknya mengaku bersalah atas pertuduhan didakwa gagal sebagai majikan untuk memastikan setiap pekerja yang mengendalikan lori mempunyai latihan dan kompetensi yang sewajarnya sebelum dibenarkan menjalankan tugas sebagai pemandu lori bagi aktiviti pengangkutan batu di dalam kawasan kuari yang telah dipecahkan bagi tujuan pemprosesan menjadi produk kuari. Kegagalan tersebut telah mengakibatkan kemalangan maut yang melibatkan seorang pemandu lori pada 29 Mei 2026, lebih kurang jam 7.55 pagi, di kawasan kuari berkenaan.
Rujuk pautan :
https://www.facebook.com/share/p/1HXpXawd1r/